Pageviews

04 Mac 2010

Perlindungan apa lagi yang diperlukan? Security or guard

Salam sejahtera. 

Dalam setiap kehidupan sudah pasti sesiapa saja mahukan keselamatan dalam hidupnya.  Macam-macam cara dan kaedah untuk mendapatkan keselamatan.  Aye tak berhasrat nak ulas panjang mengenai kaedah untuk menjaga keselamatan diri kerana itu hak masing-masing dan tak perlu dipertikai.

Di sini Aye ingin kongsikan satu lagi kaedah untuk keselamatan diri.  Percayalah ianya percuma... tak percaya... lihat dan baca seterusnya.

Lindungi Diri dan Keluarga Tanpa Sebarang Kos, Tanpa Pengawal Keselamatan dengan membaca surah-surah berikut:

1.  Surah Faatiha untuk melindungi anda dari kemarahan Allah
2.  Surah Yaseen untuk melindungi anda dari kedahagaan pada hari penghitungan di padang mahsyar
3.  Suratul Waaqi’ah untuk melindungi anda dari kemiskinan dan kelaparan
4.  Surah Mulk untuk melindungi anda dari hukuman/seksaan di alam kubur
5.  Surah Kauthar untuk melindungi anda dari permusuhan dan kebencian manusia
6.  Surah Kaafiroon untuk melindungi anda kekufuran di saat menemui kematian
7.  Surah Ikhlaas untuk melindungi anda dari kepura-puraan manusia
8.  Surah Falaq untuk melindui anda bencana atau malapetaka
9.  Surah Naas untuk melindungi anda dari niat jahat manusia dan jin
~~~~
Catatan Aye:  Perkongsian pengetahuan yang ada juga untuk ingatan buat diri yang selalu alpa.

02 Mac 2010

Ada Apa Dengan Amalan Terbaik (Siri 4)

Selamat Sejahtera.  Selawat dan salam buat baginda Rasulullah, Rasul akhir zaman.

Masih bersempena bulan kelahiran Rasulullah S.A.W.  Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah untuk ikutan dan juga ingatan.

31.  Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah ) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun ( astagfirullahalazii m ) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut ( kerana dibimbangi terpercik ) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
~~~
Semoga mendapat manfaat bersama.

