Dalam setiap kehidupan sudah pasti sesiapa saja mahukan keselamatan dalam hidupnya. Macam-macam cara dan kaedah untuk mendapatkan keselamatan. Aye tak berhasrat nak ulas panjang mengenai kaedah untuk menjaga keselamatan diri kerana itu hak masing-masing dan tak perlu dipertikai.
Di sini Aye ingin kongsikan satu lagi kaedah untuk keselamatan diri. Percayalah ianya percuma... tak percaya... lihat dan baca seterusnya.
Lindungi Diri dan Keluarga Tanpa Sebarang Kos, Tanpa Pengawal Keselamatan dengan membaca surah-surah berikut:
1. Surah Faatiha untuk melindungi anda dari kemarahan Allah
2. Surah Yaseen untuk melindungi anda dari kedahagaan pada hari penghitungan di padang mahsyar
3. Suratul Waaqi’ah untuk melindungi anda dari kemiskinan dan kelaparan
4. Surah Mulk untuk melindungi anda dari hukuman/seksaan di alam kubur
5. Surah Kauthar untuk melindungi anda dari permusuhan dan kebencian manusia
6. Surah Kaafiroon untuk melindungi anda kekufuran di saat menemui kematian
7. Surah Ikhlaas untuk melindungi anda dari kepura-puraan manusia 8. Surah Falaq untuk melindui anda bencana atau malapetaka
9. Surah Naas untuk melindungi anda dari niat jahat manusia dan jin
~~~~
Catatan Aye: Perkongsian pengetahuan yang ada juga untuk ingatan buat diri yang selalu alpa.