As salam,
Catatan skema pada setiap kali tibanya hujung minggu. Memang !!
Hujung minggu memang antara hari yang ditunggu. Kerana pada hari ini (Sabtu dan Ahad)
biasanya umi dan ayah tidak bekerja, Alif dan Dina juga tidak ke sekolah (tapi
sekarang kan musim cuti sekolah).
Antara aktiviti menarik yang dilakukan pada hujung
minggu mengikut kebiasaannya ramai orang akan melancong. Bercerita bab melancong memang suka
sangatlah… tetapi yangbaik dan keluarga buat masa ni masih belum dapat
merancang lagi nak melancong ke mana-mana, kena tunggu baby besar sikit dan
yang paling penting bajet kena cukup.
Kalau sekadar melancong tengok2 jer tak der makna la … paling tidak ada
lah sikit buah tangan buat kenangan… dan minggu ni sesiapa yang melancong ke
Pulau Pangkor jangan lepaskan peluang berjumpa dengan ahli pasukan bolasepak
Negara, seronokkan kalau melancong tak yah keluar duit sendiri… berangan jer
lah sapa yang nak bagi percuma… masuk tandas pun kena bayar lima posen!
Eh! Termelalut pulak.
Selain dari melancong, aktiviti lain yang tak kurang menarik adalah
basuh kereta, kemas rumah, berkebun dan membersih halaman rumah.
Aktiviti yangbaik hujung minggu ni… semenjak beberapa
hari yang lepas dan akan datang adalah sekadar mengintai jer dari tirai
kamar. Oleh kerana masih lagi menunggu
hari yangbaik tak berani nak keluar merayau ke mana-mana, tak seperti cerita
beberapa orang rakan … belum habis 44 hari tapi dah merayap serata alam. Haish…
berani betul dia orang nieh… tak takut bentan?
Inilah tirai kamar ofis yangbaik. Sempat lagi capture… beberapa hari sebelum
cuti panjang. Entah sekarang ni… hidup
lagi ke bunga tu eh…