Ada apa dengan entri ke 150

***~~~***
Ini baru entri ke 150
Tiada cerita penting sebenarnya, cuma untuk kemaskini blog ini.
Hari ini sekali lagi, dalam masa yang amat dekat 'template' blog ini ditukar kerana tuan punya blog ini kurang puas hati dengan 'template' sebelum ini. 
Besar juga harapan semoga 'template' ini akan dapat bertahan lama, kerana asyik tukar 'template' bila nak siap kerja.
"Sendiri Mau Ingatla"
~~~***~~~

01 Mac 2010

Antara tetris, ayat-ayat cinta dan undang-undang...


Ini antara kisah dalam beberapa kisah berkaitan dengan mungkir pada janji... bukan janji dengan sesiapa tetapi janji kepada diri sendiri.  Biarpun dalam kesukaran menghadapi gelombang yang berkecamuk dalam kepala... namun kekuatan untuk mengukir kisah ini begitu kuat mencengkam dalam diri hingga mampu mengatasi apa saja rintangan (buatan sendiri).


Ini antara beberapa kisah berkaitan dengan 'brick games', novel ayat-ayat cinta dan juga kisah-kisah perundangan yang kadang-kadang ayatnya sukar untuk difahami berbanding novel ayat-ayat cinta mahupun permainan tetris...

Pada tahun ...mungkin dalam tahun 90an, kegilaan dan tarikh kepada permainan brick game terutama tetris begitu kuat... saban hari bermain brick game, pantang ada masa terluang maklumlah masa belum ada komitmen yang kuat yang perlu diberi perhatian.
Sehinggakan ada ketika masa masak nampak tetris dalam periuk... beras dan ikan tersusun macam tetris... basuh kain... sabun dan berus kain juga corak-corak kain terusun macam tetris... gila betul... ntah-ntah lingkaran otak pun tersusun macam tetris jugak... hmmm.... akhirnya kuatkan semangat ... tinggalkan seketika tetris.... hanya apabila dapat peluang untuk sambung pelajaran ... ambil course DPA..

Setelah sekian lama menanggung minat dan harapan akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke menara gading... peluang yang ada digunakan sepenuhnya... untuk semester pertama dapat four flat ... banggakan bercampur baur dengan bimbang, bimbang untuk meneruskan semester berikutnya.... hingga akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian... dari situ timbul minta untuk membaca buku-buku ilmiah berbentuk perundangan... biarpun ayatnya kadang-kadang mengelirukan, namun dah minat .. semua boleh ... kan?  Untuk seketika berhenti seketika membaca buku undang-undang, .. beralih arah.. macam Cinta Beralih Arah plak... lebih kurang gitulaa..

Minat membaca novel plak... bila jumpa kawan baru yang suka baca novel... tapi kurang minat dengan novel cinta... mungkin juga kerana zaman cintan-cintun dan berakhir kot... tapi jangan silap... cinta itu masih di hati...Dalam banyak-banyak novel yang dibaca... masih berkesan hingga kini adalah Mentafsir Elergi karya Norhayati Berahim... dan juga Ayat-ayat Cinta... semua orang tahu siapa penulisnya... cuma terlambat sikit sampai kepembacaan Aye..

Namun minat kepada main 'brick game' masih tidak berakhir dan mungkin juga tidak akan berakhir.  Kerana melalui permainan ini aye suka berfikir, macam-macam aye fikir.   

Aye nak kongsi apa yang pernah terlintas dalam fikiran aye semasa bermain game, iaitu berkenaan persahabatan:

  • Suatu masa kita berkawan.  kawan yang sama-sama susah dengan kita... senang pun sama dengan kita.  tak kiralah dia lebih senang atau kita lebih senang.  apa yang penting bila dia susah, kita bantu dan bila kita susah dia tak dapat bantu.  Tak per faham kerana dia juga susah...namun bahagia.

  • Tapi... bila kawan kita tu dah betul2 senang sekarang bila jumpa kita buat tak tau jer, macam tak pernah kenal atau macam baru kenal.

  • Tentu sekali kita akan berpendapat kawan kita semacam dah lupa diri atau tak kenang budi... betul tak?  Silap ... cuba fikirkan dengan mata hati kenapa kawan kita jadi macam tu..sebenarnya berpunca dari kita sendiri... Salah?  atau Tak suka dengan kenyataan tu? Kenapa?

  • Okey ini pendapat  aye. Kemungkinan...puncanya dari kita sendiri, kerana bantuan dan persahabatan kita itu tidak ikhlas ...Tidak ikhlas kerana ALLAH.  Itu sebab di pihak kita. 

  • Kalau di pihak kawan kita tu,... hanya dia yang tahu. Pertama, mungkin ada tingkah laku kita yang dia tak suka dan kita tak tahu... dia segan nak cakap sebab dia hormat kat kita yang telah banyak beri tunjuk ajar pada dia.  Kedua, kerana kita yang sombong dan tak tegur dia sebaliknya mengharapkan dia dulu yang tegur kita...betul tak? wahai sahabat-sahabatku...
~~~~~~~~~~~~~
panjang lebar plak entri ni...

25 Februari 2010

entri ke 150 - kisah permainan

masih dalam mood ketandusan idea, justeru permainan anak-anak jadi mangsa...
apa nak buat?  nak tau ?  tu lah untuk di lihat bila dia dah besar nanti...
punya la banyak koleksinya....

tuan punya koleksi... bersama sebahagian koleksi yang tak muat nak isi dalam gambar nih...


sebahagian lagi koleksi permainan pilihan sendiri.... tak makan pujuk punya.... robek poket ayah dan ummi....

apa-apa pun demi kebahagian anak-anak, semoga sebahagian pengorbanan yang kecil ini tidak dipersiakan....

tukar angin... jalan-jalan... belum lagi ubah fikiran

hari ini.... tak der citer yang istimewa cuma saja-saja nak citer ... petang ni tukar template blog ni, tapi lupa plak nak simpan gambar template yang tadi tuh... huhuuu..
pas ni nak sambung balik semua kerje yang dah tertangguh tu.



24 Februari 2010

Ada apa di waktu pagi dan malam sebelum tidur....

Salam Sejahtera.  Artikel ini berkaitan perkara yang perlu dilakukan pada setiap pagi atau paling tidak pada setiap hari dan setiap kali sebelum tidur
"PERNAH SUATU KETIKA MUJAHID KATA, ABDULLAH B UMAR MENASIHATI AKAN DAKU. KATANYA "YA MUJAHID -APABILA ENGKAU BERADA DI PAGI2 INI JANGAN LAH ENGKAU RASA PETANG ENGKAU ADA LAGI. JANGAN LAH ENGKAU MERASAKAN YANG ENGKAU AKAN ADA PADA ITU NANTI DAN KALAU ENGKAU ADA DI WAKTU PETANG JANGAN ENGKAU MERASAKAN ENGKAU AKAN ADA PADA WAKTU SUBUH BESOK. AMBILAH MASA WAKTU ENGKAU HIDUP INI SEBELUM SAKIT MENDATANGI KAU"


ENGKAU TAK TAHU BESOK - NAMA ENGKAU ENTAH APA AKAN JADI. HARI INI NAMA KITA "ALI" BESOK DISEBUT "JENAZAH ALI"

PENUHKANLAH WAKTU YG ADA DENGAN IBADAT JANGAN SAMPAI TERGADAI WAKTU IBADAT KERANA DUNIA.

