Jumaat penuh barakah
Jumaat kembali lagi. Sudah semestinya kita akan terus bertemu dengan Jumaat selagi hayat dikandung badan. Hari Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari hari yang penuh dengan keberkatan.
"Hari Jumaat adalah hari raya untuk umat Islam. Pada hari Jumaat digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.” [Habib Ali Zaenal Abidin Abdurrahman Al-Jufri]
Lumrah kehidupan
Perbanyakkan berbuat kebaikan pada hari Jumaat seperti bersedekah dan paling tidak berkatalah yang baik-baik. Hal ini mengingatkan saya kepada kejadian sepanjang minggu ini. Banyak sungguh kejadian yang diluar jangka yang menguji kesabaran tak kurang juga kebaikan, namun yang buruk juga hendak dikenang. Lumrah kehidupan yang mesti dihindari segera.... iaitu mengenang keburukan orang.Pada pandangan saya apa juga yang kita rasa busuk atau buruk itu berlaku kerana komunikasi. Kerana pemahaman setiap individu itu berbeza dan perbezaan itu jarang sangat kita ambil kira dalam bertolak ansur...hanya setelah terjadi barulah kita berfikir.
Penilaian tidak wajar
Pengajaran dan peringatan buat diri sendiri juga agar sentiasa berlapang dada dengan setiap sesuatu. Tidak cepat melatah atau melenting dengan perkara yang kita tidak suka. Apatah lagi bila berurusan dengan insan yang pemikirannya atau pendidikannya tidak sama dengan kita. Kadang-kadang bahkan selalu sangat rasa kecewa dengan sikap diri sendiri kerana cepat membuat penilaian yang tidak sewajarnya ke atas orang lain.Semoga bermula dari hari ini Jumaat penuh barakah, kita (saya khasnya) tidak lagi memandang negatif terhadap pandangan dan cadangan orang lain. Apa yang penting adalah kita berfikir secara waras... paling tidak ketepikan sebentar ego dalam diri yang semakin melangit.
Salam jumaat. Moga kita mendapat lebih keberkatan di hari jumaat ni.
BalasPadam