Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Perkembangan anak-anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkembangan anak-anak. Papar semua catatan

16 Mei 2016

Didi & Friends Siri Animasi Dalam DVD

Didi & Friends Siri Animasi Dalam DVD



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Didi & Friends, satu lagi fenomena yang melanda kanak-kanak di Malaysia.  Menonton siri animasi Didi & Friends banyak input dan pengajaran menarik untuk anak-anak.  Persembahan yang ringkas dan mudah dikenali oleh kanak-kanak, sehinggakan ibu dan bapa harus hafal setiap bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak.  Dan.... lihatlah kini, umi dan ayah kembali muda remaja hanya dengan menyanyikan lagu-lagu dari siri Didi & Friends.




Fenomena Didi & Friends


Hora Horey!!! Pernah tonton Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Didi & Friends di Astro Ceria atau Youtube? Haaaa.. kalau ada anak kecil dibawah 6 tahun. Saya amat rekemen beri anak anda tonton Lagu Animasi ini, baby bawah setahun pun layan juga. Silap-silap mak bapak pun layan sekali. Memang layan betul. Semua lagu best. Sudah lebih 130 Juta Views di Youtube tau!

Pertama kali menonton siri ini pastinya memberikan satu kelainan dalam dunia pengajaran dan pembelajaran anak-anak.  Keasyikan lenggok lagu dan watak-watak dalam Didi & Friends sungguh berbeza sekali.

Tak Caya? Cuba Tengok Video dibawah.


Lagu Kalau Rasa Gembira


Lagu Chan Mali Chan


Lagu Lompat Si Katak Lompat


Haaa... layan tak? Ada banyak lagi lagu-lagu Didi & Friends anak anda boleh tonton di Youtube dan Astro Ceria. Gerenti layan punyalah...

Ada yang  nak beli DVD Original Didi & Friends? Kalau ada yang nak beli boleh terus beli online di website The Baby Store . Ada Volume 1 dan Volume 2. Stok amat terhad memandangkan permintaan yang tinggi dari kalangan ibu-ibu seluruh Malaysia dan mungkin juga dari luar.



Apa tunggu lagi. Ayuh dapatkan DVD Original Didi & Friends.  Jadikan DVD ini salah satu daripada koleksi pembelajaran buat anak-anak kita.  



Terima kasih atas ruang masa yang diberikan untuk membaca artikel Didi & Friends Siri Animasi Dalam DVD.  


14 Mac 2014

Belajar bertolak ansur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Belajar bertolak ansur.  Sesekali bertolak ansur tidak akan menjejaskan pendirian kita.  Bila bercakap mengenai pendirian pasti ramai yang tidak setuju dengan ayat ini.


corak hiasan

Entahlah (lagi sekali ayat skema)... dah pagi begini baru dapat idea nak merapu di sini.

Teringatkan kisah anak-anak.  Kalau diikutkan hati memang tidak tertahan dengan kerenah mereka.  Sesekali biarkan mereka menjerit dan menangis rasanya tidaklah membebankan kot!!!.

Mereka anak-anak menjerit berebut permainan mungkin perkara biasa kerana mereka tidak bijak lagi dalam mentafsir suasana... ianya terpulang kepada kebijaksanaan kita dalam menangani beban yang ditanggung oleh anak-anak.  Dengan turut sama melontarkan jeritan tidak mampu meleraikan kekusutan yang terjadi.  Sebaliknya cara yang terbaik adalah membiarkan mereka dengan kawalan dan pemantauan ibu bapa.  

Kita sebagai ibu bapa tidak salah bertolak ansur dengan anak-anak asalkan kena pada tempat dan masa.  Sudah tentu ada kaedah yang tertentu dalam bertegas terhadap anak-anak.  Dengan memberikan pelukan dan ciuman pasti dapat meredakan keresahan pada anak-anak.  

Terpulang kepada kita bagaimana hendak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.



#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$

21 Oktober 2013

Setelah setahun berlalu kini tiba giliran suntikan MMR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Suntikan MMR


MMR? Itulah nama suntikan yang akan diberikan kepada Muhammad Abid dan mana-mana bayi sejurus berusia 12 bulan atau lebih mudah 1 tahun.

