Pageviews

19 Julai 2011

BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,


BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG



















Jom... sertai Segmen : Teringin menjadi blog rakan blogger ? Teringin kan?  nyanyi lagi Shima jap... heheh nyanyi lah sendirik...
 

LATAR BELAKANG BLOG


Latar belakang blog ni kadang-kadang tak menentu ikut mood pemiliknya, agak2 berkenaan dengan template tu lama la skit.... agak2 dah bosan tukar lak kaler lain... dushhh! bukan lah...
 
Yang sebenar-benarnya tarikh asal bila blog ni dimulakan tak ingat sebab dah terdelete entry yang terdahulu dan yang mula-mula buat.  sebab-sebab terdelet tu sebab gatal tangan nak delete... dah tu nak cari balik tak jumpa.  Cuma yang boleh dikatakan blog ini dimulakan pada awal tahun 2008, setelah habis cuti bersalin anak kedua.  jeles ngan kawan-kawan depa dapat masuk kursus asas internet pass tu dapat buat blog.  Okeh aye challenge diri aye sendiri untuk buat blog sendiri dan hanya berguru dengan majalah PC jer.
 
Tujuan asal buat blog tak berapa jelas tetapi bila dah mula buat blog nih... sesekali terbabas juga, kenapa?  ... tak tau mungkin sebab tak kuat pendirian kot... tetapi matlamat nye jelas cuma tak dapat nak explain kat sini... Sorryy
 
Idola dalam berbloging... ramai antaranya penganjur segmen ni, walaupun dia buat blog kemudian dari blog ini (yang baik tapi tak berapa baik nihh) tetapi banyak ilmu dan kekuatan yang diperolehi darinya.  Walaupun kadang tak berapa juga beberapa segmen atau artikel tetapi bukan rugi kalau ikut kan?
 
Kenapa blog yangbaik patut disinggah setiap hari?  Tak tau kenapa .. sebab dulu memang selalu update blog setiap hari dalam satu hari ada 2 atau 3 kali update. Tetapi lepas ni rasanya tak dapat nak update sangat sebab kerja luar biasa dok menunggu.  Walau apa pun aye akan cuba update cerita dan pendapat terkini aye tentang sesuatu isu termasuk pandangan peribadi dan kisah-kisah sekitar yang boleh dijadikan panduan.  SINGGAH SELALU!
 
tU jERR..Lepas ni... tunggu dan lihat jer lah
 
Syarat-syarat nak jadi rakan blogger?... klik di SINI
 

Hidup luar biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Dalam sebulan nih, bermula dengan seminar Hidup Luar Biasa dengan Dr Azizan di Ipoh tempoh hari boleh dikatakan hari-hari terdengar perkataan hidup luar biasa perlu kerja luar biasa kerana kita hidup di zaman yang luar biasa dan bukan lagi biasa-biasa.  Sebelum ni bukan tak pernah dengar hidup luar biasa, pernah dengar juga bahkan selalu juga dan rasa macam hidup sendiri pun dan luar biasa tetapi tak pernah endahkan perkataan tu.

Semalam dan hari ini sekali lagai perkataan luar biasa itu kedengaran lagi dan yangpaling hebatnya bermula dari sekarang hidup ini perlu luar biasa kerana semua orang sedang bergerak ke arah satu tujuan yang luar biasa... hmmm... bunyi macam lain macam jer... tapi itulah hakikatnya yang terpaksa ditempuh.

Semua pergerakan perlu pantas, otak perlu 'pick-up' dengan lebih luar biasa.  Biarpun sesekali migrain datang melanda kerana otak dah penat berfikir.  Nak rehat pun... rehatlah tetapi kembali dari rehat kerja perlu lebih lagi luar biasa... lagi...



Hari ini pagi ini dikejutkan dengan graf ini, baru 5 ... memang luar biasa kan... aduhai... migrain la pulak...adeh!




*

18 Julai 2011

Hello!!! Salah nombor ker?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semenjak dua menjak ni dok asyik terima salah sms dari orang yang tak dikenali.  Jenuh jugak lah tangan ni dok memadam mesej tu... namun nak reply balik... Sorry naik lorry, makan kari kena gari. Boleh???

Mesej pertama:
From:  +6013........25 (nak nombor penuh?... tak yah... sapa2 yang hantar tu dia jer lah yang layak tahu, dia dah bagi kat orang yang salah... okey!)

Pesanannya bertulis begini:  RM0.00. Helo sayang, esok sudah nak bertolak, saya telah tinggal mesej bergambar untuk kamu (18+).
---> apa nih???? gila punya kerja... dok perabih bajet untuk sms jer... nih dah tentu kerja bulk sms kan?

ada lagi yang bestnya siap bagi nombor untuk call ... memang gila babas betul... marah sangat2 nih..

bukan sekali dua dpt mesej cam tu...

agak kalu dapat lagi sekali nak report kat Suruhanjaya Telekomunikasi... biar depa siasat.

