Pageviews

13 Jun 2014

Mencari alasan munasabah untuk cuti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mencari alasan untuk cuti


Alasan memohon cuti


Dalam keadaan tertentu kita amat memerlukan masa atau cuti untuk menguruskan hal peribadi yang tiada kaitan dengan urusan kerja.  Bagi kita yang bekerja 'makan gaji' tempoh dan kebenaran untuk bercuti adalah terhad kerana kita terikat dengan tugasan serta tanggungjawab ke atas kerja kita.

Dalam mencari alasan untuk bercuti... biarlah alasan itu memang secara logiknya adalah benar dan betul bukan direka-reka.  Justeru saya tidaklah berhasrat untuk menyenaraikan alasan cuti.  Kerana jika sekiranya antara alasan yang diberikan tidak berkaitan dengan kita sudah tentu kita boleh dikenakan surcaj kerana tidak menggunakan kemudahan cuti dengan betul.

Keywords 'alasan cuti' sudah banyak kali sampai ke blog ini walaupun saya bukanlah pegawai untuk meluluskan cuti... :P

Alasan yang diberikan

Wahai pencari alasan cuti... ingatlah apa pun alasan yang diberikan untuk bercuti ianya tidaklah memutuskan perhubungan dengan kerja.  Kerana sekiranya anda sedang bercuti panjang, tiba-tiba khidmat anda diperlukan... maka anda perlu kembali bertugas.  Tetapi kes sebegini jarang sangat berlaku hatta kepada diri saya sendiri juga tidak berlaku.  Lazimnya semasa cuti panjang terutama cuti kerana bersalin, sekiranya ada sesuatu tugasan... rakan sepejabat akan telefon sahaja dan bertanya apa yang perlu dilakukan sekiranya terjadi 'begini'.

Harus ingat juga, atas apa alasan sekalipun sebelum bercuti pastikant tiada kerja yang tertangguh.  Sekiranya ada ia akan mendatangkan beban kepada orang lain dan secara tidak langsung akan menjejaskan reputasi diri sendiri.

Bercuti hanya bila terlalu perlu dan bukan kerana suka-suka seperti tidak suka dengan rakan sepejabat.  

Gunakan kemudahan cuti yang diberikan sebaik-baiknya untuk manfaat diri sendiri.


Selamat bercuti


Semoga beroleh cuti yang bermanfaat untuk keluarga dan kesihatan.  Selamat bercuti.



3 ulasan:

  1. Cuti yang perlu alasan ni mungkin bergantung kepada syarikat/jabatan dan tanggungjawab orang yang memohon tu. Ada sesetengahnya, selagi cuti rehat yang diperuntukkan masih banyak, permohonan cuti mudah diluluskan. Ada pula, nak mohon cuti rehat 6 bulan sekali pun seksa.

    BalasPadam
  2. kalau ada kerja tertangguh mesti cuti pun rasa tak seronok..susah hati juga.

    BalasPadam
  3. BETUL SANGAT...

    http://jmbelog.blogspot.com/

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.