Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Jangan dilupakan 3 perkara penting pada hari Jumaat.

sumber gambar dari facebook... terlupa link pulak.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.

Pengaruh adalah kata nama yang bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti dan tekanan. Sebagai seorang blogger banyak perkara atau kejadian yang memberi kuasa dan kemampuan kepadanya untuk menulis. Kerana dengan adanya kesanggupan dan kudrat untuk menulis selain dari kekuatan untuk menepis tekanan hati dan perasaan yang kadang-kadang malas dan hilang idea untuk menulis, blogger itu berkepuyaaan menulis dengan ideanya sendiri. Tidak perlu mencedok idea dan gaya tip blogger yang lain.