4 Perkara yang perlu diniatkan pada pagi hari:
1. Menunaikan kewajipan kita kepada Allah
2. Meninggalkan segala larangan
3. Menyelesaikan masalah sesama manusia
4. Memperbaiki hubungan dengan musuh

4 perkara yang perlu diselesaikan sebelum tidur:
1. Menyelesaikan permusuhan
2. menyelesaikan masalah fardhu e.g. melaksanakan solat isya sebelum tidur
3. Bertaubat sebelum tidur i.e. sekurang-kurangnya beristighfar sebanyak 3 kali & membaca Saiyidul Istighfar
4. Menulis wasiat

3 golongan di pagi hari:
1. Mencari harta
2. Mencari dosa
3. Mencari jalan

Ada 2 rasa ketika di dunia:
1. Aman
2. Takut

2 kelebihan bila ada rasa tersebut:
1. Qana'ah
  • Menurut Prof Hamka dalam Tasawuf Moden, qana’ah ialah menerima cukup. Qana’ah didefinisikan sebagai sikap merasa cukup, ridha atau puas atas kurnia dan rezeki yang diberikan oleh Allah. Qanaah itu mengandungi lima perkara, iaitu
i.   Menerima dengan rela akan apa yang ada
ii.  Memohonkan kepada Tuhan tambahan yang patut dan berusaha
iii.  Menerima dengan sabar akan ketentuan Tuhan
iv.  Bertawakal kepada Tuhan
v.  Tidak Tertarik oleh tipu daya dunia.

Itulah yang dinamakan qana’ah, dan itulah kekayaan yang sebenar. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ‘Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta, kekayaan ialah kekayaan jiwa.’

2. Manisnya beribadah
~~~~~
.....sekian.....

23 Februari 2010

Pendirian berbeza tidak bermakna tidak boleh berkerjasama

salam sejahtera pembuka bicara
entahlah... di mana silapnya
di mana-mana saja ada silap
walau beribu kali cuba mengelak
namun kesilapan itu seakan mengejarku ... tak mampu lagi berlari.... berat rasanya langkah kaki...walau dimana berada... walau dalam apa situasi sekali pun

pendirian kita memang berbeza
itu yang menjadikan kita ini unik
namun sudikah kau memahami pendirianku
sebagaimana aku cuba mengerti disebalik tiap tutur katamu

biar... pendirian itu menjadi satu garisan yang tak berpenghujung
namun ... kita masih mampu meneruskan perjalanan 
dalam satu barisan... biarpun tak mungkin bertemu
dan tak mungkin bersatu kerana pemikiran kita memang berbeza

Ingat juga .... di sini tiada warung yang ada hanya 'blogshop'
yang diikuti... sekadar memenuhi ruang kosong
~~~~~~~~~~~~
memang membosankan bila ada orang semacam tak mengerti pendirian kita ...

Sempena Bulan Kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Baginda Rasulullah s.a.w.  Semoga dengan berkat selawat ke atas Rasulullah s.a.w membawa berkat ke atas kehidupan seluruh umat Islam.
~~~~~

~~~~~~~~~~~~~

19 Februari 2010

Ada apa dengan pengalaman ... na o mei, nigina atau siapa saja


(gambar hiasan:  asyik isi borang)

"Jangan disesali dengan pengalaman pahit di dalam kehidupan kerana ia adalah satu ilmu, wadah dan panduan di dalam perjalanan untuk mendapat keredhaan Tuhan"

Biasa dengar atau pernah baca ayat di atas?
pengalaman pahit - peristiwa lalu - satu ilmu - mengapa?

Ilmu untuk kehidupan untuk menghadapi masa depan - panduan hidup
di dalam pengalaman itu ada pengajaran dan ingatan - catatan sejarah hidup
pengajaran untuk ingatan dan sempanan agar perkara yang sama tidak berulang - andainya pengalaman itu pahit - tak ingin berulang
Panduan untuk menghadapi cabaran hidup masa depan
andai pengalaman manis? - jadikan ia sebagai pedoman dan teladan dalam meneruskan kehidupan di dunia

"Satu ilmu yang dimiliki hanyalah seumpama setitik air di lautan"
~~~~~~~~~