FOLLOWER

24 Jun 2014

Lempeng Oat cicah sambal tumis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lempeng cicah sambal tumis


Lempeng atau penkek kampung cicah sambal tumis memang sedap dimakan tidak kira masa.  Lempeng untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang atau makan malam... juga sedap.  Kandungannya memang sesuai sangat dengan selera 'anak tekak' orang Melayu menyebabkan ianya boleh di makan pada bila-bila masa.  Janji buat dengan penuh kasih sayang rasanya pasti lebih memikat selera ahli keluarga... kan?? :D

Lempeng oat di dalam piring coca-cola. :P

Lempeng boleh juga dijadikan menu untuk berbuka puasa atau bersahur.  Tetapi rasanya jarang sangatlah lempeng dijadikan menu untuk berbuka puasa memandangkan banyak lagi menu luar biasa yang boleh diperolehi di mana-mana bazar Ramadhan.


Lempeng, sambal tumis ikan bilis berkentang (comot nya) dan teh o panas. Sedap!!!

Ketika di kampung dulu atau ketika kecil dulu, lazimnya adunan utama lempeng adalah kelapa muda.  Tetapi sekarang kan dah duduk di pekan, mana nak dapatkan kelapa muda.  Yang ada air kelapa muda banyak lah itupun isinya tak berapa ada.

Kita sekarang dah moden jadi tidak salah kita modenkan sikit resepi lempeng.  Bak kata orang tua-tua "tiada rotan akar pun jadi".  Jadi sekarang ... daripada kepada muda kita tukar kepada 'quaker oat'.

Ada sesiapa nak resepi lempeng quaker oat?



6 ulasan:

  1. Hehehe nampak sedapp tu YBI ..Lya biasa buat lempeng guna air kelapa dan kelapa muda jer tak biasa buat camni ..Selalunya Lya buat lempeng cecah ngan kuah kari ayam atau ikan .........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lya cubalah ... pelbagaikan menu lempeng, sedap nie...

      Padam
  2. miza pun suka makan lempeng..
    memang sedap ^_^
    hihihii

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau suka makan ... mesti selalu masak kan?? hehehe

      Padam
  3. lempeng ye... orang bandar upgrade jadi pancake... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. lempeng juga yang sedap... hehehe :D

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.