Tahap ujian mengikut rezeki pemiliknya
Kita sering kali membandingkan ujian yang kita terima dengan ujian orang lain, sehingga kita terlupa hikmah ujian.
Sekarang sama-sama kita cari di mana yang terkait dengan diri kita berdasarkan petikan dibawah
🌹Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.
🌹Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.
🌹Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.
🌹Orang yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.
🌹Orang yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.
🌹Orang yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.
🌹Orang yang merasa hidupnya susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.
🌹Orang yang senang pula Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.
🌹Orang yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.
🌹Orang yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.
🌹Orang yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.
🌹Orang yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.
🌹Orang yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.
Maka, tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah.
Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.
Sentiasa ingat dan insaf bahawa:
🌹Setiap pilihan yang kita ambil adalah ujian.
🌹Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian.
🌹Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian.
🌹Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian.
🌹Setiap pujian juga adalah ujian.
🌹Setiap kejian juga adalah ujian.
Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia. Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.
Semoga bermanfaat. Tahap ujian mengikut rezeki pemiliknya
Sebuah renungan yang baik
BalasPadamYa, baik untuk muhasabah diri.
Padamrenungan yang menginsafkan.. terima kasih...
BalasPadamsama-sama. semoga bermanfaat.
PadamAllah uji setimpal dengan yang kita mampu tanggung..
BalasPadamsetiap ujian ada hikmah.. antara cepat dan lambat saja..
moga kita tabah ketika diuji :)
BalasPadamtq sharing.