*

Berkatalah yang baik-baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Barangsiapa baik perkataannya namun buruk amalnya, maka Allah akan menolak perkataannya. Namun, barangsiapa baik perkataannya dan baik pula amalnya, maka amalnya itu akan mengangkat derajatnya (di sisi Allah). Hal itu karena Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman: …Kepada-Nya perkataan yang baik dan amal shalih akan diangkat… (QS. Faathir: 10)
(Salah seorang ahli hikmah)

17 Julai 2011

Sebelum tidur, Semasa tidur dan Bangun Tidur

Assalamualaikum  dan selamat sejahtea,


Sebelum tidur, update blog dan kemaskini design blog ke apa yang patut... sambil balas kunjungan blogger yang telah memberi komen. eheheh itu untuk dunia jer... Tetapi untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhir untuk mengumpul pahala dan bukan bala.. bacalah doa tidur dan maafkan lah semua orang yang pernah membuat salah dengan kita dengan harapan orang itu juga akan memaafkan segala kesalahan kita yang sengaja atau tidak serta tidurlah dengan mengiring lambung kanan di bawah.

Semasa tidur, anda pasti bermimpi.  Andai anda bermimpi perkara yang buruk atau tak elok dan kemudian terjaga... Istighfarlah 3 kali dan baca ta'wuz (Auzubillah...) sambil membuat isyarat ludah ke kiri sebanyak 3 kali... jangan ludah betul kot-kot tempias kat orang sebelah mengamuk pula... kan tambah bala pulak...

Bangun tidur, baca doa bangun tidur,... dan cuba tuliskan dalam diari apa yang anda mimpikan malam tadi....
oooopppssss bateri nak habis.... sambung lagi bila ingat...   

Blogger pilihan | Ikutan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ahad ni, kan tak kerja.  PR pun dah balik dari bercuti, so ambil peluang untuk update blog sambil jalan2 dan terjah blog yang telah singgah bagi 'pandangan menarik' kat sini. 

Cakap banyak ... eh Tulis banyak tak mau lah... nanti tak larat pulak nak baca kan...

So... inilah hasil perjalanan hari ini.



jom ikut-ikutan.... yokkk

Banyakkan doa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Amalan yang dapat mendekatkanmu kepada Allah adalah Anda memperbanyak doa (meminta dan memohon) kepada-Nya. Adapun amalan yang dapat mendekatkanmu kepada sesama manusia adalah Anda meninggalkan meminta-minta kepada mereka.
(Abu Bakar al-Warraq)

16 Julai 2011

Baca Yasin malam ini | Esok Nisfu Syaaban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dalam kita baru saja melepasi hari Isra' Wa Mikraj, esok kita pula bakal menyambut Nisfu Syaaban.

Berikut adalah amalan yang biasanya dilakukan pada malam menjelang Nisfu Syaaban iaitu membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali.  Aturan yang biasanya dilakukan adalah seperti berikut:

1.  Pada bacaan Yasin pertama, niatkan memohon dipanjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah.  Kemudian diikuti dengan doa tertentu.

2.  Pada bacaan Yasin kedua, niatkan memohon keluasan rezeki yang halal serta diberkati.  Kemudian diikuti dengan doa tertentu.

3.  Pada bacaan Yasin ketiga, niatkan memohon ditetapkan iman yang sempurna sehingga meninggal dunia kelak dan diikuti dengan doa yang tertentu.

Selain daripada membaca Yasin, pada malam Nisfu Syaaban juga digalakkan mendirikan Solat Sunat Malam, beristghfar, berselawat dan berzikir.

Keterangan di atas dikutip daripada buku keluaran Darul Nu'man iaitu "Kelebihan Amalan Bulan Rejab Sya'ban Ramadhan", ditulis oleh Tuan Haji Johari Haji Alias.

Pada pendapat aye, tidak semestinya amalan berkenaan berhenti atau dilakukan pada malam nisfu Syaaban sahaja tetapi adalah baik kiranya dapat dilaksanakan juga pada malam-malam yang lain.  Semoga diizinkan.

Sekian adanya.


Merenung sejenak

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu...



Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada seorang hamba yang mau merenung sejenak ketika akan melakukan sesuatu, apabila ia melakukannya karena Allah ia pun maju dan bersegera mengamalkannya, tetapi apabila ia melakukannya karena selain Allah ia pun mundur dan tidak jadi melakukannya.
(Al-Hasan)

MAD - Deliciously BROWN! RM19 instead of RM39.50 for 35 Sinfully Sweet Homemade Chocolates from Chocolata Paradise [52% OFF]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kepada penggemar coklat, MAD sekali lagi membuat tawaran yang menarik untuk anda... Pasti teruja.  Manakan tidak anda mampu perolehi cokalt kegemaran anda dengan hanya RM19.00 berbanding RM39.50 pada harga biasa.

Lihat lah, bacalah cerita seterusnya adalah dalam bahasa Inggeris.  Enggan mentafsirkan lebih jauh kerana bimbang akan hilang maksud asalnya.

cantikkan?... tentu juga keenakkanya sama seperti kecantikannya... ada ker? huhuhuhu

Story begin here...

MAD Deal of the Day: RM19 instead of RM39.50 for 35 Sinfully Sweet Homemade Chocolates from Chocolata Paradise.

This is some great pick me ups. Ranting may not make you happier, but chocolate that triggers endorphins would!

Be sure to pop more than two!

Choose from milk chocolates, dark chocolates or white chocolates with almond, hazelnut, peppermint or strawberry filing or just combine all 3 types of chocolates with 4 types of fillings to save the hassle of choosing the perfect combo.

Sink into sinful sweetness by getting them delivered via Pos Laju anywhere in Peninsular Malaysia or Sabah and Sarawak for only RM15 and RM48 for the first 0-5kg respectively. If the cravings get too great, then, pick them up at these locations; Jalan Ipoh, Sentul, Batu Caves, Sri Gombak and Ampang.

For More Info please CLICK HERE