Berikut adalah petikan dari Wikipedia (Bahasa Indonesia):
Vaksin MMR adalah campuran dari tiga jenis virus yang dilemahkan yang disuntik untuk imunisasi melawan demam campakbeguk dan rubela. Berdasarkan rekomendasi Ikatan Dokter Indonesia, imunisasi MMR umumnya diberikan kepada anak-anak yang berumur 12 - 18 bulan, dengan dosis penguat diberikan sebelum memasuki umur sekolah (sekitar umur 5 atau 6 tahun). Di Amerika Serikat, vaksin MMR diijinkan pada tahun 1963 dan penguatnya dimulai pada pertengahan tahun 1990-an. Vaksin MMR digunakan secara luas di seluruh dunia sejak diperkenalkan pada awal 1970-an. Vaksin MMR dijual oleh Merck dengan merek M-M-R II, GlaxoSmithKline Biologicals dengan Priorix, Serum Institute of Indiadengan Tresivac, dan sanofi pasteur dengan 
Trimovax.

Imunisasi MMR



Sebelum ini bukannya tiada anak yang mendapat suntikan MMR. Sudah tiga orang anak. Lazimnya penerimaan antara 3 orang itu tidak jauh beza. Kesemuanya boleh dikatakan mendapat demam ringan.

Persediaan suntikan MMR


Sebagai persediaan masih ingat lagi ketika Muhammad Alif (anak pertama) mendapat suntikan MMR, kami dibekalkan dengan ubat demam oleh 'Misi' yang bertugas ketika itu. Ubat demam ini diberikan apabila sampai di rumah bagi mengelakkan anak mendapat demam mengejut.  Alhamdulillah, demam adalah sikit tetapi tidaklah melarat sangat...

Begitu juga anak kedua Irdina Huda, masih lagi dibekalkan dengan ubat demam.

Hanya anak ketiga iaitu Inas Insyirah,  kami tidak dibekalkan dengan ubat demam.  Menurut 'Misi' yang bertugas katanya baby tidak akan demam.  Kalau demam ambil ubat di mana-mana klinik yang berhampiran. Lantas aye terfikir ini mungkin juga satu daripada penambahbaikan sistem perubatan atau sebagai langkah berjimat cermat.  Tak mengapa, oleh kerana tidak berpuas hati, sejurus keluar dari klinik setelah suntikan diberikan kami terus ke farmasi berhampiran untuk membeli ubat demam.

Mungkin juga pengamal perubatan kanak-kanak/bayi tidak menggalakkan pemberian ubat demam kepada anak-anak kecil.  Tetapi kami tidak sanggup berhadapan dengan situasi anak demam dan kami tidak dapat bekerja dengan baik.  Kesihatan anak amatlah penting bagi memastikan kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada organisasi.  Tidak semua anak-anak mempunyai daya tahan yang tinggi.

Simpati juga kepada kawan-kawan apabila anak diberikan suntikan, sejurus itu anak mereka demam dan berpanjangan.  Keadaan ini menyebabkan tumpuan mereka terhadap tugas terganggu dan secara tidak langsung menjatuh prestasi kerja mereka.

Betullah nasih ibu bapa juga tidak sama.  Kita bernasib baik kerana mendapat saranan dan nasihat yang berguna untuk dijadikan amalan.  Tetapi ada sesetengahnya langsung tidak mendapat maklumat yang berkesan.  Atau ada juga yang langsung tidak ambil peduli mengenai nasihat atau panduan yang diberikan.

Pengalaman masa silam


Sekadar berkongsi pengalaman dari masa silam.  Pernah juga gemulah ibu aye mencadangkan bila anak disuntik cepat-cepat sapu minyak angin.  Ada pula yang mencadangkan agar disapu minyak cap kapak dan lagi menarik disapu dengan getah bawang merah.  Menarik kan?  Terpulang kepada kita untuk mencuba mana satu asalkan tidak bersalahan dengan peraturan kesihatan.


Muhammad Abid, hari ini umurnya sudah melepasi 1 tahun.  Oleh itu hari ini dia akan mendapat suntikan MMR.  Semoga Abid tabah dan kuat semangat.

Abid! Abid! Abid! 
Itulah antara kata-kata semangat yang sering diberikan oleh abang dan kakak-kakaknya.  Semoga Abid memahaminya dan dijadikan sebagai penguat semangat.

Hairan yer kenapa aye tulis macam tu.  Anak-anak bila kena cucuk memang berlainan.  Tiga-tiga yang terdahulu bila dicucuk tidak banyak ragam... kalau tak silap hanya Inas sahaja yang kuat raungannya... tetapi sekejap sahaja.

