Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Metafora kata-kata
Kelu lidah hilang kata-kata
Terkesima rasa memakan hati
Sedari dulu enggan berkata
Menyimpan rasa dalam diri
Diam itu meragut sejuta rasa
Biar kepanasan biar kebasahan
Biarkan ia berlalu saja
Nanti tiba masa pasti terkesan
Nafsu itu seakan mati
Menunggu masa menanti mangsa
Apakah perubahan itu pasti
Kata-kata itu hilang seketika
Menanti terhambur tiba masa
Lembayung berlalu mengheret lara
Meninggal derita tersisa jua
Duhai dia yang entah siapa
Entah dimana perginya rasa setia
Sesekali seperti menikam kalbu
Menusuk ke jantung meragut rasa
Menggigil hati menahan amarah
Menghitung dosa khilaf dan alpa
Nanar seketika menegur rasa
Kembali sedar kita tidak lama
Masa itu dan masa ini pasti tiba
Hanya menunggu di pintu alpa
Kerana setia masih bertakhta
Disimpan segala kesumat dosa
Melebar kesabaran menyimpan duka
Semoga sembuh bersama doa
Semoga tersimpan rapi segala dosa
~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.