Ini antara kisah dalam beberapa kisah berkaitan dengan mungkir pada janji... bukan janji dengan sesiapa tetapi janji kepada diri sendiri. Biarpun dalam kesukaran menghadapi gelombang yang berkecamuk dalam kepala... namun kekuatan untuk mengukir kisah ini begitu kuat mencengkam dalam diri hingga mampu mengatasi apa saja rintangan (buatan sendiri).
Ini antara beberapa kisah berkaitan dengan 'brick games', novel ayat-ayat cinta dan juga kisah-kisah perundangan yang kadang-kadang ayatnya sukar untuk difahami berbanding novel ayat-ayat cinta mahupun permainan tetris...
Pada tahun ...mungkin dalam tahun 90an, kegilaan dan tarikh kepada permainan brick game terutama tetris begitu kuat... saban hari bermain brick game, pantang ada masa terluang maklumlah masa belum ada komitmen yang kuat yang perlu diberi perhatian.
Sehinggakan ada ketika masa masak nampak tetris dalam periuk... beras dan ikan tersusun macam tetris... basuh kain... sabun dan berus kain juga corak-corak kain terusun macam tetris... gila betul... ntah-ntah lingkaran otak pun tersusun macam tetris jugak... hmmm.... akhirnya kuatkan semangat ... tinggalkan seketika tetris.... hanya apabila dapat peluang untuk sambung pelajaran ... ambil course DPA..
Setelah sekian lama menanggung minat dan harapan akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke menara gading... peluang yang ada digunakan sepenuhnya... untuk semester pertama dapat four flat ... banggakan bercampur baur dengan bimbang, bimbang untuk meneruskan semester berikutnya.... hingga akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian... dari situ timbul minta untuk membaca buku-buku ilmiah berbentuk perundangan... biarpun ayatnya kadang-kadang mengelirukan, namun dah minat .. semua boleh ... kan? Untuk seketika berhenti seketika membaca buku undang-undang, .. beralih arah.. macam Cinta Beralih Arah plak... lebih kurang gitulaa..
Minat membaca novel plak... bila jumpa kawan baru yang suka baca novel... tapi kurang minat dengan novel cinta... mungkin juga kerana zaman cintan-cintun dan berakhir kot... tapi jangan silap... cinta itu masih di hati...Dalam banyak-banyak novel yang dibaca... masih berkesan hingga kini adalah Mentafsir Elergi karya Norhayati Berahim... dan juga Ayat-ayat Cinta... semua orang tahu siapa penulisnya... cuma terlambat sikit sampai kepembacaan Aye..
Namun minat kepada main 'brick game' masih tidak berakhir dan mungkin juga tidak akan berakhir. Kerana melalui permainan ini aye suka berfikir, macam-macam aye fikir.
Aye nak kongsi apa yang pernah terlintas dalam fikiran aye semasa bermain game, iaitu berkenaan persahabatan:
Suatu masa kita berkawan. kawan yang sama-sama susah dengan kita... senang pun sama dengan kita. tak kiralah dia lebih senang atau kita lebih senang. apa yang penting bila dia susah, kita bantu dan bila kita susah dia tak dapat bantu. Tak per faham kerana dia juga susah...namun bahagia.
Tapi... bila kawan kita tu dah betul2 senang sekarang bila jumpa kita buat tak tau jer, macam tak pernah kenal atau macam baru kenal.
Tentu sekali kita akan berpendapat kawan kita semacam dah lupa diri atau tak kenang budi... betul tak? Silap ... cuba fikirkan dengan mata hati kenapa kawan kita jadi macam tu..sebenarnya berpunca dari kita sendiri... Salah? atau Tak suka dengan kenyataan tu? Kenapa?
Okey ini pendapat aye. Kemungkinan...puncanya dari kita sendiri, kerana bantuan dan persahabatan kita itu tidak ikhlas ...Tidak ikhlas kerana ALLAH. Itu sebab di pihak kita.
Kalau di pihak kawan kita tu,... hanya dia yang tahu. Pertama, mungkin ada tingkah laku kita yang dia tak suka dan kita tak tahu... dia segan nak cakap sebab dia hormat kat kita yang telah banyak beri tunjuk ajar pada dia. Kedua, kerana kita yang sombong dan tak tegur dia sebaliknya mengharapkan dia dulu yang tegur kita...betul tak? wahai sahabat-sahabatku...
~~~~~~~~~~~~~
panjang lebar plak entri ni...
salam,
BalasPadamapa-apa pun yang berlaku...orangb lain tak salah...
salahkan diri sendiri..
TO CIKGU MAD,
BalasPadamapa lagi nak kata...
bukan senang nak salahkan diri
kalau tidak dengan muhasabah
Salam ziarah.
BalasPadamBrick game. Hehe, saya ingat lagi masa mula-mula main brick game waktu saya sekolah rendah dulu. Tahun 90-an. KIra masa tu brick game ni femes la.
Kami kawan-kawan gilir-gilir main brick game yang cuma satu itu. Kawan yang empunya brick game tu beritahu, batu bata tu kena susun sampai tinggi. Maka makin cepat lah kami yang lain ni game over.
Kemudian tak lama lepas tu, baru tahu cara betul main brick game tu.
PS: Maaf ya, saya nak maklumkan, profil blogger kamu tidak dapat dilihat. Cuba klik pada nama kamu di ruang komen di blog saya.