Pageviews

Memaparkan catatan dengan label kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kehidupan. Papar semua catatan

21 Januari 2021

KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.

Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.

Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.

Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda:

“Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Hadith Riwayat al-Tirmizi)

Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.

Mereka meninggalkan segala harta dunia demi keimanan mereka terhadap Allah SWT dan hari akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.


KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI


1. Terhindar dari fitnah Dajjal


Manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumat akan terhindar dari fitnah Dajjal.

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa dengan rajin membaca surat ini pada hari jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (Hadith Riwayat Abu Bakr bin Mardawaih)


2. Mendapat Cahaya dan Petunjuk dari Allah


Dalam satu hadith dmenyatakan perkara tersebut,

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan siapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Bahawa surah Al-Kahfi mempunyai keutamaan dan manfaat yang salah satunya adalah mendapatkan cahaya dan petunjuk dari Allah SWT.

Sehingga hidupnya terasa mudah, ringan, dan tidak merasa kebimbangan sedikitpun walau ujian yang datang menghampiri.


3. Mendapat Keampunan Dari Allah SWT


Dalam satu riwayat dari Abu Sa'id al-Khudri RA, Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda :

“Siapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat maka akan terpancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampunkan dosanya antara dua jumaat.”


4. Bebas Dari Gangguan Syaitan


Pada malam dan hari Jumaat, kita digalakkan membaca surah Al Kahfi kerana salah satu keutamaannya adalah mengelakkan diri kita dari syaitan.

Dalam beberapa riwayat hadith dinyatakan bahawa dengan membaca surah Al Kahfi, maka dengan itu boleh membuatkan syaitan tidak mampu masuk dan menghampiri untuk menggoda kita.

Kita juga boleh terhindar dari segala kesusahan, sihir, segala bentuk keburukan, alam ghaib dan mahupun sesama manusia.

Diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal bahawa satu rumah yang dibacakan surat Al Kahfi dan surat Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam itu.


5. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Kaabah


Diriwayatkan dari Sahabat Abu Sa'id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda,

“Barangsiapa membaca yang surat Al Kahfi pada malam jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'Atiq (Kaabah).”


6. Dipancarkan Cahaya Di antara Dua Jumaat


Sesiapa yan membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua jumaat.

Dalam riwayat lain dari Abu Sa'id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua jumaat.” (Hadith Riwayat Al-Hakim : 2 dan Al-Baihaqi : 3)


7. Menerangi di Hari Kiamat


Bahawa ganjaran yang disediakan bagi orang yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari).

Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya hingga ke langit.

Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Surah Al-Hadid : 12)

Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, dari Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273 Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)

Wallahu'alam


SEMOGA BERMANFAAT.

12 Januari 2021

Hargailah apa yang ada

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Syukurilah walau pun ianya tak seperti yang kita harapkan.  Apa yang kita ada itulah untuk kita bahkan ada juga bakal menjadi milik orang lain.  


Hargailah apa yang ada



Hargailah apa yang ada


Jika sesuatu yang menekan perasaan, lepaskannya dengan mengingati Allah. Berzikir dan renungilah bahawa tiada guna kita meratapi sesuatu yang bukan milik kita.

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Alhamdulillah

.



11 Januari 2021

Minggu kedua January 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Minggu kedua Januari 2021
hari baru
semangat baru
target baru





Setiap penyakit pasti ada ubatnya.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Setiap kesukaran pasti disusuli dengan  kemudahan.
Yang penting jangan putus asa. Sentiasa berusaha. Sesungguhnya rahmat Allah itu luas.


Terima kasih.

 

01 Januari 2021

Selamat Tahun Baru 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SELAMAT TAHUN BARU 2021


Pejam celik begitu cepat masa berlalu. Begitu juga dengan usia kita.  Terlalu pantas masa berlalu sehingga bahang 2020 masih lagi belum berakhir.

Walaupun zahirnya tahun berganti dan usia menambahkan angka namun hakikatnya kita sebenarnya semakin menghampiri kepada kematian.

