Pageviews

20 Mac 2013

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist

Assalamualaikum...


Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Mac dan April iaitu pencarian bermula dari 19 Mac 2013 hingga 11:59 malam 21 Mac 2013 nanti.

Syarat-syaratnya :
*  Follow blog NabeelStories.com
*  Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist 
*  Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry 
*  Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja 

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.

Wordless Wednesday: Corak di waktu malam

As salam

(i)


(ii)


(iii)


^-^

19 Mac 2013

Musim Sakit Mata | Kawalan atau remedi lebih penting

As salam,

gambar hiasan.  sumber google

Kemungkinan juga sekarang menular semula virus sakit mata.  Ini adalah pandangan peribadi aye bukan pandangan seorang pakar.  Jadi, pandangan ini amatlah tidak sesuai untuk dijadikan sebagai contoh atau kajian pengesanan mengenai penyakit.  Harap maklum.

Kenyataan mengenai penyakit atau virus sakit mata ini dibuat berdasarkan pengamatan seorang ibu yang juga seorang blogger ke atas beberapa situasi yang sedang melanda dalam keluarga sendiri semenjak kebelakangan ini.

18 Mac 2013

Bukan tersilap tarikh tetapi teruja

As salam,


Tajuk di atas boleh diabaikan sekiranya tiada kaitan dengan jalan cerita pada hari ini.  Tidak juga kerana sindrom 'Monday Blues' tetapi lebih kepada sindrom 4 'permata di hati bonda'.  Walaupun umi ada kerjaya kesihatan dan kebajikan anak-anak perlu diutamakan.

Bermula dari awal pagi, bahkan dari malam tadi juga Inas Insyirah dah mula mengamuk.  Tidak tahu apa puncanya, sehingga tertidur sendiri dan umi pula dah naik lemau jer hari ini.  Susunan jalan cerita pun dah tak berapa nak teratur.  Maaf lah yer.

Kesukaran kenalpasti perbuatan baik

As salam,


gambar hiasan

Sesaja nak bercerita menunda kenderaan tidak sama dengan menunda perbuatan baik.

Memang tidak mudah untuk kita kenalpasti mana satu perbuatan yang baik atau tidak.  Tetapi kita dikurniakan akal untuk berfikir.

Jadi bila dah tahu mana baik, kurang baik atau tidak baik.  Buatlah keputusan dengan bijak

17 Mac 2013

[Nuffnang] Kad Kredit Generasi Baru

As salam,
Catatan ini dibuat khusus sebagai menyahut cabaran dan panggilan melalui email oleh nuffnang. Hasilnya adalah kerjasama dari semua pihak termasuk ahli keluarga lain yang turut memahami hasrat hati.

Walaupun tidak sukar untuk mereka corak, tetapi melakar corak yang mampu memberi impak kepada corak penggunaan kad kredit bukanlah sesuatu yang mudah. Ini adalah kerana kad kredit bukan sahaja satu gaya hidup baru tetapi kad kredit turut memainkan peranan penting dalam pengurusan sistem kewangan generasi muda.

Pilih untuk menjadi dermawan

As salam,




Sementara menantikan idea baru dan menyiapkan tugasan yang bakal tamat malam nanti.  Kita tinjau dulu apa kelebihan orang yang dermawan dan orang yang kikir (kedekut).

16 Mac 2013

Tip mendapatkan idea dan penyumbang semangat

As salam,


Banyak perkara yang memudahkan kita dan memberi jalan kepada kita serta memberi semangat kepada kita untuk meneruskan perjuangan.

Sama ada sedar atau tidak ketika kita susah dalam diam ada sesuatu yang memberi semangat dan kekuatan kepada kita.  Seterusnya memberi jalan dan idea kepada kita untuk melakukan sesuatu tugas dan amanah dengan sempurna.

15 Mac 2013

Ranking terkini dan kaitannya dengan tujuan blog

As salam,


Setelah sekian lama bergeluman dalam dunia bloging sudah tentu kita mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk blog kita.  Walaupun mungkin juga pada awalnya tujuan berbloging adalah sekadar suka-suka kerana masuk kursus buat blog atau kerana ikut kawan-kawan.

Sesungguhnya peningkatan PR dalam blog menjadi satu titik tolak dan semangat untuk terus berbloging dan seterusnya menghasilkan karya yang terbaik serta boleh dijadikan rujukan dan panduan di masa hadapan.

Tidak semestinya catatan itu menjadi rujukan pembaca blog atau pencari maklumat tetapi harus juga menjadi rujukan dan panduan buat diri sendiri.

Hari ini, 15 Mac 2013 (15/05/2013) rank blog yangbaik telah meningkat ke 798,022 di dunia (kan?)... sungguh teruja sangat-sangat.  Sebelum ini Rank sudah meningkat ke angka 900,000 lebih tetapi menurun semula ke angka 1 juta hanya kerana sering lewat dan tertinggal dalam update blog.


Rank pada 15/05/2013


Seterusnya dari Rank di dunia pergi pula ke Rank di Malaysia, hari ini Rank di Malaysia telah menjangkau ke angka 6,222.  Satu pencapaian peribadi yang agak membanggakan.  Jangan pula nanti ada pula hamba Allah yang sangka aye perasan atau syok sendiri.  Sungguh banyak lagi blog di Malaysia yang bagus-bagus sebab itulah blog yangbaik berada di tangga ke 6,222.

Sesuatu yang menarik juga, hari ini blog ini agak popular di Kota Kinabalu, Sabah.  Apakah ianya ada kaitan dengan kancah yang sedang berlaku di Lahad Datu?  Jauh juga memandangkan yangbaik belum pernah lagi bercerita atau mengeluarkan pendapat mengenai kejadian di Lahad Datu.

Apa pun ini baru permulaan untuk memperkenalkan blog ke persada maya.



Akhir kata terima kasih kepada Alexa di atas maklumat dan statistik yang disediakan dan terima kasih tidak terhingga juga kepada anda semua pembaca blog dan pengomen yang tegar atau tidak.  Kunjungan anda sekalian amat bermakna buat yangbaik.  Cuma belum berkesempatan untuk berkenalan dengan lebih dekat.

Sekian, dulu untuk kali ini. 

yangbaik.blogspot.com

 


Manfaat solat malam

As salam,


Semoga bermanfaat.





Barangsiapa terbiasa memanjangkan shalat malam (dengan memanjangkan bacaan al-Qur'an ketika berdiri dalam shalat), maka ia akan merasa ringan ketika harus lama berdiri pada Hari Kiamat kelak.
(Hassan bin Athiyyah)