Pageviews

04 Jun 2020

Segmen Hari Raya by Ummi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen Hari Raya by Ummi


Menarik sangat, segmen pertama tahun 2020 setelah sekian lama tidak bersiaran.  Sambil-sambil blogwalking untuk menambah semangat berblogging.  Terjumpa segmen ini dari seorang rakan blogger, mudah-mudahan dapat menambah lebih ramai rakan blogger dan minat yang berterusan dalam dunia blogging.
Bukan hadiah yang menjadi tujuan utama tetapi persahabatan dan silaturrahim sesama rakan blogger.  Seandainya terpilih untuk mendapat hadiah, itu sebagai bonus.

Terima kasih Sis Nur Asyiqin atas penganjuran Segmen Hari Raya by Ummi. 


02 Jun 2020

JUN 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


JUN 2020

Alhamdulillah. Setelah sekian lama meninggalkan blog ini bersawang, hari ini dikurniakan kekuatan untuk meneruskan penulisan di blog ini.  Semenjak kebelakangan ini saya banyak aktif di instagram @salatulzarida dan beberapa akaun.  Yang menyebabkan saya kadang-kadang leka dan tidak menghiraukan kelansungan hidup blog ini, yang telah terlebih dahulu mengenalkan saya di dunia maya.


Hello Jun
Hello Jun

Namun kerinduan terhadap blog ini tidak pernah pudah hanya kerana kekangan masa dan juga semangat yang tidak berapa kuat untuk menulis di sini.  Sehingga lah ke bulan keramat ini, Jun, saya mendapat kekuatan dan semangat untuk menulis di sini.  Terlalu lama meninggalkan blog ini kerinduan itu pastinya tidak dapat diungkapkan dengan sebaris ayat.

Sekali lagi bahkan berkali-kali mengingatkan diri untuk teruskan berkarya di blog ini.  Kekuatan itu perlu datang dari dalam diri.

Ops... nama blog ditukar lagi kerana terpengaruh dengan siaran live oleh orang kuat di sebalik Bella Ammara di instagram beberapa hari yang lepas.  Semoga dengan perubahan nama ini dapat memberikan semangat dan nafas baru yang lebih segar kepada blog ini...Zarida Ishak.

Terima kasih kepada semua atas sokongan dan terus menyokong blog ini.  

28 September 2019

Hari Pertama Kuliah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari Pertama Kuliah

Setelah sekian lama meninggalkan zaman belajar.  Kini saya kembali menyambung pengajian di peringkat sarjana muda secara sambilan iatu belajat sambil bekerja.  Pada peringkat umur begini sambung belajar adalah sesuatu yang amat besar maknanya.   Manakan tidak dengar urusan rumah,  anak yang masih sekolah...  Namun mencari ilmu itu bukanlah menjadi penghalang kepada aktiviti keluarga mahupun urusan kerja.  Yang penting adalah menghargai setiap peluang yang datang dan tidak mudah putus asa.



Semoga perjalanan pengajian ini dipermudahkan dan saya berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

27 September 2019

Jumaat penuh barakah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat penuh barakah



Jumaat kembali lagi.  Sudah semestinya kita akan terus bertemu dengan Jumaat selagi hayat dikandung badan.  Hari Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari hari yang penuh dengan keberkatan.

"Hari Jumaat adalah hari raya untuk umat Islam. Pada hari Jumaat digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.”  [Habib Ali Zaenal Abidin Abdurrahman Al-Jufri]

Lumrah kehidupan

Perbanyakkan berbuat kebaikan pada hari Jumaat seperti bersedekah dan paling tidak berkatalah yang baik-baik.  Hal ini mengingatkan saya kepada kejadian sepanjang minggu ini.  Banyak sungguh kejadian yang diluar jangka yang menguji kesabaran tak kurang juga kebaikan, namun yang buruk juga hendak dikenang.  Lumrah kehidupan yang mesti dihindari segera.... iaitu mengenang keburukan orang.




Pada pandangan saya apa juga yang kita rasa busuk atau buruk itu berlaku kerana komunikasi.  Kerana pemahaman setiap individu itu berbeza dan perbezaan itu jarang sangat kita ambil kira dalam bertolak ansur...hanya setelah terjadi barulah kita berfikir.

Penilaian tidak wajar

Pengajaran dan peringatan buat diri sendiri juga agar sentiasa berlapang dada dengan setiap sesuatu.  Tidak cepat melatah atau melenting dengan perkara yang kita tidak suka.  Apatah lagi bila berurusan dengan insan yang pemikirannya atau pendidikannya tidak sama dengan kita.  Kadang-kadang bahkan selalu sangat rasa kecewa dengan sikap diri sendiri kerana cepat membuat penilaian yang tidak sewajarnya ke atas orang lain.

Semoga bermula dari hari ini Jumaat penuh barakah, kita (saya khasnya) tidak lagi memandang negatif terhadap pandangan dan cadangan orang lain.  Apa yang penting adalah kita berfikir secara waras... paling tidak ketepikan sebentar ego dalam diri yang semakin melangit.


