Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label dermawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dermawan. Papar semua catatan

06 Februari 2015

Program Wakaf al-Quran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Program Wakaf al-Quran



Program Wakaf al-Quran untuk mangsa banjir.  Seperti kita semua sedia maklum peristiwa banjir pada hujung tahun lepas yang berlarutan hingga ke awal tahun ini telah mendatangkan banyak kemusnahan kepada mangsanya.  Banyak rumah yang rosak atau musnah terus.  


Kerosakan dan kehilangan rumah mungkin turut menghilangkan beberapa naskhah al-Quran yang disimpan oleh pemiliknya.

Usaha murni yang diikhtiarkan oleh sahabat kita ini patut dipuji dan diberikan sokongan.



Program Wakaf Quran



Cara untuk untuk serta dalam program ini adalah dengan pembayaran terus ke akaun Maybank atas nama Nor Isma binti Ibrahim, 164481044112.  RM30.00 bagi senaskhah al-Quran.


Lebih kurang 40,000 naskhah al-Quran diperlukan untuk diagihkan ke tempat-tempat yang terlibat dengan banjir di negeri Kelantan.

Semoga niat ikhlas kalian diberkati Allah selalu.aminn.

#wakafAlQuran #jomderma #mangsabanjir #sebarkan #salamjumaat


21 Disember 2013

Perbezaan antara dilihat dan dibuat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Sesungguhnya orang yang paling dermawan di dunia ini adalah orang yang menunaikan hak-hak Allah walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang kikir dalam hal lain. 




Dan sesungguhnya orang yang paling kikir di dunia ini adalah orang yang kikir untuk menunaikan hak-hak Allah walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang dermawan dalam hal lain.

(Wahab bin Munabbih)


suka duka pentas dunia



19 Oktober 2013

Antara dermawan dan kedekut!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Beg comel.  gambar hiasan


Sesungguhnya orang yang paling dermawan di dunia adalah orang yang menunaikan hak-hak Allah, walaupun orang lain melihatnya sebagai orang kikir dalam hal lain. Dan sesungguhnya orang yang paling kikir di dunia adalah orang yang kikir terhadap hak-hak Allah, walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang dermawan dalam hal lain.
(Wahab bin Munabbih)

suka duka pentas dunia



18 Mei 2013

Mutiara kata | Orang yang menunaikan hak

As salam


Sekali lagi berkongsi mutiara kata.  Siapa di antara kita yang paling dermawan dan suka berbakti.  Semoga kita dijauhkan dari sifat kedekut.


Semoga bermanfaat.

Selamat berhujung minggu.  

17 Mac 2013

Pilih untuk menjadi dermawan

As salam,




Sementara menantikan idea baru dan menyiapkan tugasan yang bakal tamat malam nanti.  Kita tinjau dulu apa kelebihan orang yang dermawan dan orang yang kikir (kedekut).

28 Julai 2011

Sumbangan Infaq Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sekadar memanjangkan kepada insan marhaen yang berhasrat mengifaqkan sebahagian rezekinya kepada yang memerlukan sepanjang bulan Ramadhan ini.



"Tidak berkurang harta daripada bersedekah"

23 Oktober 2010

Siapa paling dermawan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

pernah dengar lagu yang pernah dinyanyikan oleh Herman Tino? pagi-pagi nih... nak berteka teki la pulak. Antara liriknya ... tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri, lirik seterusnya tak berapa ingat...dah lama lagu tuh, masa aye kecik2 lagi... nanti ada kesempatan aye cari kat google... mesti jumpa lirik lagu tu...

Bila memberi jangan mengharap balasan, biarlah orang melihat kita sombong atau kedekut yang pasti kita tahu apa yang kita buat dan pastikan apa yang kita buat itu untuk kebaikan semua orang bukan untuk kebaikan diri sendiri

Namun ada ketikanya kita buat kebaikan nak sorok2, ada pulak kengkawan yang tak paham... buat-buat tak paham kot pi la heboh satu dunia ... kita dah buat itu dan buat ini
rasa macam hilang pulak pahala dan timbul pulak rasa malu tapi yang paling takut timbul pulak rasa riak semoga Allah sahaj yang melindungi dari sikap dan perasaan riak itu... walau apapun kebaikan yang kita buat itu antara kita dengan Allah, biarpun kawan kita tahu dan sau dunia tahu... diam-diam jerlah... buat dek jer.. tak jadi masalah kan?

Dan, ada ketikanya kita dah terbuat silap atau kedekut sikit, bila orang heboh... memang dah sah kita tak suka sebab rasa malu pun ada, jangan pulak timbul rasa suka sebab orang tahu kita dah buat salah.  Memanglah kita selalu dengan orang2 sekarang ada kata ... alah sikit jer tu, ada lebih lagi.. hehehe minta simpang malaikat 44 (pernah dengar ke ayat nih, aye mula dengan ayat masa tingkatan 2 dulu dari kawan2 sekolah, pernah juga tanya ustaz dan yang aye faham lebih kurang maksudnya 'Nauzubillah'... wallah hu a'lam).

~~~~~~~~~~~~~~
Sesungguhnya orang yang paling dermawan di dunia adalah orang yang menunaikan hak-hak Allah, walaupun orang lain melihatnya sebagai orang kikir dalam hal lain. Dan sesungguhnya orang yang paling kikir di dunia adalah orang yang kikir terhadap hak-hak Allah, walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang dermawan dalam hal lain.  (Wahab bin Munabbih)

Carian