Pengaruh adalah kata nama yang bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti dan tekanan. Sebagai seorang blogger banyak perkara atau kejadian yang memberi kuasa dan kemampuan kepadanya untuk menulis. Kerana dengan adanya kesanggupan dan kudrat untuk menulis selain dari kekuatan untuk menepis tekanan hati dan perasaan yang kadang-kadang malas dan hilang idea untuk menulis, blogger itu berkepuyaaan menulis dengan ideanya sendiri. Tidak perlu mencedok idea dan gaya tip blogger yang lain.
Di antara 9 perkara atau kuasa dan hak yang mempengaruhi penulisan seorang blogger adalah rakan sebaya, budaya, media, artis, cuaca, internte, bahasa, iklan dan dunia.
Rakan sebaya
Setiap penulisan sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh rakan blogger seperti tajuk tajuk dan cerita. Walaupun tidak meniru apa yang ditulis tetapi hasil daripada penulisan rakan juga boleh memberi idea kepada blogger untuk menulis dan mengemaskini blognya.
Budaya
Penulisan seorang blogger seperti isi cerita dipengaruhi juga oleh budaya hidup disekelilingnya seperti kehidupan jiran tetangga dan juga budaya hidupnya sendiri. Gaya bahasa dalam penulisan blog juga contohnya dipengaruhi oleh gaya percakapan seharian. Maka dengan itu akan keluarlah tajuk seperti 'cantik giler'.
Media
Perantaraan media massa seperti surat khabar dan tv juga memberi idea kepada blogger untuk menulis. Tetapi seharusnya blogger itu tidak menulis secara langsung apa yang dibaca dan dilihat di kaca tv atau apa yang dibaca di akhbar. Ada baiknya juga diberi sedikit olahan tentang cerita dan berita yang dibaca.
Artis
Pernah ingat suatu masa dahulu cerita tentang pembuatan dan hasil video yang ditayangkan di 'youtube'? Memang jadi satu perbualan hangat kan? Namun sebagai blogger kita harus bijak memberi pendedahan atau mengambil iktibar dari setiap kejadian sama seperti yang terbaru di 'twitter' sekarang apabila manusia yang suci murni ini disamakan dengan ... takut nak tulis nanti jadi isu besar lagi. Yang sudah tu sudahlah! Hindari kontroversi tingkatkan amalan!
Cuaca
Perubahan cuaca daripada hujan dan panas boleh juga dijadikan bahan untuk penulis blog. Sekarang adalah musim hujan dan timbul rasa simpati kepada peniaga-peniaga di Bazar Ramadhan. Kalau yang berniaga air dan yang berniaga di khemah kecil saja. Namun itulah hakikat kehidupan tak lari dari ujian yang mematangkan pemikiran dan tindakan kita supaya lebih positif dengan rezeki yang dikurniakan.
Internet
Kelajuan capaian internet. Tak kiralah broadband ke jalur lebar ke. Memang memberi pengaruh yang cukup tinggi kepada blogger. Bagaimana nak mengemaskini blog andainya capaian internet perlahan macam 'kura-kura' dan kalau laju seperti arnab kan bagus. Nak menulis tu bila-bila boleh. Yup! dah ada idea tulis dulu dan simpan. Bila ada internet baru update.
Bahasa
Bahasa apa nak tulis dalam blog? Sebagai blogger Malaysia, aye lebih suka menulis dalam Bahasa Melayu. Dan sesekali tersasul tertulis dalam bahasa Inggeris itupun 'broken'. Rosak bahasa. Oh, tidak! Sebaiknya menulis dalam bahasa yang mudah difahami walaupun ringkas. Jangan lah ditulis dalam bahasa ringkas seperti 'SMS'. Tak Faham lah.
Iklan
Ha, iklan memang cukup memberi wibawa yang agak tinggi kepada blogger. Tambahan lagi bila nak kejar Buffered Earnings dari Nuffnang. Bagi top blogger yang dah ada ribuan pengikut dan pemberi komen tentu Innity yang menjadi pilihan. Pengiklan seperti churp churp juga memberi peranan kepada blogger untuk menulis tentang iklan.
Dunia
Dan, sudah tentulah dunia blogger tidak lari dari menulis apa saja yang ada disekitarnya. Kerana itulah dunia blogger, apa saja yang terlintas di akal dan mata semua hendak ditulis. Dunia blogger tidak semestinya tertutup 'di bawah tempurung' di mana tulisannya hanya itu dan itu saja dan tiada perkembangan.
Keseluruhannya apa juga pengaruh yang ditulis seharusnya dilihat dari sudut yang positif. Ambillah apa juga kisah dan isu, lihat dan kupas dari sudut yang postif yang boleh memberi impak kepada pembaca dan bahan yang dijadikan tulisan itu.
Sehingga itu dulu celoteh untuk kali ini, semoga tulisan di atas berupaya memberi kesan dan impak kepada aye untuk menulis dengan lebih baik lagi.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.