Pageviews

20 Julai 2012

Bufet Ramadhan & Sahur Di Hotel UiTM Shah Alam

As salam,



Hari ini adalah hari melihat anak bulan Ramadan.  Maka malam nanti akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkenaan tarikh mula 1 Ramadan.

Sementara itu, layan dulu antara menu Ramadan bagi tahun 2012 yang di sediakan oleh Hotel UiTM




Hotel UiTM Shah Alam

Bufet Ramadhan - Sri Impian

Bermula 23 Julai hingga 16 Ogos 2012 ,
6.00 petang hingga 9.00 malam

RM 45 (Dewasa) | RM 19 (Kanak-Kanak)* 4-10 tahun

 
&


Bufet Sahur - Anggerik Terrace Coffee House

 
22 Julai hingga 16 Ogos 2012 , 12.00 tengah malam hingga 4.00 pagi

RM 18 (Dewasa & Kanak-Kanak) * 4-10 tahun



***



Istimewa



*10% untuk 10 tempahan awal beserta bayaran penuh bermula 23 hingga 27 Julai 2012

*Diskaun 10% untuk kakitangan UiTM

*Diskaun 50% untuk warga emas

*Diskaun 10% untuk pelajar IPTA/IPTS

*Ruang solat disediakan

* Kaunter zakat

* Persembahan artis







Untuk tempahan hubungi :

03-55192069/75/76/78 sambungan 310 atau

email : hoteluitmshahalam@gmail.com

19 Julai 2012

Minggu ke-24 dan keputusan MGTT

As salam,


sumber:  babycenter

Hari ini Khamis kena buat pemeriksaan lagi.  Kandungan telah mencecah 24 minggu, sedar tak sedar jer.  Ini bermakna kandungan sekarang berada dalam mingu-minggu terakhir dalam fasa ke-2 dari 3 fasa. 

Berikut adalah catatan yang dipetik dari babycenter mengenai perkembangan fetus bagi minggu ke-24:

Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang.


Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya.

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Minggu lepas (hari Rabu) minum air gula (segelas) untuk mengesan kalau-kalau ada kencing manis.  Memang manis sungguh dengar cerita ada kawan kita sampai muntah-muntah selepas minum air gula, sudahnya minggu ni kena ulang lagi.  Mana tak muntahnya perut kosong tiba-tiba diisi dengan air gula yang agak banyak. Alhamdulillah @yangbaik tak sampai jadi macam tu. 
 
Dan, hari ini dapat keputusannya agak baik sebelum 4.7 dan selepas 6.6.  Tapi harus ingat seminggu selepas raya perlu ulang semula proses ini.  Kata Doktor 'Ayu' kena buat sampai 3 kali.  Eeeee... rasanya tak perlu la kot eakk.  Elok-elok takder kencing manis ni, biarlah sampai ke sudah.
 
2 minggu lagi nak scan pulak...
 
hari ini juga kerana lewat makan gastrik datang menyerang semula.... aduhhhhh
 
 
'suka duka pentas dunia' 

18 Julai 2012

Antara Kesilapan di Bulan Ramadan

As salam,


Insya Allah hari Sabtu atau hari Ahad ini umat Islam akan menyambut Ramadan al-Mubarak.  Sementara itu sudi kiranya yangbaik kongsikan di sini beberapa kesilapan yang mungkin dilakukan pada bulan Ramadan. 

Antara kesilapan berkenaan adalah:

1.  Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

2.  Makan Sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

3.  Bersahur hanya dengan makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain.

4.  Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

5.  Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

6.  Menunaikan solat Terawih di Masjid dengan niat hendak meriah.

7.  Bermalasan dan tidak proakti dengan kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

8.  Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

9.  Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

10.  Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

11.  Tidak memperbanyakkan doa semasa berpuasa dan berbuka.

12.  Memasuki Ramadan dengan keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.


Terima kasih kepada ustaz Zaharuddin.  Catatan kesilapan ini dipetik dari sini.





'suka duka pentas dunia'

Mengenai Buku Menangani Individu Sukar

As salam,

inilah hasil 'tangkapan' bersama anak-anak di rumah.  sibuk umi nak pose sibuk jugalah tangannya nak mengubah kedudukan buku.  Memang sengaja letak gambar yang kelabu dan 'blurr' kerana sudah pasti gambar buku yang terang boleh diperolehi dari laman blog buku2-mustread.blogspot.com.

Menangani Individu Sukar hasil karya Nordin Jaafar.  Adakah ia bermakna orang lain menyukarkan kehidupan atau tugas kita atau kita sendiri yang menyukarkan keadaan?  Terpulang kepada pentafsiran masing-masing.  Yangbaik akan cuba bincangkan kefahaman mengenai isi kandungan buku ini setelah selesai membacanya.

Sekali imbas, hampir-hampir juga buku ini tidak jadi digenggam kerana kelibat penjualnya tidak kelihatan sedangkan masa rehat sudah hampir tamat.  Namun kerana kekuatan semangat dan hikmah yang tersembunyi tanpa rasa segan siapa yang melintas di gerai berkenaan ditegur.  Dan... tiba masanya ditegur pada orang yang betul... Rezeki dia kerana saya beli buku ini dan rezeki yangbaik dapat memiliki buku ini.



