Jahit tudung sendiri
Gambar ini telah dimuat-turun ke akaun facebook. |
Hari minggu lepas tercapai hasrat di hati yang terpendam sekian lama.
Hasrat untuk memilik tudung hitam... Rasanya tiada dalam koleksi sendiri... yang ada dulu telahpun dihadiahkan kepada orang lain atas sebab-sebab tertentu.
Dan... kini teringin memiliki tudung hitam dan hasil dari tangan sendiri.
Bukan tidak boleh beli yang sudah siap atau jahit dengan mesin (masih guna tangan jugak kan?) Tetapi disebabkan mesin sudah uzur dan mengambil masa untuk dibaik-pulih, maka jahit sendiri adalah lebih afdal dan jalan yang terbaik ... buat masa ini.
Kain berkenaan adalah kain hitam dari jenis apa .... maaf saya kurang arif sangat dengan nama kain. Jenis kain yang saya tahu kain cotton, lycra, satin, sutera dan kain batik (hehehehe).
Keronsang kecil menghiasi tudung polos hitam bagi menambahkan sedikit kelainan dan tambah seri |
Pengalaman menjahit tudung sendiri ini saya perolehi ketika bertugas sebagai guru tadika Islam di Ipoh selepas tamat SPM. Sekarang skill (kemahiran) itu sedikit pudar tetapi ditambahbaik dengan pembacaan dan pengalaman sendiri.
Hasrat untuk memliliki tudung hitam ini suatu ketika dulu pernah timbul tetapi pudar kerana teguran oleh pekerja kedai tudung. Katanya saya tidak sesuai pakai tudung hitam... nampak gelap dan sebagainya.
Setelah sekian lama... baru-baru ini timbul semula hasrat itu. Dan kini hasrat telah tercapai.
Inshaa Allah akan berkongsi cara menjahit tudung sendiri sekiranya ada kelapangan serta ada yang berminat untuk mengetahuinya.
Hitam lah hitam sitampuk manggis
Sungguhpun hitam dipandang manis
jahit sendiri untuk keluarga boleh jimat banyak, tinggal beli kain je.
BalasPadambetul tu... memang jimat tetapi masa dan semangat perlu kuat untuk jahit sendiri nie... :D
PadamDenaihati komen kat sini..?
BalasPadamimpress!
komen uncle pun apa kurangnya...
Padamteruja sangat2... kan!!!
hurmm jahitan jenis apa nie?
BalasPadam