Tiada siapa pun yg akan kekal.  Justeru itu, peringatan ini buat diri ini yang sering leka dengan urusan dunia... jangan sesekali membiarkan diri kita dibuai oleh angan-angan untuk mendapatkan kepuasan hidup dunia semata-mata.

Sesungguhnya angan-angan ingin mencapai kenikmatan dunia secara berlebihan hanyalah khayalan kosong yang menyebabkan kita lupa kepada kehidupan yang abadi di akhirat kelak.

Bahawa saat umur kita menjelang senja kemampuan kita turut terbatas apatah lagi nikmat sihat juga mulai berkurangan dan berbagai penyakit mula datang menjengah.



Selamat Tahun Baru 2021



TAHUN BERGANTI TAHUN TAPI UMUR SEMAKIN BERKURANGAN


Maka tanyakanlah kpd diri kita,  Setiap kali penggantian tahun, kehidupan kita bertambah baik atau sebaliknya? Semakin dekat kah kita dgn Pencipta atau semakin jauh?

BAHAWA SEBAGAIMANA TAHUN BERTAMBAH ANGKANYA BEGITU JUGALAH DENGAN USIA KITA.  KEMATIAN PASTI AKAN TIBA....DAN KITA TIDAK MAMPU UNTUK MENGELAKKANNYA


RENUNG2KANLAH

INGATLAH ALLAH BANYAK-BANYAK

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

18 September 2020

Semangat yang hilang terbang ke laut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Semangat yang hilang ke laut


Telah beberapa kali semangat itu hilang
Terbang hilang entah ke mana
Tiada semangat hendak menitipkan sepatah kata
apatah lagi berbaris-baris ayat

Sesekali terasa tenggelam di dasar laut
Karam terhempas dilambung badai

Dipaksakan juga 
Menitipkan apa yang terpendam
Tetapi hilang bersama metafora

Seolah ada hati yang hendak dijaga
Sedangkan sendiri tidak terjaga

Semangat yang hilang terbang ke laut
Laut dalam laut lepas laut merah

Percubaan mengutip semula semangat yang hilang

04 September 2020

Hidup bukan sekadar berfikiran positif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup bukan sekadar berfikiran positif.





Hidup bukan sekadar berfikiran positif,
tetapi menerima semuanya dengan penuh kesedaran.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu jadi orang yang sabar.
Kita diuji untuk jadi orang yang sabar,
hal yang kita sendiri minta.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu jadi orang yang bersyukur.
Kita diuji untuk jadi orang bersyukur,
hal yang kita sendiri minta.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu jadi hamba yang beriman.
Kita diuji untuk jadi hamba beriman,
hal yang kita sendiri minta.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu ke ke syurga.
Kita diuji untuk jalan kesyurga,
hal yang kita sendiri juga minta.

Hakikat hidup setiap yang berlaku,
bila lihat dengan hati,
ketika itulah keberlimpahan fikiran akan hadir.

Allah pilih hijab kita dibuka.

Saat beban hidup terasa berat sekali amalkan zikir ini.

Rugi tidak diamalkan, ia antara amalan hidup Ustaz Dato' Ismail Kamus sepanjang hidup beliau.
.
وَجَعَلْتُ لَهُ مَالًا مَّمْدُودًا

Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak.
(Al Muddasir: 12)
*Baca waktu pagi 313 kali.


Salam Jumaat.  Hidup bukan sekadar berfikiran positif.

03 September 2020

Bulan 9 Adalah Bulan Keemasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Bulan 9 Adalah Bulan Keemasan


Bulan September datang lagi dan pasti akan datang lagi dan lagi pada setiap tahun bila tiba masanya. Agak lewat saya buat posting untuk bulan ini, berikutan kekangan kesihatan dan juga pelbagai helah dunia.  Namun diharapkan kehadiran bulan September pada kali ini memberi nafas baru dan kekuatan serta kesejahteraan kepada kita semua.  Sudah hampir tujuh bulan kita berhadapan dengan musibah covid-19.  



