Pageviews

20 Julai 2010

19 Julai 2010

Ciuman untuk anak besar maknanya..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak Perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana Takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah Akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu Darjat syurga.  Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu Ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang Yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim Dan membeli barang-barang Dan kembali Ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat Daripada Allah Dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab Dan ilmu agama Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut Menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu Dan Barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak Berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang Pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak Pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar Dan membeli sesuatu barang untuk ahli Keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul Sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak Perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukakan anak Perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus Akuberbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak Terhadap dirimu Dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam.

16 Julai 2010

Bila lelaki buat karangan panjang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu mohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung. Tujuan artikel ini dikeluarkan hanyalah semata-mata untuk mengisi minat membaca bukan untuk menyakitkan hati sesiapa.  Harap Maklum
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suami bin Lelaki

no. rumah dan jalan,
taman perumahan
poskod dan daerah
Negeri

kepada:
Isteri binti Perempuan
no. rumah dan jalan,

taman perumahan
poskod dan daerah
Negeri
(sama di atas)


31 April 2006


Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon ,


Suami bin Lelaki
 

~~~~~~~~~~~~
Sakit betul hati bacanya... ada juga orang yang tergamak buat surat macam tu ....

Keajaiban di Kubah Nabawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

berkongsi email yang diterima...
SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.


Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencoba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

15 Julai 2010

Bila Ke Klinik Kesihatan, berapa lama tunggu doktor?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

nak stori tentang semalam, aye cuti .... taklah emergency, mula asalnya isi borang keluar jer... tapi kalu dah sampai jam 1.00 baru selesai... baik cuti....

urusan semalam, pagi2 lagi lebih kurang jam 7.45 bertolak dari rumah terus ke klinik tak singgah ofis pun... anak pun bibik yang hantar ke tadika...huhuhu siannya.

sampai klinik lebih kurang jam 8.05, letak buku merah atas kaunter... hikhik... kena ambik dan letak nombor sendiri rupanya kat buku tu... ingatkan diaorang yang letak... tak per arrr.... ada kemajuan skit dari tahun2 lepas... hehehe

lebih kurang jam 8.30, misi panggil, timbang berat... berat ibu tak bertambah la mungkin berat baby jer.... ambil tekanan...okeh.... hubby kata tekanan rendah... hahhhh sabor jer.  Pass tu amik darah untuk ujian air gula sebelum, then minum air gula pulak 1 mug besor........ huhuhu... sebab perut lapar jer... abih jer.... kenyang perut.... pas tu... chek macam2.... tunggu doktor pulak.... relex.... sampai jam 11.00 tak jumpa lagi... kena pi amik darah pulak untuk ujian air gula selepas minum air gula....selesai.... satu babak....tunggu doktor lagi....

tau sampai jam berapa?.... 12.35 baru dapat jumpa.... chek lebih kurang dah keluar.... doktor pun dah leteh agaknya...yang misi pun satu hal dah panggil nama aye... masuk orang lain.... bagi pulak... dah orang tu (baju hijau) keluar panggil la nama aye pulak... ini tidak... panggil nama orang lain.... heeeee..... tau apa yang menggelodak dalam dada?... tu lah bawa bersabar.... sebab ada 'orang' kat dalam jer... kalu tidak memang kena sound bulat2 jer misi  tu.... sabor....

dah habis membebel... sekian.

13 Julai 2010

Siapa suka lari?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ada apa dengan lari?

Lari puyuh jalan kontang,
Tetak dengan batang kemudi;
Darilah jauh abang pun datang,
Meraikan tuan yang baik budi.

Dari mana mula dikejar,
Rusa lari tepi perigi;
Guru mana tuan belajar,
Cuba hadap sekali lagi.

Ayam ditambat juragan Mamat,
Terbang lari waktu fajar;
Biarlah lambat asal selamat,
Tidak lari gunung dikejar

(sumber)

cukuplah dulu 3 kerat pantun di atas untuk memberi gambaran mengenai lari.

Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar cerita dan berita tentang orang lari dari rumah, terutamanya remaja.  Mengapa lari? Takutkan apa? apa yang dikejar?
Entah apa yang dikejar, entah apa yang ditakutkan. 
Bukankan di rumah lebih selamat, kalau tak selamat larilah ke Balai Polis berhampiran?
tak perlu lari dengan orang yang belum tentu boleh menyelamatkan kita... macam penceramah la plak

Mengapa Remaja Yang Suka Lari Dari Rumah?
Remaja? 
mengapa remaja yang digembar-gemburkan?
siapa saja suka lari kan?
