Sebelum tidur, update blog dan kemaskini design blog ke apa yang patut... sambil balas kunjungan blogger yang telah memberi komen. eheheh itu untuk dunia jer... Tetapi untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhir untuk mengumpul pahala dan bukan bala.. bacalah doa tidur dan maafkan lah semua orang yang pernah membuat salah dengan kita dengan harapan orang itu juga akan memaafkan segala kesalahan kita yang sengaja atau tidak serta tidurlah dengan mengiring lambung kanan di bawah.
Semasa tidur, anda pasti bermimpi. Andai anda bermimpi perkara yang buruk atau tak elok dan kemudian terjaga... Istighfarlah 3 kali dan baca ta'wuz (Auzubillah...) sambil membuat isyarat ludah ke kiri sebanyak 3 kali... jangan ludah betul kot-kot tempias kat orang sebelah mengamuk pula... kan tambah bala pulak...
Bangun tidur, baca doa bangun tidur,... dan cuba tuliskan dalam diari apa yang anda mimpikan malam tadi....
oooopppssss bateri nak habis.... sambung lagi bila ingat...
Update jangan tak update
BalasPadam