26 September 2019

Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging


Dunia blogging pastinya tidak dapat dipisahkan daripada blogger atau individu yang suka menulis dan  bercerita.  Ada saja yang hendak diceritakan sama ada untuk rekod peribadi atau untuk catatan pembaca dan peminatnya.  Perkongsian penulisan lazimnya mengikut niche atau minat dalam bidang masing-masing.  Ada blogger kekeluargaan akan berkongsi cerita berkenaan aktiviti kekeluargaan.

Mengapa sukar kemaskini blog ???

Namun begitu ada ketikanya semangat menulis turun dan naik tidak menentu.  Hanya yang cekal dan kuat semangatnya akan terus bertahan dengan blog.  Atau mungkin juga individu  yang sememangnya kerjanya adalah penulis sepenuh masa.  Begitu juga halnya dengan blog SZI, telah sekian lama bertapak dalam dunia blogging, setelah melalui beberapa fasa perubahan format blog dan juga bermacam-macam isu seangkatan dengan teknlogi maklumat. Penulisnya seakan menyepi seketika.  Ada beberapa isu yang tidak dapat dielakkan.

Semangat hendak menulis semula itu agak sukar hendak dikekalkan setelah aktif dengan akaun instagram.

Namun setelah melihat kegigihan sahabat blogger yang dikenali dulu masih kekal dengan blog dan masih aktif dengan aktiviti cerita masing-masing, rasa sepert tercabar juga.


Apa khabar hari ini?

Cabaran inilah yang menguatkan kembali semangat untuk menulis atau sekurang-kurang kemaskini sesuatu di dalam blog.

Mencari semula dan mengutip semula semangat yang telah banyak tercicir.

Ada dari kalangan pembaca yang sudi kongsi idea Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging? 

💖

05 Julai 2019

Kerana kerja tak pernah habis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kerana kerja tak pernah habis


Kerana kerja tak pernah habis.  Sejurus kita tandatangan setuju terima kerja dan lapor diri di depan bos, di situ bermulanya kerja kita secara rasmi.  Atas apa jua alasan kita sudahpun terikat dengan segala peraturan dan perjanjian kerja.

Kerana kerja tak pernah habis

Namun, ada masa dan ketika kita perlukan masa untuk diri kita sendiri.  Melarikan diri dari kesibukan kerja bukan satu alasan yang baik.  Kerana bila kita melarikan diri (dengan sengaja) ketika orang lain (rakan sepejabat) sedang bergelumang dengan segala jenis persiapan dokumen kita sebenarnya dengan sengaja dengan menempah kebencian.  Betul tidak baik benci membenci tetapi dengan helah bermadah yang tiada asas menjadikan ornag lain muak dengan sikap kita.  Boleh saja kita biarkan saja apa orang kata, tetapi... hebatkah kita sampai bila bila?

Fikir-fikirkan.

💞

Julai Datang Lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Julai Datang Lagi


Alhamdulillah
Separuh tahun pertama telah dilepasi bersama ribuan suka duka jerit perit
Gambaran kehidupan yang penuh kebahagian dan kesejahteraan
Saban hari memohon dikurniakan kesejahteraan dan kebahagian buat semua insan

Salam Sejahtera

Julai datang lagi
Hari ini setelah beberapa hari melepasi Julai pertama 
Entah dari mana kekuatan yang datang
Sempat juga menambah bahan dalam blog
Saban hari blog ini ditatap saja tanpa sebarang tambahan bahan
Idea menambah bahan bercelaru
Antara suka duka tawa dan tangis

Julai datang lagi
Ku songsong masa silamku
Semoga aku dikurniakan kekuatan dan kesabaran untuk menghimpun idea dan menambah bahan 
Mana yang positif dijadikan sandaran 
Mana yang negatif buang jauh-jauh

Julai datang lagi

01 April 2019

Selamat Datang April 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat Datang April 2019


Alhamdulillah, pada hari ini hari pertama di bulan April 2019 saya diberikan kekuatan dan masa lapang untuk menulis serba sedikit berhubung kehadiran bulan April.  Seperti biasanya di dalam bulan April ada satu tarikh tersembunyi yang tersirat.  Kerana pada bulan ini lahirnya seorang insan tetapi tarikhnya dirahsiakan.  Untuk rekod peribadi sahaja.


The Ocean Calendar of April 2019
April 2019

April bulan ke-empat tahun masihi

In shaa Allah kehadiran bulan April membawa bersama kebahagian dan keberkatan dalam kehidupan di dunia menuju kehidupan akhirat.  

Semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan dan kekuatan dalam meneruskan ibadah kepada Allah dan berbuat baik kepada setiap insan di atas muka bumi.



Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Selamat Datang April 2019.

30 Januari 2019

GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM


Wah, bertambah semangat nak blogging.  Entri giveaway pertama di tahun baru bersempena dengan GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM.

Blog Ombakbergigi ni dah lama juga akak kenal, melalui giveaway juga.  Itu cerita lama dulu, semasa blog itu baru dilancarkan.  Sekarang ni blog ini dah semakin cantik suka dengan penampilan baru ni.  
Klik banner di atas untuk turut serta dan dapatkan info menarik mengenai giveaway ini.

Terima kasih atas sokongan anda.  Jom sokong  GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM