Pengikut Setia

26 September 2019

Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging


Dunia blogging pastinya tidak dapat dipisahkan daripada blogger atau individu yang suka menulis dan  bercerita.  Ada saja yang hendak diceritakan sama ada untuk rekod peribadi atau untuk catatan pembaca dan peminatnya.  Perkongsian penulisan lazimnya mengikut niche atau minat dalam bidang masing-masing.  Ada blogger kekeluargaan akan berkongsi cerita berkenaan aktiviti kekeluargaan.

Mengapa sukar kemaskini blog ???

Namun begitu ada ketikanya semangat menulis turun dan naik tidak menentu.  Hanya yang cekal dan kuat semangatnya akan terus bertahan dengan blog.  Atau mungkin juga individu  yang sememangnya kerjanya adalah penulis sepenuh masa.  Begitu juga halnya dengan blog SZI, telah sekian lama bertapak dalam dunia blogging, setelah melalui beberapa fasa perubahan format blog dan juga bermacam-macam isu seangkatan dengan teknlogi maklumat. Penulisnya seakan menyepi seketika.  Ada beberapa isu yang tidak dapat dielakkan.

Semangat hendak menulis semula itu agak sukar hendak dikekalkan setelah aktif dengan akaun instagram.

Namun setelah melihat kegigihan sahabat blogger yang dikenali dulu masih kekal dengan blog dan masih aktif dengan aktiviti cerita masing-masing, rasa sepert tercabar juga.


Apa khabar hari ini?

Cabaran inilah yang menguatkan kembali semangat untuk menulis atau sekurang-kurang kemaskini sesuatu di dalam blog.

Mencari semula dan mengutip semula semangat yang telah banyak tercicir.

Ada dari kalangan pembaca yang sudi kongsi idea Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging? 

💖

10 ulasan:

  1. https://salatulzarida.blogspot.com/2019/09/bagaimana-menghidupkan-semula-semangat.html#links

    BalasPadam
  2. emm..betul sgt. berblog ni mcm ikut mood. tapi for me..blog ni mcm diari, so mesti nak tulis walalupun simple entry. lagi satu..kalau ada gambar, ada story..lagi banyak entry.
    maybe sbb dulu memang tulis diari, so dah jadi rutin. ada gak mula belajar tulis diari balik lepas berblog but ... malas sbb dah ada blog. he he. that's blog for me.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kiranya seperti online diary yer... thanks for sharing

      Padam
  3. Huhu sama lah. Turun naik moodnya. Seronok tgok blogger2 lain hari2 update. hri2 ada je story dkt blog masing2. Jeles rasanya. Tapi tu yg buat mcm semangat bila ada kawan2 yg bg sokongan. teruskan blogging dan jgn give up yee. Berehat takpe jgn stop hehe chaiyok chaiyok

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak kawal mood yang dok asyik turun nie... hehehe
      terima kasih

      Padam
  4. bergantung kepada masa terluang dan bahan yang nak dientri

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa itu emas kan... kita yang perlu pandai agih masa. Terima kasih ye

      Padam
  5. saya sangat minat menulis dan dah berblog sejak 10 tahun. walau skrg ada fb, saya tak berminat nak menulis ni fb. warga blogger lebih sopan, lembut dan menghormati idea penulisan kita berbanding warga FB.

    BalasPadam
  6. lama juga tu.. dah 10 tahun jadi blogger. Terima kasih kongsi rasa..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian