Pageviews

24 Disember 2013

Dunia ini tempat berlumba

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Gambar hiasan



Barang siapa mengetahui bahwa dunia ini adalah negeri tempat berlomba untuk meraih dan mengumpulkan amal shalih, dan ia pun mengetahui bahwa semakin tinggi kedudukan seseorang dalam ilmu dan amal maka makin tinggi pula kedudukannya di surga kelak, maka ia tidak akan menyia-nyiakan waktu sedikitpun dan akan berusaha memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya, dan ia tidak akan melewatkan kesempatan sekecil apapun untuk berbuat baik.

(Ibnu 'Aqil)




suka duka pentas dunia


23 Disember 2013

Dia suka belon dan bola

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dia memang suka belon dan bola.  Entah sudah berapa biji belon sudah berjaya dipecahkan.  Termasuk juga bola plastik.

Pernah satu hari beli dua biji bola plastik .. versi kanak-kanak la.  Ayah yang beria-ia sangat nak beli, kalau ikut umi memang tak layan dah.  Entah mengapa ayah kata dia cair bila anaknya merayu minta dibelikan mainan.  Ayah?!!!  Umi memang dah tak kuasa nak layan.

Tak ingat pula berapa hari belon kuning dan belon pink itu bertahan.  Adakah patut dicucuknya belon-belon tu dengan pensil... katanya nak tengok isi kat dalam.

Budak-budak... nak kata pelik memang dah begitu sifatnya kan...

Ayah pun dah tak terkata apa... mula-mula macam marah... tetapi dengar khabarnya si anak 'bodek' ayah sekali lagi nak beli belon ..... terpulang lah kat ayah...

Hari Sabtu lepas kami menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudara ayahnya di Sitiawan.

Kalau ikutkan gelagat anak-anak memang umi dah tak segan... sebabnya memang anak-anak macam tu...  cuma umi mengharapkan jangan lah sampai jatuh atau rosak apa-apa barang yang berharga.


Tengoklah turutan gambar-gambar di bawah ni.... Umi suruh naik ke atas pentas nak tangkap gambar. Tetapi mereka berdua memang tak pandai posing... sudahnya umi dapat tangkap gambar 'candid' saja. :)



Mula-mula naik mata dah tenang kat benda alah tu.... geram sungguh rasanya... dah suruh ketengah sikit asyik... takmau..



Tengok... eiiii dicuit juga benda alah tu... nasib tak koyak atau pecah...



Dah kena jerit ... woi.. bukanlah kuat sangat... jerit manja gitu... barulah nak ke tengah sikit.

Lepas ni dan tak tau sampai bila... pasti akan diminta juga mana-mana belon yang dok bergayut depan kedai mainan.  Yang tak tahannya jeritannya ... memanglah... kalau tak berpaling semua orang memang bukan dia.

Kerenah anak-anak masa kecil... boleh lagi tahan kan... bila dah besar sikit...mudah-mudahan tidaklah sampai menyakitkan hati umi dan ayah.... boleh kan???


suka duka pentas dunia



Zahra Bakar Collection Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Assalamualaikum...



Zahra Bakar Collection merupakan sebuah online shop yang menjual pelbagai jenis tudung dan shawl antaranya tudung syria, bawal arjuma, alsya ring dan sebagainya. Zahra Bakar Collection, turut mengambil tempahan sulaman (cross stitch) dengan pelbagai jenis design/ reka bentuk mengikut kehendak pelanggan.



Zahra Bakar Collection GiveawayZahra Bakar Collection Giveaway




Selain itu, Zahra Bakar Collection turut menjual kain pasang dan kain batik terengganu yang dihiasi dengan pelbagai jenis corak dan warna yang pastinya memikat hati. InsyaAllah, kainnya berkualiti tinggi dan selesa dipakai. Harganya juga sangatlah berpatutan.



Untuk meraikan pembukaan Zahra Bakar Collection online shop, kami mengadakan simple giveaway buat anda. Ingin dapat hadiah yang menarik dari kami? Ayuh, sertai sekarang. 


Zahra Bakar Collection Giveaway

Klik banner untuk sertai.



Harapan itu hendaklah sama dengan perbuatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pensil yang tumpul jika hendak ditajamkan perlu diasah supaya penulisan dapat diteruskan.  Gambar hiasan


Apabila Anda berharap agar Allah senantiasa menganugerahkan kepada Anda apa-apa yang Anda cintai dan sukai maka hendaklah Anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah.

(Salah seorang ahli hikmah)


suka duka pentas dunia





22 Disember 2013

CPUV Pertama dan Kedua Disember 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sudah lama rasanya tidak membuat catatan mengenai CPUV Nuffnang.

Agaknya pasti ada yang tertanya-tanya adakah CPUV untuk blog YANGBAIK sudah terhenti.  Sungguh tidak berhenti tetapi agak perlahan dan kurang meriah sikit untuk bulan Disember 2013.

Mungkin juga sebab bulan-bulan yang lepas sudah banyak... walaupun sebenarnya tidaklah sebanyak mana. Atau mungkin juga kerana terdapat kelewatan beberapa entry CPUV bagi bulan-bulan yang lepas.  Atau mungkin juga kerana kurangnya idea hendak menulis lalu mengurangkan hasil penulisan lantas mengurangkan minat pengiklan untuk beriklan secara CPUV di sini.

