Pengikut Setia

05 Ogos 2020

Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman


Hidup sehari-hari kadang-kadang mendatangkan rasa jemu, resah dan gelisah.  Ada harinya terasa seperti tidak lengkap malahan terasa kosong.  Ulama pernah berpesan jangan biarkan perasaan tidak selesa itu berada lama.  Bila saja terasa seperti yang tiada tidak kena dan tidak lengkap segeralah muhasabah diri.  Paling tidak dengarlah bacaan al-quran sebagai halwa telinga.  Selalunya orang perempuan yang suka sangat layan perasaan ni.  Jangan dibiarkan... kelak rosak diri.




Bagaimana nak rasa manisnya Iman

1.  Mencintai Allah dan Rasul lebih dari yang lain.


Bagaimana?  Pada peringkat awal mungkin akan terasa sedikit kesukaran.  Untuk memupuk cinta itu selalu melihat al-quran, bacalah sebaris dua ayat al-quran dan cuba fahami maksudnya.  Rasa ini mungkin tidak sama semasa membaca novel atau kisah artis K-Pop.  Mengapa minat dengan k-Pop itu lebih mendalam.  Saya tidak dapat meletakkan perasaan itu di sini kerana saya bukanlah peminat K-Pop.  Baiklah, kalau bukan K-Pop apa jua yang menjadi minat berlebihan atau taksub, cuba ingat semula kenapa dan bandingkan dengan perasaan taksubnya kita kepada sesuatu itu.


2.  Mencintai seseorang hanya kerana Allah.  


Pelik atau hairan?  Sesuatu yang harus diselami dan difahami.  Perlu ingat dan faham bahawa setiap sesuatu yang wujud itu penciptanya adalah Allah.

3.  Benci kerapa kekufuran.  


Setiap dari kita pastinya tidak lari dari buat salah.  Sewajarnya kita bersyukur kerana segera dikurniakan hidayah dan kembali ke jalan yang benar jalan yang diredhai Allah.  Kita pastinya tidak mahu kesalahan yang sama berulang lagi.  Justeru adalah lebih baik kesilapan yang lalu itu tidak dikenang dan diulang semula.  Padamkan saja dari memori apa sahaja yang berkaitan dengan kesilapan itu.  Sekali memori itu kembali semula segeralah istighfar dan iktikad dalam diri tidak mahu lagi berulang kesilapan yang sama.  Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.


Titipan doa


Ya Allah, kurniakan kepada kami sebelum kematian taubat, ketika kematian syahadah, setelah kematian jannah.

Ya Allah kurniakan kepada kami husnul khatimah, Ya Allah kurniakan kepada kami saat kematian itu kami sedang sujud kepada kamu ya rab.

 Ya Allah, kami pohon kepada Mu di tetapkan pendirian kami saat di soal oleh malaikat munkar dan nakir itu

 Ya Allah, jadikanlah kubur kami diantara taman kepada taman syurgaMu dan usahlah kamu jadikan kubur kami diantara gaung diantara gaung neraka Mu Ya Allah.


Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman

2 ulasan:

  1. Iman, susah nak develop, payah nak maintain, tapi indah dipegang :)

    BalasPadam
  2. kuatkan iman dan nikmati manisnya kehidupan pinjaman Allah :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian