Pageviews

09 Januari 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......

As salam,



Segmen Saya Blogger dari Negeri??

 Bersegmen pula di hari Rabu Tanpa Kata.  Kan dan berkata-kata.  Ini gara-gara kena tag oleh Asmar Arafad.  Terima kasihlah kepada Asmar kerana sudi dan telah tag saya... hahaha dah terkena.

Kembali kepada segmen semula.  Segmen ini dianjurkan oleh FizGraphic.com yang sedang kebosanan dan tidak tahu nak buat apa (Buat segmen tahu pula yer... hehehe). Yang bagusnya meriahkan Segmen Up Follower nie. Bukan susah pon nak ikut syarat-syarat dia. Kita join, pastu nanti ramai-ramai blogwalking dan meramaikan follower sesama sendiri. Komen entry, follow, tinggal jejak, beramah mesra. Kan kan kan? Yang penting leh kenal blogger tue dari negeri mana. Tengok-tengok satu negeri ja. Leh jumpa lepak-lepak. Hihihi. Jom JOIN!

Saya Blogger Negeri Perak.  Walaupun saya bukanlah berasal dari negeri yang banyak dengan lombong bijih timah (perak) pada suatu masa dahulu.  Oleh kerana saya menetap di negeri Perak makanya secara tidak langsung saya adalah blogger dari negeri Perak... boleh tak?

Sekarang ni aye (ganti nama diri untuk saya di negeri Perak) menetap di Daerah Perak Tengah yang sedang diperkenalkan dengan Bandar Pendidikan kerana banyak tempat pengajian di sini seperti UTP, UiTM, KPM dan beberapa sekolah yang agak terkenal juga seperti Sekolah Menengah Agama Sultan Azlan Shah dan Kolej Vokasional.

Pada pandangan aye buat masa ni nak ceritakan tempat yang menarik di sini tak berapa nak pasti lah sebab belum lagi berjumpa dengan sesuatu yang sangat menarik untuk diterangkan (ini pandangan peribadi).  Mungkin satu yang boleh dikongsikan; terdapatnya motor racing circuit.  Tak pernah pergi tetapi nampak macam ramai pengunjung pada setiap kali dianjurkan.

Bercerita bab makan, di sini ada Secret Recipe, KFC, McDonal, Ayamas, Restoran Fuziah Nasi Ayam (Bazar Boolat), Restoran Vanggey (mamak style memang banyak di sini, tak boleh blah/ lari).  Dan tak lama lagi banyak restoran besar akan dibuka (khabarnya lah).

Cukup dulu kot celoteh yang tak berapa nak berisi...

Untuk itu, aye tag:
1.  Kakcik Seroja
2.  Ibu Salmi
3.  Mak Dara

Untuk sertai klik SINI.  Tiada tarikh tamat sehingga dimaklumkan oleh penganjur.

(^-^)
 

Wordless Wednesday | Mengenang

As salam,


Mengenang memori

08 Januari 2013

Kata dan Ucaplah

As salam,
gambar hiasan.  koleksi keluarga

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.  (Hamka)

Cubaan untuk berbloging

As salam,


Walaupun dah lama berbloging kadang-kadang mati kutu juga dibuatnya bila idea dah menghilang.  Aye sendiri pun tak tahu bagaimana boleh sampai ke tahap ni. 

Mood dan situasi semasa memang mempengaruhi mood untuk berbloging terutama bagi blog ala-ala anti sosial seperti yangbaik. 



Sesekali baca blog ini datang kembali semangat untuk berbloging.  Macam-macam cerita ada termasuk juga kepada sesiapa yang berminat nak buat bisness online.

Tetapi yang bagusnya kalau dapat berbloging macam blogger handal macam blog ini.  Entah di mana kekuatan yang datang untuk menulis.  Sudah pasti dari ilmu pengetahuan serta usaha dan kerajinan.  Dan yang pasti sekali tiada gangguan mood atau perasaan.

Mungkinkah kecewa kerana tidak dapat mendengar
secara langsung nyanyian Aizat semasa AJL malam kelmarin.
Lagu hot tu.

Stop di sini dulu celotehnya... Mood aye memang dah kedaung.  Awal pagi lagi dah diganggu oleh bermacam-macam perkara dan isu yang tak pernah lekang... dan tib-tiba datang pula isu baru yang tidak harus diungkit-ungkit.... rasa bebal semacam jer.

07 Januari 2013

Harus Selalu Ingat

As salam,




Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup, yaitu MATI


(HR Tirmidzi)

06 Januari 2013

Persoalan Berkaitan Cuti Lagi

As salam,


Banyak-banyak soalan dalam dunia maya ni... soalan yang satu ni jugalah yang menjadi pilihan mereka (atau dia seorang saja?).  Hairan betullah mengapa tak berani berhadapan dengan empunya diri sebaliknya tanya kat google, pastu singgah kat blog nih...

