Bukan kerana saya seorang yang menyebabkan terjadinya isu ini.
Sudut ini sudahpun terabai. Tiada lagi bunga-bungaan yang menghiasi. Gambar hiasan |
Banyak sebab mengapa terjadinya sesuatu perkara.
Bukan kerana seorang dua tetapi ianya turut berkait antara satu sama lain.
Rasa seperti nak bercerita tetapi bimbang ia disalahtafsir.
Lalu izinkan aye nyatakan di sini, oleh kerana hari ini aye cuti tidak semestinya kerja-kerja lain boleh tertangguh kerana masih ada lagi insan lain yang bijak dan mampu menyiapkan tugasan itu. Aye bercuti bukan kerana lari dari lambakan atau timbunan kerja sebaliknya ada urusan peribadi yang mendesak.
Memang betul setiap tugasan yang diberikan hendaklah dipantau dan disiapkan oleh siapa yang menjadi pemiliknya (PTJ). Dalam suasana kerja sekarang yang kebanyakan mengutamakan 'multi-skilling' seharusnya mana-mana orang paling tidak mampu memberi penjelasan untuk apa yang berlaku.
Pasti akan ada orang akan berkata:
"Kalau dia cuti... habislah kerja tak siap"
"Kalau dia cuti... tiada orang nak ganti kerja dia"
"Kalau dia cuti... susahnya!!!"
Tiada siapa yang harus dipersalahkan. Kerana bukan saya seorang yang boleh buat kerja. Ramai lagi yang mampu menjadi pekerja yang baik jika itu yang dikehendakinya. Kerana apa juga yang kita buat atau apa juga yang terjadinya ada kaitannya dengan apa yang ada dalam diri kita.
Hmm... boleh ke buat kenyataan macam ni??? Tak baguskan.
Banyaknya alasan yang diberikan bukan bermakna lari dari tugasan. Tetapi alasan itu lebih kepada memberi penjelasan semoga ada yang mengerti.
Sekian adanya.
suka duka pentas dunia
$$$
kita masing2 ada masalah masing2 kan kak???
BalasPadamSekali sekala ok gak cuti
BalasPadamzaman sekarang zaman multi tasking dan multi-skilling memang penting. boleh backup kawan cuti juga...
BalasPadam