Pageviews

Memaparkan catatan dengan label 2020. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2020. Papar semua catatan

06 Jun 2020

SENARAI BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI TAHUN 2020 (BANTUAN KEMASUKAN / PENDAFTARAN SEMESTER PERTAMA)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SENARAI BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI TAHUN 2020 (BANTUAN KEMASUKAN / PENDAFTARAN SEMESTER PERTAMA)




Berikutan keputusan UPU berkaitan kemasukan baru ke Institusi Pengajian Tinggi, berikut adalah maklumat yg boleh dirujuk bagi mendapatkan bantuan untuk kemasukan ke IPT:


1. Dermasiswa Yayasan Perak (Dalam & Luar Negera)
Agensi: Yayasan Perak

2. Bantuan Am Pelajaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Agensi: Zakat Perak-MAIPk

3. Senarai Biasiswa 2020
    a) StudyMalaysia.com

4. PTPTN
Agensi: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


SILA BACA DAN FAHAMI SETIAP SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN. SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN AGENSI BERKAITAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT/MASALAH TEKNIKAL

#MajlisPerundinganMahasiwaPerak
#SpreadWisdomForBetterPerak
#BantuanPendidikan2020
#BantuanKemasukan
#Sesi20202021
#IPTA
#kitajagakita

02 Jun 2020

JUN 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


JUN 2020

Alhamdulillah. Setelah sekian lama meninggalkan blog ini bersawang, hari ini dikurniakan kekuatan untuk meneruskan penulisan di blog ini.  Semenjak kebelakangan ini saya banyak aktif di instagram @salatulzarida dan beberapa akaun.  Yang menyebabkan saya kadang-kadang leka dan tidak menghiraukan kelansungan hidup blog ini, yang telah terlebih dahulu mengenalkan saya di dunia maya.


Hello Jun
Hello Jun

Namun kerinduan terhadap blog ini tidak pernah pudah hanya kerana kekangan masa dan juga semangat yang tidak berapa kuat untuk menulis di sini.  Sehingga lah ke bulan keramat ini, Jun, saya mendapat kekuatan dan semangat untuk menulis di sini.  Terlalu lama meninggalkan blog ini kerinduan itu pastinya tidak dapat diungkapkan dengan sebaris ayat.

Sekali lagi bahkan berkali-kali mengingatkan diri untuk teruskan berkarya di blog ini.  Kekuatan itu perlu datang dari dalam diri.

Ops... nama blog ditukar lagi kerana terpengaruh dengan siaran live oleh orang kuat di sebalik Bella Ammara di instagram beberapa hari yang lepas.  Semoga dengan perubahan nama ini dapat memberikan semangat dan nafas baru yang lebih segar kepada blog ini...Zarida Ishak.

Terima kasih kepada semua atas sokongan dan terus menyokong blog ini.