Hari ni kan cuti umum, semalam pun cuti umum jugak.  Kenapa mesti minta izin pada bos nak cuti pada hari Cuti Umum?.  Dah cuti umum kan... cuti sajalah.  Lainlah kalau hari bekerja. (Tiba-tiba teringat... jangan-jangan anak buah aye yang minta cuti... eh eh eh... minta cuti secara online kat portal bukan minta secara atas talian dengan mr google lah!).

Macam ni lah dipendekkan cerita dan dimudahkan pemahaman.  Alasan untuk bercuti biarlah yang munasabah (rasanya dah publish lama dulu) janganlah mereka (mencipta) alasan yang bukan-bukan. 

Cuti Kerana Saudara Terdekat Sakit

Jika benar hendak bercuti kerana emak sakit, anak sakit, suami sakit atau diri sendiri yang sakit biarlah memang dah tiada pilihan sangat.  Memang kita yang perlu cuti untuk menjaga mereka kerana dah tiada orang lain yang boleh jaga. 

Dalam pada itu hendak cuti pun kenalah pastikan semua tugas tiada yang terbengkalai.  Dalam keadaan tertentu sakit memang tidak dijangka dan boleh datang pada bila-bila masa (termasuk si penulis ini).  Justeru sebagai individu yang bekerja kita sering diingatkan untuk menjaga kesihatan dan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan atau aktiviti agar tidak menjejaskan kesihatan.

Dalam Jabatan Kerajaan Cuti Kerana Menjaga Ahli Keluarga terdekat yang sakit adalah dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu.  Jika hendak bercuti lama boleh membuat perancangan awal dan mohonlah Cuti Tanpa Gaji.  Dengan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada bos untuk merancang dan mengagih tugas.

Cuti Tahun/ Cuti Rehat

Setiap staf diberikan kadar cuti tertentu untuk tempoh satu tahun dan hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya serta dirancang.  Cuti hendaklah dirancang dan elakkan mengambil cuti tidak dirancang seperti EL (Emergency Leave atau Cuti Kecemasan).

Gunanya Cuti Rehat atau Cuti Tahun adalah untuk memberi peluang kepada staf untuk menguruskan urusan peribadi tertentu pada hari-hari bekerja dengan tidak menghadirkan diri ke tempat kerja.

Alasan untuk mengambil cuti Tahun atau Cuti Rehat pada kebiasaannya adalah kerana urusan keluarga seperti menguruskan persekolahan anak-anak, urusan peribadi lain yang tidak boleh diselesaikan pada hari Cuti Umum (Sabtu/ Ahad). 

Sebaiknya cuti itu dirancang dan dimaklumkan lebih awal kepada bos.  Tidaklah bos mengamuk bila kerap sangat ambil EL atau Cuti Sakit (pura-pura sakit).

Kesimpulan

Bos memang tiada kuasa untuk menyekat cuti stafnya tetapi staf perlu merancang dengan bijak bila hendak cuti dan untuk apa. 

Alasan cuti biarlah logik dan diterima akal serta kita sendiri yakin dan percaya bahawa cuti yang diambil itu adalah memang perlu sangat.

Elakkan juga mengambil cuti dengan sengaja atas alasan-alasan yang tidak munasabah serta tidak boleh diterima oleh akal yang normal.

'suka duka pentas dunia'

(^-^)

Bukan taman dalam hati

As salam,



Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini?  Tiada apa yang penting melainkan kita ini dihidupkan untuk menjadi khalifah dengan berbuat baik sesama manusia.

Siapa pun kita, setinggi manapun pangkat di pejabat sebagai wanita dia tetap wanita dan mesti taat dan patuh kepada suaminya sebagai ketua keluarga.
Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.  (HR Muslim)
Sombong kita tidak ke mana.  Pandai kita juga tidak ke mana termasuk juga kekayaan harta dan ilmu.  Itu semua milik Allah yang dipinjamkan sementara kepada kita.

Menulis ini sesekali dapat mengingatkan diri kita sendiri di mana kita dan ke mana sebenarnya hala tuju hidup kita.

Subhanallah.

(*-*)

05 Januari 2013

Tambah Trafik Tambah Follower 2013

As salam,


Kalau tak silap dan memang tak silap lah kan... ini adalah segmen pertama aye sertai untuk tahun 2013. Bukan tiada segmen yang dijumpai tetapi mood berbloging dan bersegmen kadang-kadang kedaung ... tak menentu atau malas lah nak fikir panjang-panjang.

Tanpa celoteh lebih panjang terus kepada segmen ini.  Blog yangbaik merupakan blog kisah kehidupan manusia sejagat termasuk sebahagiannya catatan kisah keluarga, kerjaya, pengalaman, puisi dan perkongsian tazkirah serta mutiara kata. 

Blog ini diwujudkan pada asalnya adalah untuk mengisi minat dalam bidang penulisan berkaitan kehidupan berkeluarga dan berkerjaya seorang wanita bergelar isteri, ibu dan anak kepada 4 orang cahaya mata.  Namun begitu setelah beberapa lama berbloging mula timbul minat dan hasrat untuk menambah pendapatan sampingan secara online iaitu melalui blog.  Ini adalah kerana setelah mula mengenali beberapa blogger tegar dan hebat seperti blogger ini dan blogger ini serta blogger ini yang kini menjadi blogger sepenuh masa a.k.a. Mister Mama. 