'suka duka pentas dunia'

Sedetik lebih menjelang Ramadan

As salam,





Apa yang kita fikir

Apa yang kita rasa (perasaan ke perasan?)

Apa yang kita kata

Apa yang kita buat

Itu semua DOA

Dan...kesimpulannya adalah:

Fikirkan yang baik-baik elakkan berfikiran negatif biarpun perit... ingat tu

Cuba selami dan rasai apa yang orang lain rasa sebelum kita buat sesuatu

Berkatalah yang baik-baik dan elok-elok walapun nampak yang tidak elok kerana disebalik yang kita nampak tidak sama dengan apa yang sebenarnya terjadi...

Mulakan pekerjaan dengan tangan kanan dan niatkan untuk kebaikan  semua orang termasuk diri sendiri

Semoga apa yang kita fikir, rasa, kata dan lakukan itu mendatangkan kebaikan kepada diri kita sendiri dan orang yang ada di sekeliling kita.


p/s:  gambar atas tu sekadar hiasan

'suka duka pentas dunia'


17 Julai 2012

Rembatan menjelang Ramadan


As salam,


Antara rembatan 2 buah buku berjudul Menangani Individu Sukar dan Jangan Bersedih: Kebahagiaan Pasti Bersamamu serta 2 pasang kain ‘English Cotton’



Hari ini, tengahari tadi diberi kegigihan untuk menuruni lembah dan meniti laluan dari pejabat ke Karnival Keusahawanan 1UiTM 1Malaysia dan juga ke PC & Book Fair. Sebenarnya karnival telah berlangsung mulai 15 Julai dan dijangka berakhir pada 18 Julai 2012. Dah hari ketiga baru dapat peluang. Itupun masa rehat tengahari.



Sebenarnya banyak lagi yang sempat dirembat tetapi makanan la, so tak sempat nak masukkan dalam gambar sebabnya dah habissss



‘suka duka pentas dunia’

16 Julai 2012

Abang besar dan hobi

As salam

Inilah rupa 'Big Brother' atau abang besar atau abang long.  Tetapi tidak pernah disebut namanya abang long.  Katanya abang long kan dah ada di rumah pak long.  Buat apa abang long ramai-ramai.


Hobi abang besar adalah melukis.  Bermacam-macam lukisan telah dihasilkan.  Berikut adalah antara hasil lukisan abang besar.

lukisan di awal usia


lukisan kebelakangan ini... tahun lepas barangkali


opss.  ini adalah antara sukan kegemaran abang besar ketika petang.. badminton



'suka duka pentas dunia'

15 Julai 2012

Beberapa hari sebelum Ramadan

As salam,




Petang ini, beberapa hari lagi menjelang Ramadan lebih kurang 5 atau 6 hari lagi.  Langit Petang di Seri Iskandar diiringi hujan lebat, angin tidak berapa kuat seperti minggu-minggu yang lepas tetapi hujan ini turun dengan tiba-tiba.

Kesian pada anak-anak tak puas bermain di halaman.  Tetapi elok juga cepat sikit mereka masuk rumah tak perlu jerit-jerit tunggu senja baru nak balik.  Sekarang biar mereka menjerit dalam rumah pula.



Oleh kerana rumah ini tidaklah besar sangat, jadi bagi lah budak-budak 2 beradik ni main blon jer... lambung-lambung, tapi kita tengok sampai mana belon tu mampu bertahan.




Dapat makan mee pun sedap juga... wah-wah berasap tu ... sabar yer sat lagi sejuk sikit boleh le makan.

Itulah serba sedikit kejadian petang Ahad yang kalut dengan anak-anak, belum lagi menjelang malam. 

'suka duka pentas dunia'

Bagaimana nak jadi popular

As salam


Banyak cara nak jadi popular.  Tak kiralah dengan cara halus atau cara kasar atau cara baik-baik.  Tapi jangan ikut cara @yangbaik.  Sebabnya tak pernah popular pun.  Syok sendiri jer.

Ada banyak tip sebenarnya nak jadi popular.  (Apa hal la pulak blogger yang tak popular nak bagi tip untuk jadi popular.... hehehe)

Antaranya - Popularkan blog anda

Cara nak popularkan blog tak susah.  Buat jer cerita sensasi terutama mengenai artis, boleh masuk segmen blogger dalam rancangan AWAL LAGI di TV9.  Hah... tak caya... percaya lah....

Bila blog dah popular secara tak langsung anda juga akan jadi popular

Sama macam bro Denaihati.com . Opss jangan salah tafsir pulak.  Ini bukan nak bodek tapi lebih kepada menyahut cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati.  Dan... Denaihati tak adalah buat cerita sensasi tetapi lebih kepada memberi input dan ilmu yang baik-baik untuk menjadi blogger yang berjaya. 

Eh... kenapa tak der gambar eh...

perlu ker?

'suka duka pentas dunia'

Ingat ketika melakukan sesuatu

As salam,


Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada seorang hamba yang mau merenung sejenak ketika akan melakukan sesuatu, apabila ia melakukannya karena Allah ia pun maju dan bersegera mengamalkannya, tetapi apabila ia melakukannya karena selain Allah ia pun mundur dan tidak jadi melakukannya.

(Al-Hasan)