Pengikut Setia

19 Mac 2013

Musim Sakit Mata | Kawalan atau remedi lebih penting

As salam,

gambar hiasan.  sumber google

Kemungkinan juga sekarang menular semula virus sakit mata.  Ini adalah pandangan peribadi aye bukan pandangan seorang pakar.  Jadi, pandangan ini amatlah tidak sesuai untuk dijadikan sebagai contoh atau kajian pengesanan mengenai penyakit.  Harap maklum.

Kenyataan mengenai penyakit atau virus sakit mata ini dibuat berdasarkan pengamatan seorang ibu yang juga seorang blogger ke atas beberapa situasi yang sedang melanda dalam keluarga sendiri semenjak kebelakangan ini.

Bermula dengan dua minggu lepas Irdina Huda sakit mata.  Puncanya adalah kerana matanya dicucuk oleh kawan semasa main-main di sekolah.  Rasanya bukan kerana jangkitan virus atau penyakit mata, sebab merahnya sekejap saja dan tidak perlu rawatan klinik susulan.

Sebagai ibu tentu juga timbul perasaan marah apabila ada anak orang lain melukakan anak kita.  Tetapi harus juga berfikir dengan waras.  Lalu diberi nasihat kepada anak-anak agar tidak selalu bermain dengan benda tajam seperti pensil.  Walaupun memang adat kanak-kakank begitu suka bermain.  Hanya lain yang boleh dibuat selain daripada nasihat adalah bertawakkal agar anak-anak kita terpelihara kesihatan jasmani dan rohani semasa ketiadaan kita.  Hatta, depan kita pun boleh berlaku juga, cuma kita perlu sentiasa berwaspada dan beringat.

Berakhir kisah Irdina sakit mata, tiba-tiba dua hari lepas Muhammad Alif pula diserang sakit mata. Dan, kali ini nampaknya macam serius terus bawa ke Klinik dapatkan ubat makan dan ubat titik mata.  Sebelum ke klinik dah cuba titik eye Mo.  Tak sempat lihat kesannya sebab baru titik sekali.  Selepas dapatkan rawatan di klinik nampaknya ada penambahbaikan.  Matanya dah kurang merah.

Dari hasil soal siasat (macam kes polis pulak), Alif kata di sekolahnya atau lebih dekat dalam kelasnya ada budak sakit mata dan budak itu BFFnya.  Patutlah mudah sangat berjangkit.  Katanya lagi kawan itu telah dinasihatkan cikgu supaya ke klinik dan cuti sekolah.  (hooray!!!)  Kini, giliran Alif pula cuti sekolah... doktor bagi 2 hari... (hooray!! la sangat).

Hari ini, nampaknya virus sakit mata itu dah menyerang Inas Insyirah pula.  Pagi tadi matanya berair dan adalah kelihatan kesannya di sekitar mata... Inas menangis... manja sangat lah pulak...Untung juga ubat mata Alif ada lagi sikit, titik pada mata Inas pula.  Jika berterusan nampaknya ke klinik lagi sekali nie..

Kepada kawan2 ada ke petua untuk elakkan sakit mata atau untuk sembuhkan sakit?  Boleh kongsi di sini.


1 ulasan:

  1. jangan pandang...elak body contact dengan si pesakit mata...kalau ada sentuhan atau sharing things cepat2 basuh tangan bersih2 dengan sabun...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian