Assalamualaikum
Dua hari cuti duduk di rumah layan anak-anak... pantau beg sekolah dan kerja rumah. Nampaknya semua dah siap.
Sebelum tu... kemungkinan saya akan menghadiri satu kursus berkaitan minat dan bakat. Tetapi di saat akhir tidak dapat pergi atas alasan tersendiri yang sukar untuk ditafsirkan. Agak kecewa dan sakit juga rasa hati tetapi dipendamkan sahaja ... itu semua ada hikmah Allah tersendiri dalam mentakdirkan semua ini.
Walapun demikian terdetik juga dalam minda sedar ini, bahawa rasa kecewa itu tidak terjadi dengan sendirinya. Terfikir juga mungkin saya pernah mengecewakan orang lain atau jika tidak pernah, rasa kecewa itu adalah sebahagian dari ujian Allah. Wallahu a'lam.
Sementara itu kebenaran untuk menghadiri program berkenaan telahpun mendapat izin dan kebenaran dari encik suami.
Dan di sinilah bermulanya makna 'suka hati'. Tanpa disedari... jawapan kepada apa maksud suka hati adalah.... o.k atau setuju. Jawapan samar-samar itu adalah kerana tiada jawapan pasti memandangkan encik suami sibuk memikirkan hal lain.
Jadi makna lain kepada 'ikut suka hati' adalah setuju dan tidak boleh dipersalahkan sekiranya persetujuan tidak rasmi itu menimbulkan kemarahan...
Sekian adanya.
Menambah makna kepada suka hati
Gambar milik peribadi |

posted from Bloggeroid
ayat yang agak pelikk..dan cuba memahami..kecewa..kan..bersabar lah...
BalasPadam