Bulan 9 Adalah Bulan Keemasan


Kenapa?  Bagi ahli pengamal Metafizik, mereka berpandangan demikian kerana September merupakan kemuncak dari angka 2 hingga 9.

Justeru, bagi ahli perniagaan, inilah masanya untuk merebut segala peluang yang datang.  Jangan dilepaskan.  Tapi ingat, jangan sampai tersalah pilih peluang.  Memandangkan scammer  juga banyak menawarkan peluang yang berasakan penipuan pada bulan ini.

Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dalam mengharungi kehidupan dan seteruskan dikurniakan kecekalan dalam mendepani musibah yang tidak diundang,

11 Ogos 2020

10 sifat mazmumah yang perlu dijauhi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



10 sifat mazmumah yang perlu dijauhi


Sifat mazmumah adalah sifat yang tercela iaitu sifat buruk dan ianya perlu dijauhi.  Berusaha sehabis baik dan sekuat-kuatnya untuk menjauhi sifat-sifat tercela ini. 



Berikut adalah ringkasan sifat tercelea seperti yang disenaraikan oleh Imam Al-Ghazali ra dalam kitabnya Minhajul Abidin :

1. Takbur - cakap besar.

2. 'Ujub - merasakan diri hebat dari orang lain (bangga serta hairan dengan diri sendiri)

3. Riya' - suka menunjuk-nunjukkan amalan serta kehebatan diri.

4. Hubbul Jah - sukakan kemegahan (gila glamour).

5. Hubbud dunya - Gila dunia

6. Bakhil - kedekut, tamak haloba

7. Hasad - Dengki, tak boleh ada orang yang lebih darinya.

8. Syahrut Ta'am - kuat makan.

9. Ghadab - Sifat pemarah (panas baran)

10. Pendendam


Semoga kita dapat menjauhi sifat-sifat yang tercela ini.


06 Ogos 2020

Memang ada harinya kau akan terasa hari yang teruk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Memang ada harinya kau akan terasa hari yang teruk


Memang ada harinya kau akan terasa ada hari yang teruk atau Bad Day,  di mana segala apa yang kau lakukan, ianya tidak menjadi.  Segalanya bermula boleh jadi pada waktu pagi ketika bersiap atau lebih awal lagi ketika mandi.  Dari mana punca dan mula juga tidak dapat dikenalpasti.  Boleh jadi kerana 'angin' sendiri atau boleh jadi berpunca dari mimpi malam tadi yang tak dapat nak dihuraikankan.  Segalanya seperti tidak kena dan tidak sesuai.




Cara yang terbaik adalah cepat-cepat istighfar dan muhasabah diri.  Dengan cara ini hari yang 'teruk' itu mungkin tidak akan hilang tetapi kita akan rasa lega sikit dan terasa kuat untuk menempuh hari yang 'teruk'.

Cubalah...


Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.  Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.

#KitajagaKita
#PrayertoremoveCovid19
#KitajagaIman



Bilamana kita melihat kepada awan yg berarak, langit yg membiru, rumput yg menghijau, pepohon yg melambai maka lantas akan teringat akan kekuasaan dan kehebatan Allah.




Lihat kejadian langit dan bumi




Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 190-191 yg bermaksud:

“Sesungguhnya pada kejadian langit, bumi dan peredaran malam siang adalah sebagai tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. Mereka yang mana mengingati Allah dalam keadaan mereka berdiri, duduk, dan baring. Dan mereka memikirkan pada kejadian langit dan bumi lalu mereka mengatakan Wahai Tuhan kami sesungguhnya tidak engkau lakukan semua ini sia-sia, maha suci Engkau maka jauhkan kami daripada azab api neraka.”

Lihatlah alam ini nescaya kita akan merasakan kerdilnya kita di hadapan Allah.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yg mana mengingati Allah dalam setiap keadaan.

