Pageviews

24 September 2010

Program Juara Budaya PERDANA Pejabat Pendaftar

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada dan ketika entri ini dikeluarkan aye dan 7 orang rakan lagi sudahpun berada di Dewan Al-Ghazali JPbSM, Pejabat Pendaftar UiTM Shah Alam, untuk mengikuti sesi ceramah oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said, TNC HEP&A.  Tajuk Ceramah : Staf Cemerlang Menjana Keunggulan Model Pentadbir Pejabat Pendaftar.

Dah dapat anugerah staf cemerlang bulanan, bukannyer duduk saje... entry berkaitan pernah dikeluarkan tak lama dulu.. antaranya apa citer?, apa akan jadi..., dan ada beberapa artikel lagi yang tak sempat nak cari (sebab salah label)



Insya Allah gambar-gambar sekitar sesi berkenaan akan dimuat turun dalam masa terdekat
 

23 September 2010

Denaihati umumkan senarai penuh hadiah Hidup Untuk Memberi

Assalamualaikum
eh... apasal gambar durian... hehehehe... carik gambar acer aspire 1 tak jumpa... letak jer la gambar ni... okeh juga...sebab durian kan jadi rebutan ramai...kalau nak tengok gambar acer dan join contest nih... klik jer kat gambar acer kat side bar ... sila lah

nak lari jap... sambil lompat-lompat (eh eh tak buleh la pulak... kang ada yang jadik bidan terjun kat sini)...suka sangat sebab baru jer jelajah kat blog Denaihati sehingga entri ini ditulis, seramai 97 orang blogger telah sertai contest Hidup Untuk Memberi
dan hari ni, Denaihati umumkan senarai hadiah... lumayan...

Top Link Referrer 2010
Hadiah pertama : 1 x Notebook Acer Aspire One
Hadiah kedua : 1 x RM500.00
Hadiah ketiga : 1 x RM250.00
Hadiah Saguhati : 7 x RM100.00

Pengomen Terbanyak 2010
Hadiah pertama : 1 x Notebook Acer Aspire One
Hadiah kedua : 1 x RM500.00
Hadiah ketiga : 1 x RM250.00
Hadiah Saguhati : 7 x RM100.00
Hadiah Referral : RM20 x Jumlah blog yang ikut serta contest

kepada semua yang masih berminat sila lah sertai contest ni... masih lagi dibuka sehingga 11.59 pm 31/12/2010


Belum pasti hitam dan putihnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera hingga akhir masa,

(gambar hiasan)

banyak perkara dalam dunia ni yang belum lagi pasti
tapi dah heboh satu kampung
bukan macam ayam yang baru bertelor sebiji riuh sekampung
tapi ayam tu baru nampak sarang jer ... nak bertelor
ntah sarang tu boleh pakai ke idak entah ler..
hehehe.... nak merapu jap...

dua tiga hari ni ada perkhabaran yang kurang pasti
tapi hari ni dah macam heboh la pulak...
apa berita dan ceritanya?
nanti dah confirm hitam atau putih baru cerita...



22 September 2010

Nuffnangers who recently read my blog

Assalamualaikum,

nak tarikh perhatian nuffnanggers jap,
sehingga hari ini, untuk minggu ini
berikut adalah member nuffnang yang telah membaca atau melawat blog aye...


mereka adalah :
  • tehtarik
  • esyzuan
  • iedaluvsham
  • sotongzai
  • redpimpe
  • teratakim
  • bidadari
  • sufyrayya
  • mimie.m
  • bryan_ne, dan
  • jacky_juin
terima kasih kepada semua yang sudi singgah...

Siapa yang beruntung dan siapa pulak yang rugi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam kesibukan mengejar dateline kerja dan due date yang semakin dekat, sedaya upaya aye cuba jugak buat entry dan kemaskini sikit blog nih...cuma mungkin juga entry sekarang nih, semenjak sehari dua atau seminggu dua nih agak kurang berkualiti kerana kesibukan dan kesedihan dan segala macam ujian serta cubaan yang sedang cuba diatasi dengan sebaik mungkin bak menarik rambut dalam tepung... rambut tak putus tepung tak berselerak... sesuai ke pepatah nih dengan cerita aye... layan jer.

siapa orang yang beruntung:
Menurut al-Quran (Firman Allah), orang-orang yang beruntung adalah
1.  orang yang khusyu' dalam solat (sembahyang)
2.  orang yang menjauhkan diri dari perbuatan yang lagha (sia-sia/tidak berguna)

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna".  (QS. Al Mu'min: 1-3)

untuk itu sentiasalah kita perbaiki solat dan bersegeralah solat bila masuk waktunya serta jauhkan diri kita sejauh-jauhnya dari perbuatan yang sia-sia
nak ulas panjang-panjang, rasanya semua orang tau apa dia perbuatan yang sia-sia.

Entri ini sekadar ingatan untuk diri ini yang selalu alpa dan leka.  Semoga kita tidaklah tergolong dalam kumpulan orang-orang yang rugi.  Siapa pula yang rugi?... tunggu nexk entry.

Sekian adanya.  Wassalam.

Antara lisan, akal dan hati nurani

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

setelah sekian lama tidak bersiaran... sama-sama hayati bait-bait petikan hadis berikut:

Lisan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, ia berbicara dan apabila dapat berbahaya, maka ia menahan diri.


(HR Bukhari dan Muslim)
 
Sekian adanya... sekadar ini idea yang ada untuk dikongsikan sebagai ingatan bersama...

21 September 2010

Mana perginya nuffnang... dah famous lari la pulak

apa khabar semua??
terkejut kan...
baca tajuk pun dah semacam
apa tidaknya tadi baru jer baca entry kat blog Ben
tentang nuffnang yang telah melarikan diri...
belum lagi tengok kat blog sendiri
tiba-tiba nuffnang kat blog aye pun hilang jugak...
aih... mr nuffnang... dah famous keluar kat Kosmo... tiba-tiba menghilangkan diri pulak...
jangan la nak melarikan diri pulak...nak lari ke mana pulak...
walau apapun... aye pasti nuffnang akan datang balik... kan?
dan kehilangannnya akan membawa kembali keuntungan yang berlipat ganda... hehehe
adios

Ulasan dari Rusia / Terima kasih sudi singgah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Agak lama juga tidak create entry... cuti panjang neh....
dah ada masa nih... curik masa sekejap nak buat entry baru
dalam masa tu semak juga komen dan ulasan bagi entry yang terdahulu...
nak kata apa lagi... kita dah mudahkan pengunjung untuk buat komen...
tetiba ada juga komen yang tak berapa berkenan di hati...

dalam entry Mood hari raya punya lah banyak komen...
suka sangat... tapi tak berapa faham sebab tak buleh nak reply, kenape
sebab aye tak paham bahasa Rusia... agak2 la..

berikut antara petikannya...
nak tengok lebih jelas... klik kat gambar tu... banyak lagi... malas nak layan.
akhir kalam, terima kasih juga kepada teman-teman yang sudi singgah dan tinggalkan jejak... tak sempat nak merayau balik... tapi akan cuba juga pi beraya dalam masa terdekat....

sekian, adanya...

14 September 2010

Maher Zain - Baraka allahu lakuma ماهر زين - بارك الله لكــما

Apa yang didengar tak mungkin sama dengan apa yang dilihat

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri,

sekadar berkongsi cerita tentang apa yang pernah didengar dan apa yang pernah dilihat...

"Cukuplah seseorang dikatakan berdusta jika dia menceritakan setiap apa yang dia dengar".


(HR Muslim)