Baiklah... rasanya Nuffnang tidak pernah gagal memberikan iklan CPUV kepada blog YANGBAIK.  Sama ada banyak atau sikit, lama atau sekejap... pakej itu ada di blog ini sama seperti pemiliknya yang kadang-kadang tiada idea dan buntu dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti.


CPUV Pertama dan Kedua bagi bulan Disember 2013

Dan hari ini setelah dikumpul kekuatan... walaupun bukan lemah tetapi lemau yang semakin bersarang dikeluarkan entri mengenai CPUV bagi bulan Disember 2013.

Sudah hampir ke penghujung bulan baru nak memaklumkan mengenai CPUV Pertama bulan Disember 2013 adalah dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang bertakhta di blog YANGBAIK mulai 4 Disember 2013. Entah mengapa sebelum ini tidak tergerak hati nak buat entri mengenai CPUV Pertama itu.  Bukannya tidak terdetik tetapi ruang untuk mengarang agak terhad memandangkan terdapat gangguan talian internet di rumah yang makan masa lebih sebulan baru dapat diselesaikan.  Namun insha Allah YANGBAIK akan mengumpul masa dan tenaga untuk membuat entri berkaitan PPZ walaupun setelah CPUVnya telah ditamatkan pada 21 Disember 2013.  Banyak yang boleh dikongsikan berkaitan Pusat Pungutan Zakat (PPZ).



CPUV kedua di bulan Disember 2013 hanya muncul pada 21 Disember 2013 adalah INTI... sebuah universiti bertaraf antarabangsa.  Belum Baru berkesempatan melihat iklan CPUV kedua itu melekat di blog YANGBAIK.

Terima kasih kepada semua atas sokongan.  Masih banyak yang hendak dikongsikan di blog picisan ini. Semoga anda semua terus setia dengan blog YANGBAIK.  Sokongan semua amatlah disanjung tinggi.

Terima kasih kepada Nuffnang, PPZ dan INTI di atas iklan CPUV di blog YANGBAIK.


suka duka pentas dunia



Perisai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






corak hiasan ke-12


Shaum (puasa) itu adalah perisai.

(HR Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)



suka duka pentas dunia





21 Disember 2013

Perbezaan antara dilihat dan dibuat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Sesungguhnya orang yang paling dermawan di dunia ini adalah orang yang menunaikan hak-hak Allah walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang kikir dalam hal lain. 




Dan sesungguhnya orang yang paling kikir di dunia ini adalah orang yang kikir untuk menunaikan hak-hak Allah walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang dermawan dalam hal lain.

(Wahab bin Munabbih)


suka duka pentas dunia



20 Disember 2013

Keterbatasan perancangan manusia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Entah bagaimana hendak dimulakan bicara di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini
Semoga dipermudahkan urusan semua orang
Semoga setiap usaha yang dilakukan diberkati oleh-Nya
serta mendapat balasan yang setimpal

Sungguh keliru dan simpati
Sehingga hati ini berteka-teki sendiri
Mencari pemutus kata silang tanpa pembayang

Dari mana datangnya perasaan ini
Datangnya dengan sendiri
Bercampur dengan kekhilafan diri dan kealpaan serta lalai dan leka
Entah apa lagi yang hendak dihamburkan
Rela dan pasrah menadah segalanya

Semoga dipermudahkan semua urusan 
Semoga semuanya selesai dengan baik

Keterbatasan perancangan manusia
Begitulah tajuk yang dinukilkan
Namun pengisiannya terasa hambar
Masih lagi keliru tidak pantas menghuraikannnya sendiri

Manusia mampu merancang dengan segala sumber yang ada
Sumber manusia biarpun terhad tetapi dengan kerjasama rakan taulan pasti berbuah hasilnya

Namun perancangan manusia pasti juga akan berselerakan sekiranya tiada kata putus
Penukaran perancangan dan perubahan agenda pasti menggugat sejuta rasa
Menganggu seluruh pelaksanaan tugas

Justeru .... pesanan ini buat diri sendiri 
-  ukur baju di badan sendiri
-  kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga
-  jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai

Kekuatan manusia adalah dengan andaian bahawa 'jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya' sedangkan pelaksanaan 'seperti tikus membaiki labu'
Adakah labu akan bertambah parah
walaupun tikus yang membaikinya adalah tikus yang cerdik?




Begitulah hakikat manusia
Mengejar nama pangkat dan darjat sehingga lupa hidup sarat melarat penuh karat
Atau sekadar menguji kebolehan dan kebijaksanaan
atau juga sekadar menguji pasaran
lalu terseksa jiwa yang banyak

Hentikan segera!!!


Hati manusia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



corak hiasan


Hati manusia itu ada tiga macam : 
(1) Hati laksana gunung yang tidak bisa disingkirkan oleh apa pun; 
(2) Hati laksana pohon kurma yang memiliki batang pohon yang kokoh tetapi angin membuatnya melambai-lambai; dan 
(3) Hati laksana laksana bulu yang condong bersama angin ke kanan dan ke kiri.

(Sirri as-Saqthi)


suka duka pentas dunia



19 Disember 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...