Justeru dengan kita merenung penciptaan langit dan bumi, peredaran siang dan malam akan mendekatkan diri kita kepada Allah.

Kebesaran Allah akan meresap masuk dalam jiwa kita.

Maka hilanglah segala kebesaran dunia, harta pangkat, wang berjuta semuanya tenggelam dek kehebatan Allah.



Doa anak yang soleh




 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.


Terima kasih.  Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga

05 Ogos 2020

Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman


Hidup sehari-hari kadang-kadang mendatangkan rasa jemu, resah dan gelisah.  Ada harinya terasa seperti tidak lengkap malahan terasa kosong.  Ulama pernah berpesan jangan biarkan perasaan tidak selesa itu berada lama.  Bila saja terasa seperti yang tiada tidak kena dan tidak lengkap segeralah muhasabah diri.  Paling tidak dengarlah bacaan al-quran sebagai halwa telinga.  Selalunya orang perempuan yang suka sangat layan perasaan ni.  Jangan dibiarkan... kelak rosak diri.




Bagaimana nak rasa manisnya Iman

1.  Mencintai Allah dan Rasul lebih dari yang lain.


Bagaimana?  Pada peringkat awal mungkin akan terasa sedikit kesukaran.  Untuk memupuk cinta itu selalu melihat al-quran, bacalah sebaris dua ayat al-quran dan cuba fahami maksudnya.  Rasa ini mungkin tidak sama semasa membaca novel atau kisah artis K-Pop.  Mengapa minat dengan k-Pop itu lebih mendalam.  Saya tidak dapat meletakkan perasaan itu di sini kerana saya bukanlah peminat K-Pop.  Baiklah, kalau bukan K-Pop apa jua yang menjadi minat berlebihan atau taksub, cuba ingat semula kenapa dan bandingkan dengan perasaan taksubnya kita kepada sesuatu itu.


2.  Mencintai seseorang hanya kerana Allah.  


Pelik atau hairan?  Sesuatu yang harus diselami dan difahami.  Perlu ingat dan faham bahawa setiap sesuatu yang wujud itu penciptanya adalah Allah.

3.  Benci kerapa kekufuran.  


Setiap dari kita pastinya tidak lari dari buat salah.  Sewajarnya kita bersyukur kerana segera dikurniakan hidayah dan kembali ke jalan yang benar jalan yang diredhai Allah.  Kita pastinya tidak mahu kesalahan yang sama berulang lagi.  Justeru adalah lebih baik kesilapan yang lalu itu tidak dikenang dan diulang semula.  Padamkan saja dari memori apa sahaja yang berkaitan dengan kesilapan itu.  Sekali memori itu kembali semula segeralah istighfar dan iktikad dalam diri tidak mahu lagi berulang kesilapan yang sama.  Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.


Titipan doa


Ya Allah, kurniakan kepada kami sebelum kematian taubat, ketika kematian syahadah, setelah kematian jannah.

Ya Allah kurniakan kepada kami husnul khatimah, Ya Allah kurniakan kepada kami saat kematian itu kami sedang sujud kepada kamu ya rab.

 Ya Allah, kami pohon kepada Mu di tetapkan pendirian kami saat di soal oleh malaikat munkar dan nakir itu

 Ya Allah, jadikanlah kubur kami diantara taman kepada taman syurgaMu dan usahlah kamu jadikan kubur kami diantara gaung diantara gaung neraka Mu Ya Allah.


Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman

30 Julai 2020

Nilai senyum pada hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Nilai senyum pada hati


Senyum sebagai sedekah dalam masa yang sama senyum juga mampu menutup hati yang gundah.  Senyum ada banyak jenis, antaranya senyum sumbing, senyum kambing, senyum kelat dan macam2 lagi senyum yang boleh diaplikasikan.



Ada apa dengan senyum

Hikmah Senyum
SENYUM itu indah dan
memperindah wajah, karena
wajah yang tersenyum
mencerminkan perasaan yang
tenang.


SENYUM itu ibadah yang paling
mudah dilakukan, tetapi mampu
menyempurnakan kemuliaan
akhlak.



