Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan

10 September 2011

Susah ke jadi blogger???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pertama kali sebelum ada blog sendiri kita akan tertanya-tanya 'Susah ke jadi blogger'.  Walhal apa makna blogger pun tahu.  Nak jadi blogger memang tak susah asalkan celik IT dan tahu guna komputer atau laptop boleh saja buat blog sendiri.  Sebelum bina laman blog sendiri kita perlu fikirkan tujuan (niat) utama untuk membuat blog.  Jangan pula buat blog semata-mata untuk mengutuk orang atau menceritakan kisah peribadi orang lain.  Kisah peribadi sendiri juga perlu ditapis kerana tidak semua kisah peribadi itu sesuai ditayangkan untuk bacaan umum.  Sekali saja menjejakkan kaki ke dunia blog hidup pasti "tidak tenteram".  Ha???  Jawapan untuk itu akan diperolehi setelah jadi blogger.  Perasaan itu hanya blogger saja yang tahu.


Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya kesihatan atau alam sekitar, atau berita tempatan, sesetengah blog pula lebih kepada diari kisah peribadi seperti kisah keluarga, kisah anak-anak dan kisah rumahtangga. 

Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog.

Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."

Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007 [1] 

Menjelang tahun 2012 agak-agaklah dah berapa juta blog yer?  Daripada jutaan blog yang telah wujud itu berapa pula bilangan Top Blogger ? 

Fikir-fikirkan.

*-*

23 Ogos 2011

9 Pengaruh Penulisan Top Blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengaruh adalah kata nama yang bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti dan tekanan.  Sebagai seorang blogger banyak perkara atau kejadian yang memberi kuasa dan kemampuan kepadanya untuk menulis.  Kerana dengan adanya kesanggupan dan kudrat untuk menulis selain dari kekuatan untuk menepis tekanan hati dan perasaan yang kadang-kadang malas dan hilang idea untuk menulis, blogger itu berkepuyaaan menulis dengan ideanya sendiri.  Tidak perlu mencedok idea dan gaya tip blogger yang lain.

18 Ogos 2011

Bahtera Merdeka | Lirik Lagu untuk seorang PKHEM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bahtera Merdeka, asal dahulu nyanyian Ahmad Jais dan kemudiannya dinyanyikan oleh Aishah.  Antara lagu yang amat digemari oleh golongan remaja termasuk aye.  Lagu patriotik yang amat membina untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. 

Bersempena dengan bulan kemerdekaan dan juga sebagai memenuhi 'permintaan' seorang PKHEM antara peminat setia... ehh... betul laa... Kenapa pula kerana beliau?... Kerana pandangan di sini , sungguh aye terharu lalu mencari ruang untuk menempatkan bahtera itu di sini...

Ingat Hari Raya ingat Merdeka.  Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-54.  Merdeka!  Merdeka!  Merdeka!


Bahtera Merdeka

Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji





Sekian.
*.*

07 Ogos 2011

Perhiasan wanita di bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bukan sesuatu yang mengejutkan tetapi tidak sangka dan tidak sanggup terjadi kepada bangsa dan agamaku. 

Wanita itu memang kuat semangatnya namun kerana kerenah birokrasi yang tidak baik menjadikan dia dalam dilema. 

Namun begitu bagi setiap wanita harus ingat dan yakin bahawa masih ada ramai lagi insan berhati mulia di belakang anda yang akan membantu anda untuk terus kekal dalam agama Islam yang suci ini.

Petikan 1:  Baca seterusnya di SINI
"Aku tidak pernah anti dengan agama lain kerana Islam itu adalah hidayah dari ALLAH SWT dan hanya ALLAH SWT sahaja yang akan memilih siapa yang dikehendaki. Aku anti kepada pemimpin Islam yang menjaja Islam untuk mendapat kuasa dan jadi kecut apabila ada isu panas sebegini, diam seribu bahasa." 
Sungguh hati ini tersentuh dan sayu dengan kisah wanita Islam yang berterusan menerima pujukan pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Ingatlah "Bagi mu agama kamu dan bagi kami agama kami".  Biarpun segelintir tidak membantu namun masih ramai lagi yang akan turun membantu.

Ingatlah:
Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah (HR Muslim)

Sekian.

17 Julai 2011

Blogger pilihan | Ikutan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ahad ni, kan tak kerja.  PR pun dah balik dari bercuti, so ambil peluang untuk update blog sambil jalan2 dan terjah blog yang telah singgah bagi 'pandangan menarik' kat sini. 

Cakap banyak ... eh Tulis banyak tak mau lah... nanti tak larat pulak nak baca kan...

So... inilah hasil perjalanan hari ini.



jom ikut-ikutan.... yokkk

01 Jun 2011

Tips bercerita dalam blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

sumber gambar:  google.com

Beberapa tips dan panduan untuk bercerita dalam blog.

Dalam era IT @ Teknologi Maklumat, semua maklumat berada di hujung jari.  Bermula dengan sms, mms dan blog.  Bila bercerita tentang blog, ramai orang sudah ada blog.  Bahkan mungkin juga seorang ada lebih dari dua blog.  Tujuan berbloging pun ada berbagai-bagai, terpulang kepada keinginan dan kehendak individu @ bloger.  Pasti ada sedikit rasa teruja bila dah ada blog, makanya secara automatik kita ada blogger.

Blogger minda kelas pertama

Namun sedarkah kita para blogger sekelian!  Kita perlu jadi warga blogger yang berbudi luhur dan menunjukkan pekerja blogger yang murni.  Walaupun individu @ blogger itu berhak ke atas setiap blog yang dimilikinya, sebagai blogger kita tidak lari tanggungjawab kepada masyarakat dan negara untuk menjadi warga yang berminda kelas pertama.

Blog tak popular?

Tak kisahlah blog kita tak popular seperti blog artis yang dah memang popular, asalkan kita tahu apa yang kita buat dengan blog kita.  Tak perlulah rasanya mengeluarkan artikel yang bertentangan dengan tatasusila rakyat yang berbudi luhur hanya semata-mata untuk mengejar popular.  Tak perlu juga mengejar sangat untuk membuat catatan berbentuk kontroversi berkaitan artis popular seperti gossip yang kita tidak tahu asal usulnya.

Walaupun blog itu tidak popular, tetapi dengan strategi tertentu blog kita pasti akan ada pengunjungnya asalkan kita menyediakan artikel atau catatan yang mampu memberi manfaat kepada dunia seluruhnya.

Kesimpulan

Pada keseluruhannya semua orang mempunyai minat yang sama dalam berbloging iaitu menulis.  Yang berbeza adalah 'niche'.  Antaranya berkaitan kenderaan, artis, keluarga, anak-anak, perniagaan online, pakaian, makanan, masakan, sosial, elektronik, hobi, kraftangan, kewangan dan banyak lagi.  Pilih satu yang mana sesuai dengan minat kita dan mulakan bloging dengan niat yang baik dan jadilah blogger yang berwawasan.

Sekian.