Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Beberapa tips dan panduan untuk bercerita dalam blog.
Dalam era IT @ Teknologi Maklumat, semua maklumat berada di hujung jari. Bermula dengan sms, mms dan blog. Bila bercerita tentang blog, ramai orang sudah ada blog. Bahkan mungkin juga seorang ada lebih dari dua blog. Tujuan berbloging pun ada berbagai-bagai, terpulang kepada keinginan dan kehendak individu @ bloger. Pasti ada sedikit rasa teruja bila dah ada blog, makanya secara automatik kita ada blogger.
Blogger minda kelas pertama
Namun sedarkah kita para blogger sekelian! Kita perlu jadi warga blogger yang berbudi luhur dan menunjukkan pekerja blogger yang murni. Walaupun individu @ blogger itu berhak ke atas setiap blog yang dimilikinya, sebagai blogger kita tidak lari tanggungjawab kepada masyarakat dan negara untuk menjadi warga yang berminda kelas pertama.
Blog tak popular?
Tak kisahlah blog kita tak popular seperti blog artis yang dah memang popular, asalkan kita tahu apa yang kita buat dengan blog kita. Tak perlulah rasanya mengeluarkan artikel yang bertentangan dengan tatasusila rakyat yang berbudi luhur hanya semata-mata untuk mengejar popular. Tak perlu juga mengejar sangat untuk membuat catatan berbentuk kontroversi berkaitan artis popular seperti gossip yang kita tidak tahu asal usulnya.
Walaupun blog itu tidak popular, tetapi dengan strategi tertentu blog kita pasti akan ada pengunjungnya asalkan kita menyediakan artikel atau catatan yang mampu memberi manfaat kepada dunia seluruhnya.
Kesimpulan
Pada keseluruhannya semua orang mempunyai minat yang sama dalam berbloging iaitu menulis. Yang berbeza adalah 'niche'. Antaranya berkaitan kenderaan, artis, keluarga, anak-anak, perniagaan online, pakaian, makanan, masakan, sosial, elektronik, hobi, kraftangan, kewangan dan banyak lagi. Pilih satu yang mana sesuai dengan minat kita dan mulakan bloging dengan niat yang baik dan jadilah blogger yang berwawasan.
Sekian.
baiklah saya akan ikut tips ni..tq
BalasPadamnak ikut jugak lah tips ni..
BalasPadamwalaupun dah rasa nama blog saya adalah sedikit terbabas...woha~~