SENYUM itu adalah kecantikan yang lahir dari hati dan jiwa ,
anugerah yang bisa
menenangkan perasaan,
menyejukkan dan menentramkan
hati yang gelisah


Tersenyumlah
setidaknya kau mengerti
hidup bukan untuk dikeluhkan
namun untuk diperjuangkan demi meraih kebaikan..



22 Julai 2020

Tahap ujian mengikut rezeki pemiliknya

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.


Tahap ujian mengikut rezeki pemiliknya



Kita sering kali membandingkan ujian yang kita terima dengan ujian orang lain, sehingga kita terlupa hikmah ujian.


Sekarang sama-sama kita cari di mana yang terkait dengan diri kita  berdasarkan petikan dibawah

🌹Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.

🌹Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

🌹Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.

🌹Orang yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain. 

🌹Orang yang  kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.

🌹Orang yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

🌹Orang yang merasa hidupnya susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.

🌹Orang yang senang pula Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

🌹Orang yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.

🌹Orang yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.
🌹Orang yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

🌹Orang yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

🌹Orang yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi. 


Maka, tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah.


Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat. 

Sentiasa ingat dan insaf bahawa:

🌹Setiap pilihan yang kita ambil adalah ujian.

🌹Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian.

🌹Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian.

🌹Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian.

🌹Setiap pujian juga adalah ujian.

🌹Setiap kejian juga adalah ujian.


Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.  Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Semoga bermanfaat.  Tahap ujian mengikut rezeki pemiliknya

17 Julai 2020

Bila emosi tidak stabil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bila emosi tidak stabil


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah 2:153)


Emosi Tidak Stabil
Emosi Tidak Stabil.  Sumber Gambar


Beremosi tidak stabil, Jangan lebih dari satu waktu solat. 
Cepat-cepat memaafkan, beristighfar, bertaubat, sedekah, Zakat, berdoa, solat.
Kadangkala Allah hadirkan hujan yang lebat, 
kerana nak hadiahkan pelangi yang sangat indah buat kita.

Hadapilah dengan sedekah, sabar dan solat. 
Allah lebih tahu. Rujuk Allah sentiasa. 
Allah tahu apa yang kamu rasa, Allah sentiasa menanti permohonan dan rintihan mu.
Pada sepertiga malam. Itu sahaja lah waktu berurusan 'Rasmi' untuk doa kepada Allah.
Bertuah Allah beri izin bertemuNya di waktu tahajud.
Doa semasa tahajud tiada hijabnya, InsyaAllah Allah makbul. 

Sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan pada kita.

Terima kasih.  Sama kita hadapi dengan tabah Bila emosi tidak stabil.


.

08 Julai 2020

Halangan dan masalah diatasi dengan berdoa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Halangan dan masalah diatasi dengan berdoa


Hampir sahaja kehilangan arah, Alhamdulillah dikurniakan kekuatan untuk melakarkan sesuatu di blog ini setelah beberapa tersepi tanpa sengaja.  Kekuatan ini datang setelah adanya masa senggang yang secebis untuk berkongsi rasa dengan pembaca blog ini.

Kehidupan yang penuh ranjau ini, kita tidak terkecuali berdepan dengan halangan serta masalah yang kadangkala boleh melemahkan keyakinan dan kesungguhan. Kita rasa hilang punca, kita rasa kosong serta pedoman hidup lebih-lebih lagi bila saat kehilangan pekerjaan.


Ucapan ketika sedih
Ucapan ketika sedih


Sering kali juga kita dinasihatkan sebelum memulakan sesuatu urusan seperti berdepan dengan bos, proses temu duga atau apa sahaja yang berkaitan dengan pekerjaan, moleklah kiranya kita memohon doa agar dipermudahkan segala urusan yang dikehendaki. 

Kita digalakkan meminta apa sahaja kepada Allah dengan bahasa yang mudah. Walaubagaimanapun kita perlu menunjukkan kesungguhan melalui usaha mencari ayat doa yang sesuai memenuhi kehendak hajat.


