Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Budaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Budaya. Papar semua catatan

03 Februari 2012

Budaya Kejutan dan Teguran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


 
Kejutan dan emosi

Berbagai emosi dan reaksi yang terhasil apabila menerima kejutan iaitu berita yang mengejutkan dan tidak disangka-sangka, tidak termasuk dalam kategori ini adalah kejutan elektrik. 

Kejutan budaya suatu masa dahulu merupakan satu istilah baru dan jarang-jarang didengar, namun sejak kebelakangan ini (lately) kejutan budaya ini seakan sudah serasi dengan gaya hidup kita sehinggakan kita seperti sudah muak dan jelak dengan berita mengejut mengenai sesuatu kejadian atau individu tertentu. 

Kejutan perkara biasa

Mengapa begini?  Yangbaik berpendapat oleh kerana kita sering menerima kejutan kita akan menganggap bahawa kejutan itu seperti perkara biasa.  Menggapa terjadi juga perkara yang sama sedangkan seringkali ditegur dan disindir, berbalik kepada soal hati dan perasaan serta tahap integriti individu.

Mantap spiritual mental dan fizikal

Pernah kedengaran juga, tidak perlu terkejut dengan kejutan arahan tugas kerana zaman sekarang semua arahan boleh tiba pada bila-bila masa dan dateline juga boleh jadi dalam sekelip mata. 

Oleh itu sebagai individu yang berkerjaya dan telah menerima tawaran tugas, maka perlu sentiasa mantap dari segi spiritual dan mental serta fizikal.

Teguran dan ingatan

Teguran tidak bermakna tidak disukai tetapi sebagai ingatan agar kesilapan yang sama tidak berulang dan dijadikan pengajaran untuk meneruskan hidup bagi tugasan lain pula. Sentiasalah bersedia untuk menerima apa juga kejutan.  Kuatkan semangat dan teguhkan iman

Sekian.

^-^
.

24 September 2010

Program Juara Budaya PERDANA Pejabat Pendaftar

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada dan ketika entri ini dikeluarkan aye dan 7 orang rakan lagi sudahpun berada di Dewan Al-Ghazali JPbSM, Pejabat Pendaftar UiTM Shah Alam, untuk mengikuti sesi ceramah oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said, TNC HEP&A.  Tajuk Ceramah : Staf Cemerlang Menjana Keunggulan Model Pentadbir Pejabat Pendaftar.

Dah dapat anugerah staf cemerlang bulanan, bukannyer duduk saje... entry berkaitan pernah dikeluarkan tak lama dulu.. antaranya apa citer?, apa akan jadi..., dan ada beberapa artikel lagi yang tak sempat nak cari (sebab salah label)



Insya Allah gambar-gambar sekitar sesi berkenaan akan dimuat turun dalam masa terdekat
 

Carian