tak nampak rupa pulak! |
Hari ini tidak berhasrat nak menulis mengenai kecantikan wajah atau kebersihan hati. Memang tiada bakat pun dalam menulis mengenai kecantikan atau kebersihan. Tetapi hasrat untuk menjadi cantik dan bersih itu tetap ada. Mestilah ada weh... cita-cita tu penting. Semua orang pun nak kelihatan cantik. Sampai ada yang sanggup bergolok bergadai untuk mendapatkan kecantikan yang diidamkan.
Apa pun yang kita lakukan tak kiralah nak cantik tu satu hal tetapi kebersihan hati itu satu hal yang lain pula. Semua orang mampu kelihatan cantik dengan kemajuan sains dan teknlogi dalam bidang kecantikan wajah atau badan. Banyak juga longgokan alat kecantikan wajah serta ubat-ubatan untuk mencantikkan wajah. Penting sekali untuk membuat pilihan yang bijak dengan bertanya pada yang pakar atau pengalaman orang yang pernah menggunakannya. Tidak semua ramuan kecantikan yang ada di pasaran itu sesuai dengan antibodi atau hormon kita. Sedangkan jenis darah lagikan berbeza. Inikan pula sumber kecantikan dalaman dan luaran, pastilah berbeza.
Tetapi kebersihan hati jangan sampai terabai pula. Penting juga untuk jaga kebersihan hati. Bilamana terlekat saja satu titik hitam di hati cepat-cepatlah bersihkan dengan Istighfar atau paling tidak dengar ceramah agama bagi memulihkan semula semangat hati dan kekuatan hati.
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu". (HR Muslim)
Apa yang nak ditulis telahpun ditulis, tinggal lagi ada ke tidak orang yang nak baca. ^-^
cantik itu suatu yg subjektif.
BalasPadamTak kesahla ada yang nak membaca atau tidak. Menulis dengan gigih kalau tidak untuk hari ini, mungkin esok berguna juga.
BalasPadamCantik dari dalaman itu yang sebaiknya.
cantik itu lebih nampak jika dalaman bersih
BalasPadamkan?