Semangat yang hilang terbang ke laut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Semangat yang hilang ke laut


Telah beberapa kali semangat itu hilang
Terbang hilang entah ke mana
Tiada semangat hendak menitipkan sepatah kata
apatah lagi berbaris-baris ayat

Sesekali terasa tenggelam di dasar laut
Karam terhempas dilambung badai

Dipaksakan juga 
Menitipkan apa yang terpendam
Tetapi hilang bersama metafora

Seolah ada hati yang hendak dijaga
Sedangkan sendiri tidak terjaga

Semangat yang hilang terbang ke laut
Laut dalam laut lepas laut merah

Percubaan mengutip semula semangat yang hilang

5 Ulasan

  1. semoga semangat kembali menemui jalan pulang

    BalasPadam
  2. Kadang sebenarnya kita perlu istirehat.. Moga nanti dengan semangat yang baru kembali melangkah.

    BalasPadam
  3. semoga terus bersemangat kak zarida..take care!

    BalasPadam
  4. terus teringat lagu XPDC...semoga semangat itu jumpa tuannya semula

    BalasPadam
  5. Marilah kita hidupkan semula... semangat cinta lama!
    Heheee.... baca entri semangat yang hilang ini tiba-tiba teringat lagu Francisca Peter.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.