Serangkai Doa Nabi Musa Untuk Kebaikan Pekerjaan Dan Jodoh

"Rabbi, inni lima anzalta ilayya min khairin faqir."

Ertinya:
“Ya Tuhanku, sungguh aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

Doa ini sangat ringkas tetapi padat dan mendalam maknanya.
Amalkanlah membaca doa ini sebanyak mungkin.
Yang menarik lagi, doa ini tidak tertumpu kepada rezeki semata-mata, 
ia juga untuk individu dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.


Mari kita sama-sama amalkan Doa Nabi Musa ini.. Surah Al-Qisas (Ayat 24), 
walau pendek namun memiliki manfaat yang sangat besar. 
Sesungguhnya Allah adalah tempat kita semua bergantung. 


Mengapa perlu meminta-minta kepada manusia 
sedangkan kita ada Allah Yang Maha Berkuasa sebagai tempat mengadu. 
Berdoalah dengan penuh perhatian, tawakal dan yakin kepada Allah.


Selamat Beramal!


Dan satu lagi dengarlah berkali-kali wahai sahabat..

Pasti hati yang selama ini keras akan mengalir air Mata 
akhirnya bilamana ia sedar siapa diri yang sebenar...

Itulah diri kita yang penuh kefakiran..
TIADA APA-APA.


Terima kasih krana sudi membaca entri Halangan dan masalah diatasi dengan berdoa.

💝

27 September 2019

Jumaat penuh barakah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat penuh barakah



Jumaat kembali lagi.  Sudah semestinya kita akan terus bertemu dengan Jumaat selagi hayat dikandung badan.  Hari Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari hari yang penuh dengan keberkatan.

"Hari Jumaat adalah hari raya untuk umat Islam. Pada hari Jumaat digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.”  [Habib Ali Zaenal Abidin Abdurrahman Al-Jufri]

Lumrah kehidupan

Perbanyakkan berbuat kebaikan pada hari Jumaat seperti bersedekah dan paling tidak berkatalah yang baik-baik.  Hal ini mengingatkan saya kepada kejadian sepanjang minggu ini.  Banyak sungguh kejadian yang diluar jangka yang menguji kesabaran tak kurang juga kebaikan, namun yang buruk juga hendak dikenang.  Lumrah kehidupan yang mesti dihindari segera.... iaitu mengenang keburukan orang.




Pada pandangan saya apa juga yang kita rasa busuk atau buruk itu berlaku kerana komunikasi.  Kerana pemahaman setiap individu itu berbeza dan perbezaan itu jarang sangat kita ambil kira dalam bertolak ansur...hanya setelah terjadi barulah kita berfikir.

Penilaian tidak wajar

Pengajaran dan peringatan buat diri sendiri juga agar sentiasa berlapang dada dengan setiap sesuatu.  Tidak cepat melatah atau melenting dengan perkara yang kita tidak suka.  Apatah lagi bila berurusan dengan insan yang pemikirannya atau pendidikannya tidak sama dengan kita.  Kadang-kadang bahkan selalu sangat rasa kecewa dengan sikap diri sendiri kerana cepat membuat penilaian yang tidak sewajarnya ke atas orang lain.

Semoga bermula dari hari ini Jumaat penuh barakah, kita (saya khasnya) tidak lagi memandang negatif terhadap pandangan dan cadangan orang lain.  Apa yang penting adalah kita berfikir secara waras... paling tidak ketepikan sebentar ego dalam diri yang semakin melangit.


21 Jun 2018

Adakah kita ini insan pilihan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Adakah kita ini insan pilihan?


Kita suka membuat pilihan.
Sesiapan pun suka buat pilihan.
Selalunya kita akan memilih yang terbaik
Yang terbaik dari segenap sudut
Terbaik untuk diri kita sendiri

Bila diperhatikan jarang sangat kita memilih yang terbaik untuk diberikan kepada orang lain.
Kerana kita sendiri pun tidak pasti adakah pilihan kita itu yang terbaik.



