Pageviews

08 Jun 2014

Lukisan pesawat tempur oleh Aliff

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Dah agak lama stok kertas A4 habis.  Setiap hari tak jemu anak-anak bertanya nak kertas putih... kertas A4 kosong la tu.  Terutamanya Aliff.  Sementelahan cuti sekolah ni, kerja sekolah pun dah siap.  Nak baca buku pun agaknya jemu dah kot... tu yang dok asyik tanya kertas A4.  Umi dan ayah dengan sengaja buat tak tahu.  Sudahnya setelah beberapa helai kertas buku kelihatan berserakan... maka sudah tiba masa untuk mendengar pertanyaan anak-anak.

gambar hiasan


Untuk anak-anak buat conteng-conteng dan menghasilkan karya seni mereka sendiri... tak perlulah kertas A4 double A.  Cukup sekadar kertas murah biasa jenis 70gm.  kalau ada yang lebih murah lagi bagus.


Setelah sekian lama (hampir seminggu) menyimpan bakat terpendam dan hampir jemu agaknya mengusik adik-adik, hari ini hasrat Alif untuk memiliki kertas A4 tercapai kerana umi dan ayah telah bersepakat untuk membelikan kertas A4 70gms...

Dan... inilah antara hasil karya pertama lukisan Muhammad Alif untuk kertas pertama yang dibuka.  Perasmian!!!
Kapal terbang atau pesawat tempur

Sebelum lukis gambar di atas jenuh jugalah umi dan ayah ditemuduga oleh Alif.  Antara soalannya apa yang hendak dilukis?  Umi kata terpulang kepada Alif, ayah pula suruh Alif cari sesuatu yang mudah untuk dilukis.

Dan kebetulan baru juga dibelikan permainan untuk adik-adiknya.  Maka itulah yang dijadikan bahan untuk tajuk lukisannya.

Di bawah adalah objek yang dijadikan tema dan tajuk lukisan alif.
Contoh objek dan tema lukisan hari ini.

Alif memang suka melukis.  Ada saja lukisannya.  Paling popular dia akan melukis watak kartun animasi seperti ultraman dan power rangers.  Tetapi agaknya sudah jemu dengan watak animasi keluaran Jepun, sekarang Alif beralih arah kepada watak dari siri Boboiboy pula antaranya naga bayang...

Walaupun suka melukis, Alif tidak suka mewarna.  Setiap lukisannya akan dibiarkan kosong tanpa warna dan selalunya akan diwarnakan oleh adik-adiknya, itupun setelah dia jemu menatapnya secara hitam putih.

Menjadi kerja sampingan umi pula untuk menyimpan koleksi lukisan mana yang terpilih. Kalau diikutkan hati semua nak simpan.  Dah  boleh buka galeri.  Cuma bila terlambat sikit kertas lukisan berkenaan akan dijadikan sampan atau pesawat terbang... maka hilang lenyaplah dari pandangan.

Dari mana datang hobi melukis?

Dari kecil... tetapi tidak tahu pula bagaimana munculnya bakat.

Mungkin ada darah seni mengalir... tanpa disedari.

(^-^)

2 ulasan:

  1. bakat terpendam anak jangan di sia2kan...kena diasah sejak kecil lagi.Dah boleh dihantar ke tempat2 yg sepatutnya ni.Bagi otak dia lagi kreatif.

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum...YB,

    anak2 YB ada darah seni .. cuma perlu digarap agar bersinar... bakat melukis yang jangan disia2 kan yer tak?...

    mselim3

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.