macam gambar kat bawah nih...macam pakcik sorang tu... suka gak lari
Sebagai orang yang pernah remaja,
boleh lah nak kata faham dengan perasaan dan gejolak jiwa remaja
tapi yang tak paham kenapa mesti lari.

sebab suasana rumah tak selesa?
nak selesa macam mana?
kalau tak selesa... cuba cari jalan selesakan ikut selera kita...
tapi ingatlah batasan agama, adat dan resam hidup...

sekian...

12 Julai 2010

post ke 242... ada yang cepat lagi

alahai ada yang cepat lagi
siapa cepat dia dapat
apa kaitan gambar dengan cerita?
tiada... saja suka2
kot2 ada rezeki lain kali...
usaha lagi... cuba lagi...

Jelajah Blog Bulan Julai - Ben Ashaari

Assalamulaikum dan salam sejahtera,


hai apa kes?...
tak semena-mena terasa pulak nak join jelajah blog oleh Mr Ben...
Jelajah bolog bulan Julai
agak lama jugak Mr Ben menyepi dari menjelajah blog ...

Jadi sempena bulan Julai yang tak der kena mengena
dengan Aye... nih... aye nak lah Mr Ben jelajah blog Aye yang tak seberapa nih...
Ntah apa yang istimewa dengan blog aye...
kadang-kadang lebih banyak entri yang merapu
... sebab dah kekeringan idea...

apa-apa pun Mr Ben tak pulak nyatakan kriteria apa yang melayakkan untuk dijelajah melainkan untuk hari ini... hanya 5 yang terawal akan dijelajah... tu jer... harap2 dapatlah masuk dalam senarai yerk...

sekian, selamat datang ke blog aye... wahai Mr. Ben
terima kasih.

Kemaskini cerita terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas macam2 cerita yang berlaku dalam hidup kita semua kan?
macam2 kan?... yang sebenar-benarnya aye nak kongsi beberapa cerita...


Pertama berkenaan Pembakaran Terbuka
Mengapa topik ni jadi cerita pertama?
Sebabnya memang ini yang dihajatkan untuk ditulis lagi pulak kat tempat tinggal aye.... jiran tetangga memang suka sangat bakar sampah secara terbuka.... erk... mana nak cari tempat bakar sampah tertutup melainkan kat tempat tertentu jer..

Orang selalu kata dok kat kampung udaranya nyaman, segar dan tiada pencemaran...
hehhh tak semua kampung macam tu... kawasan perumahan kami kat kampung... lori angkut sampah pun datang cuma 1 atau 2 kali jer seminggu.... habis tu... sementara nak tunggu lori sampah... apa lagi... ranting2 pokok ngan semak samun yang dicabut tu kena la bakar kalu tidak..... bertambun la depan rumah... tak salah juga kalu nak bakar kan... tapi ... bila bakar tu... asapnya penuh masuk rumah kesian jugak kat anak2 nak main pun susah... tapi diaorang releks jer... risau juga kan...tapi apa nak buat... nak tegur pakcik pun ... tu lah kita kan penuh dengan simpati dan rasa hati... takut2 jiran tetangga terguris hati... sudahnya pendam jer la... lagi pun bukan selalu... adat hidup berjiran...kenalah pandai2 jaga hati kan?

Kisah Kedua.... saja nak tumpang kisah Bola sepak Piala Dunia
Tak der yang menarik pun nak buat cerita... cuma anak aye si Alif...
ini mesti terikut2 cerita upin ipin ke apa tak tau lah...
bila petang jer ajak keluar... nak main bola sepak piala dunia....
faham ke dia... yang suka sekalik...
dia cakap kat ayahnya... bila besar nanti nak main bola sepak piala dunia untuk Malaysia.... wahhhh sukanya... kembang mak ayahnya.... hehehehe...

apa cerita.... ramalan si Paul sotong kurita itu menjadi... jugak yer... akhirnya Sepanyol menang juga.... ada yang terpengaruh ker...kayalah sotong to yer... apalah pulak nasib si burung nuri...

Kisah ketiga... antara Demam denggi dan demam campak
kisah ni memang suspen skit... sebab demam denggi kan simptom nye hampir sama dengan campak... yang beza demam campak takder sampai muntah2...tak cerita panjanglah.... nanti jemu plak...

Kisah Keempat...pasal MENTOR4... (dah nak basi)
Saja nak luahkan pandangan jer...
Aye minat juga dengan Cik Nani yang cantik molek tu
suara pun ada power juga...
cuma agak mengecewakan bila dapat tempat ke-3 jer
Aye fikir mungkin juga kerana persembahan ke dua...
alahai... mengapa la... nyanyi atas katil plak... tak der feel langsung...
dah lah... malas nak komen panjang2 nanti dikatakan wartawan tak bertauliah plak ..

Kisah kelima... HADIAH!!!!
... aye dah terima hadiah penyertaan bagi contest Anjuran Little Kids Photography & Little Mamas's Love Baby Boutique  iaitu "I Luv U Contest".  Kepada sesiapa yang nak join masih sempat lagi... tarikh tutup 15 Julai.... klik jer kat link I Luv U Contest...

Terima kasih Rose... kiut sangat...










Sekian....terima kasih kerana sudi baca sampai di sini.

09 Julai 2010

Tak der per nak buat, asalkan jangan bersawang...

Assalamualaikum

sumber gambar... terima kasih!

Nak buat entry dah berlegar-legar dalam kepala nih... tapi malas nak mengarang plak, so dari dok biarkan blog nih bersawang... layan jer lagu nih... hehehehe... lagu nih.. dulu2 favourite kami.... sebab melodinya indah juga...

layan....

MEDITASI - BIAR PEDIH KASIH MEMANJANG

Kusisip janjimu
Di tabir waktu yang terbuka
Lalu diterpa misteri dusta
Kasih cinta yang terbina

( 1 )
Dan di waktu ini
Dikau masihku cari
Di dalam penantian
Bayangmu semakin kelam

( korus )
Mengapakah engkau biarkan
Janji layu dalam harapan
Kepastian terbenam luka dihatiku
Mana harga cinta dan sayangmu

Sering ku duka yang tiba
Pilu hatiku

Keranamu tinggallah aku
Dalam padah bicara bibirmu
Keranamu betapalah aku
Mendalamkan pedih memanjangkan kasih
Angkara mu ku terluka

( solo )
( ulang 1 hingga akhir )
~~~~~~~