Menunggu giliran di KKIA


Menunggu giliran untuk dipanggil pula satu hal.  Dibuatnya orang ramai... jenuhlah menunggu.  Kali ini biarlah berlaku penambahbaikan dalam sistem giliran di KKIA.  Tak sanggup tunggu lama-lama dengan anak kecil yang sangat aktif nie... lenguh tangan mana nak dukung lagi bila dah tak nak dukung meronta-ronta pula minta dilepaskan.

Gelagat anak-anak semasa kecil... kena biasa-biasakan.


suka duka pentas dunia



08 Oktober 2013

Dia pun dah pandai !!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hujung minggu lepas, semasa jalan-jalan entah ke mana.  
Kelihatan seperti tiada arah yang dituju.
Ketika ayah berhentikan kereta di stesyen minyak... harga minyak 'naik' pun kena isi jugak
Abid berdiri di tingkap kereta sambil memerhati sekeliling.
Agaknya apa yang bermain difikirannya. 



Dah pandai berdiri sendiri sambil berpaut di tepi 'jendela' kereta
Indahnya pemandangan alam

Mood umi dah kedaung nun entah ke mana
Melayang-layan di langit tinggi
Kaki terasa tidak jejak di bumi
semakin semak rasanya dalam kepala
geliga dah malap
gelap gulita seisi alam
..... 


suka duka pentas dunia

04 September 2013

Penjelajahan pun bermula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baca betul-betul yer tajuk di atas tu... Penjelajahan bukan Penjajahan.

Tiada apa yang nak dijajah kerana semuanya masih dalam kawasan pemerintahan ibu dan ayahnya.... :D. Buat sementara waktu ini, hanya yang boleh dilakukan adalah penjelajahan... iaitu meninjau kawasan yang hendak dilawati dan juga mengenalpasti apa-apa objek yang boleh dipermainkan.... hahahaha

Bajet mak-mak kan macam ni... nak tulis permulaan cerita.  Anak-anak punya aktiviti dijadikan bahan cerita dalam blog.  Betul lah... kisah anak-anak sendiri kan.  Lagi pun blog ini adalah blog personal seorang ibu.

Jom berbalik kepada tajuk cerita dan bahan yang telah disediakan petang tadi.  Semasa cerita ini ditulis fakta mengenai masa dan keadaan objek atau mangsa adalah benar dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas bacaan selepas bahan ini disiarkan.  Boleh ke buat kenyataan macam tu... belasah jer.


Abid, anak ke-4 dalam keluarga, usianya bakal mencecah 1 tahun pada bulan Oktober 2013.  Tak lama lagi dah... pejam celik campur dengan tangisan dan aneka ragam... kan ?

Hari ini... baru nak buat cerita pasal Abid yang dah pandai memanjat bendul atau tebing (boleh ke?)... tak tinggi pun anggaran 1/2 kaki jer.  Dah mula menjelajah mencari port yang sesuai untuk memulakan agenda sepah dan selerak... Habis lah !!!

Patutlah dalam walker pun dah tak berapa nak duduk dah, rupanya nak lepas bebas mencari kawasan jajahan takluk yer.

Kalu lagu ni gak... kena siap sedialah.  Apa juga barangan berharga dan bernilai tinggi seharusnya ditempatkan di tempat yang lebih selamat dan tinggi supaya tidak dapat dicapai.  Masih ingat lagi, gerangan kakaknya Inas Insyirah... pecah mangkuk kaca hijau (pemberian biras... katanya dari Bali).  Yang sebenarnya... mangkuk kaca tu memang sayang tetapi sayang lagi anak-anak.  Syukur semasa mangkuk kaca tu jatuh dan pecah tidak mengenai Inas... oooiiii tidak sanggup nak bayangkan.



Dan seperti biasa jugalah semua aktiviti di atas lantai harus dihentikan segera bila Abid terjaga dari tidur.  Atau lihatlah hasilnya nanti... siapa yang nak menjerit, nak menangis atau nak kena pujuk... huhuhu

Anak-anak kan... semasa kecil beginilah, tak payah lah mak pak nya berangan nak hias meja segala bagai.  Alas meja pun kena simpan, bila ada tetamu datang baru letak.  Pernah juga tak sempat nak letak... lagi pun dok kalut dengan anak-anak.  Dan kebiasaannya tetamu amat memahmi situasi orang beranak kecil ... kan?


Sekian adanya catatan ringkas perkembangan anak-anak dan leteran uminya yang tak pernah kering gusi :P



Carian