Dan kini menjadikan blog www.hasrulhassan.com sebagai blog pendidikan buat blogger memandangkan blog ini menampilkan cerita yang berinformasi untuk semua.

Ingin memeriahkan segmen Tambah Trafik Tambah Follower sebagai usaha untuk perkenalkan blog yangbaik kepada rakan blogger lain dan dunia blog Malaysia. Walaupun blog ini sudah wujud agak lama tetapi kurang dikenali ramai.  Maklumlah blog mak-mak yang tak berapa nak popular seperti blog Mak Dara atau Mak Merah blog yang sentiasa meriah dan penuh dengan informasi juga.


Kepada anda yang mempunyai hasrat seperti aye, jom turut serta memeriahkan segmen ini yang dijangka akan berakhir pada 9 Januari 2012.

Untuk sertai sila klik SINI.  Anda pasti tidak rugi.

'suka duka pentas dunia'

Bukan Kerana Tiada Rupa

As salam,


tak nampak rupa pulak! 

Hari ini tidak berhasrat nak menulis mengenai kecantikan wajah atau kebersihan hati.  Memang tiada bakat pun dalam menulis mengenai kecantikan atau kebersihan.  Tetapi hasrat untuk menjadi cantik dan bersih itu tetap ada.  Mestilah ada weh... cita-cita  tu penting.  Semua orang pun nak kelihatan cantik.  Sampai ada yang sanggup bergolok bergadai untuk mendapatkan kecantikan yang diidamkan.

Apa pun yang kita lakukan tak kiralah nak cantik tu satu hal tetapi kebersihan hati itu satu hal yang lain pula.  Semua orang mampu kelihatan cantik dengan kemajuan sains dan teknlogi dalam bidang kecantikan wajah atau badan.  Banyak juga longgokan alat kecantikan wajah serta ubat-ubatan untuk mencantikkan wajah.  Penting sekali untuk membuat pilihan yang bijak dengan bertanya pada yang pakar atau pengalaman orang yang pernah menggunakannya.  Tidak semua ramuan kecantikan yang ada di pasaran itu sesuai dengan antibodi atau hormon kita.  Sedangkan jenis darah lagikan berbeza. Inikan pula sumber kecantikan dalaman dan luaran, pastilah berbeza. 

Tetapi kebersihan hati jangan sampai terabai pula.  Penting juga untuk jaga kebersihan hati.  Bilamana terlekat saja satu titik hitam di hati cepat-cepatlah bersihkan dengan Istighfar atau paling tidak dengar ceramah agama bagi memulihkan semula semangat hati dan kekuatan hati.

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu". (HR Muslim)

Apa yang nak ditulis telahpun ditulis, tinggal lagi ada ke tidak orang yang nak baca. ^-^

04 Januari 2013

Debaran itu berakhir jua

As salam,



Memang benar gambar ini tiada kaitan dengan debaran itu 

Pagi-pagi lagi dah berkejaran berlumba dengan anak-anak.

Mana nak siapkan yang pergi sekolah rendah tahun 1, seorang lagi nak pergi PASTI, seorang lagi nak tukar 'pampers' dah penuh semalaman empunya simpanan dan seorang lagi nak bersiap pergi ke hospital ada temujanji pulak dengan doktor.

Nak siapkan sarapan lagi... sudahnya makan roti dengan teh o panas jer.  Nak beli tak sempat, nak masak memang tak sempat bila dah terlewat bangun mana tidaknya malam tadi berjaga melawan mata dengan si kecilku Abid...

Sudah selesai semua... pergi sekolah dan siapkan baby Abid, giliran umi pula bersiap.

Dah sampai hospital, pergi kaunter pertanyaan tanya di mana Klinik 9.  Terus meluncur laju tiga beranak ni.... Alhamdulillah Abid tak banyak ragam.  Menunggu pun tak lama, tak sempat nak habiskan sebuku roti kaya.... dah dipanggil doktor... wah! cepat 'gila'.

Setelah dibuat pemeriksaan susulan berikutan dari laporan dan fail dua bulan dulu... menurut doktor perkembangan baby  Abid memuaskan memandangkan beratnya pun bertambah baik.  Kelahiran dahulu pun bukanlah kerana tidak cukup bulan atau 'premature' tetapi kelahiran biasa yang hanya cepat sikit dalam 3 hari saja...

So... keputusannya... tak perlu datang lagi ke hospital untuk pemeriksaan susulan kerana kesihatan adalah memuaskan dan jaga baby baik-baik... itu saja?  Memang terkejut juga walaupun memang itu yag diharapkan.  Terima kasih.


 
Syukur Alhamdulillah baby Abid tak perlu berulang lagi ke Hospital Seri Manjung.

Semoga selamat semuanya.  Terima kasih atas doa semua.


(^-^)