Jika kau harus memilih, 
pilihlah yang terbaik
Dan bila kau adalah yang terpilih,
lakukanlah yang terbaik.
(The Tarbiyyah)


Untuk itu, sentiasalah berusaha lakukan yang terbaik walaupun tidak sempurna. 

Terima kasih kerana memilih untuk membaca entri ini, Adakah kita ini insan pilihan?

💦

18 Jun 2018

Fikir yang baik-baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Fikir yang baik-baik


Salam Syawal 1439.  Sungguh benar, tidak banyak yang dapat diupdate mengenai peristiwa Syawal kami sekeluarga.  Bukan kerana kesilapan tetapi biarkan itu semua tersimpan dalam lipatan sejarah hidup keluarga kami.  Bukan kerana kesedihan tetapi keletihan kerana proses pindah ke rumah baru yang hingga ke hari ini masih belum selesai.  Masih banyak yang perlu dilakukan.

Biar apa pun yang berlaku sepanjang proses perpindahan ini semua itu ada hikmahNya dan suratan yang tersendiri.  Kerana sebahagiannya dari proses itu adalah atas pilihan kami sekeluarga dan yang penting itu semua adalah ketentuan dariNya.


Fikirkan yang baik-baik

Selalulah berfikir yang baik-baik, berbicara yang baik-baik, berdoa yang baik-baik, moga-moga yang datang pada kita juga yang terbaik.

❤️ Jadikanlah yang Lembut itu CAHAYA
❤️ Jadikanlah yang Tipis itu BENCI
❤️ Jadikanlah yang Tebal itu IMAN
❤️ Jadikanlah yang Tajam itu AKAL
❤️ Jadikanlah yang Baik itu SIFAT
❤️ Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN 

Fikirkan kekuatan semangat yang kita ada maka semangat itu akan sentiasa ada.  Biarpun ketika letih atau berduka tetapi kekuatan semangat itu mengatasi segalanya.

Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini, Fikir yang baik-baik.

15 Januari 2018

Setiap rezqi adalah ilmu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setiap rezqi adalah ilmu


Alhamdulillah, setiap hari dikurniakan ilmu dan rezqi yang melimpah ruah.  
Rezqi meneruskan kehidupan 
Rezqi melihat suami dan anak-anak
Rezqi berkomunikasi dengan semua
Rezqi juga dapat berjumpa dengan pengunjung blog ni, biarpun sekadar di alam maya.


Kawaguchiko - Japan ✨
Picture by @jackmartinphotoart✨



Terima kasih kerana sudi menjejaki entri ini, Setiap rezqi adalah ilmu.


12 Januari 2018

Mengapa mesti jauhi Riyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa mesti jauhi Riyak



Riyak dalam bahasa Melayu merupakan sifat atau sikap yang suka menunjuk-nunjuk­kan amal ibadah atau sesuatu kebaikan dgn tujuan mendapat pujian atau sanjungan drpd orang lain, bukan kerana Allah; meriyakkan menjadikan riyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)



Hatinya gelisah mencari pujian,
menanti-nanti kapan pujian dan sanjungan tersebut datang,
kecewa jika pujian yang ia dapat tak seperti yang diharapkanny
dan yang paling mengenes diakhirat kelak akan dipermalukan Allah dihadapan khalayak.  Nauzubillah.


Sebab itulah kita mesti menjauhi sifat riyak, kerana kita tidak mahu dimalukan.  Terutamanya bila dimalukan dikhalayak ramai... bukan seorang dua, bahkan seisi alam buana.

Semoga kita terhindar dari dimalukan di dunia dan di akhirat.  
Sama-sama kita pelihara maruah diri dan harga diri kita. 
In shaa Allah kita lakukan yang terbaik.  
Doakan yang baik-baik dan cakap yang baik-baik juga.


Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Mengapa mesti jauhi Riyak.