Ada apa dengan lari?
Lari puyuh jalan kontang,
Tetak dengan batang kemudi;
Darilah jauh abang pun datang,
Meraikan tuan yang baik budi.
Dari mana mula dikejar,
Rusa lari tepi perigi;
Guru mana tuan belajar,
Cuba hadap sekali lagi.
Ayam ditambat juragan Mamat,
Terbang lari waktu fajar;
Biarlah lambat asal selamat,
Tidak lari gunung dikejar
(sumber)
cukuplah dulu 3 kerat pantun di atas untuk memberi gambaran mengenai lari.
Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar cerita dan berita tentang orang lari dari rumah, terutamanya remaja. Mengapa lari? Takutkan apa? apa yang dikejar?
Entah apa yang dikejar, entah apa yang ditakutkan.
Bukankan di rumah lebih selamat, kalau tak selamat larilah ke Balai Polis berhampiran?
tak perlu lari dengan orang yang belum tentu boleh menyelamatkan kita... macam penceramah la plak
Mengapa Remaja Yang Suka Lari Dari Rumah?
Remaja?
mengapa remaja yang digembar-gemburkan?
siapa saja suka lari kan?
macam gambar kat bawah nih...macam pakcik sorang tu... suka gak lari
(sumber)
Sebagai orang yang pernah remaja, boleh lah nak kata faham dengan perasaan dan gejolak jiwa remaja
tapi yang tak paham kenapa mesti lari.
sebab suasana rumah tak selesa?
nak selesa macam mana?
kalau tak selesa... cuba cari jalan selesakan ikut selera kita...
tapi ingatlah batasan agama, adat dan resam hidup...
sekian...
salam,
BalasPadamsaya memang nak lari...jauh-jauh, berpisah dari keanehan yang merungsingkan!
pengalaman masa remaja.
BalasPadammemang rasa nak lari dari ' sistem ' makayah yg mungkin dikala itu di sepadan dgn penafsiran semasa...
mungkin.
lari kemana.lari dari sistem.
bila dah jadi parent.nak elak anak2lari dari sistem : kita kena ( mungkin ) bercakap dan memahami sudut pandangan remaja - selain pandangan kita......
to Cikgu Ri,
BalasPadamLarilah jauh2 pun bumi ni bulat ... nanti kita jumpa jugak...
to cikgu jinggo,
BalasPadamdah lari... tapi jumpa juga sistem yang sama cuma kaedah yang berlainan...
satu perkongsian pengalaman yang baik untuk dikongsikan bersama... tq