As salam,
Insya Allah hari Sabtu atau hari Ahad ini umat Islam akan menyambut Ramadan al-Mubarak. Sementara itu sudi kiranya yangbaik kongsikan di sini beberapa kesilapan yang mungkin dilakukan pada bulan Ramadan.
Antara kesilapan berkenaan adalah:
1. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
2. Makan Sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
3. Bersahur hanya dengan makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain.
4. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
5. Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
6. Menunaikan solat Terawih di Masjid dengan niat hendak meriah.
7. Bermalasan dan tidak proakti dengan kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
8. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
9. Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.
10. Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
11. Tidak memperbanyakkan doa semasa berpuasa dan berbuka.
12. Memasuki Ramadan dengan keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.
Terima kasih kepada ustaz Zaharuddin. Catatan kesilapan ini dipetik dari sini.
'suka duka pentas dunia'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.