Pageviews

08 Disember 2017

Jom Selawat Banyak-banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Jom Selawat Banyak-banyak


Alhamdulillah, Jumaat datang lagi.  Kesyukuran sepenuhnya atas nikmat yang diberikan.  Nikmat bernafas dan meneruskan hidup sehari lagi.

Hari ini, Jumaat yang Barakah, Penghulu Segala Hari.
Jom kejar kesempatan ini Sementara diberi peluang

Gunalah setiap hela nafas Yang dikurniakan Untuk mengingati ALLAH
Dan titipkan selawat buat Junjungan NABI MUHAMMAD SAW

Semoga kita semua Dirahmati Nya


Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda,
"Barangsiapa yang bershalawat kepadaku sekali, maka Alllah akan bershalawat kepada sepuluh kali" (Hadis Riwayat Muslim)

"Perbanyaklah shalawat kepadaku pada setiap Jumaat.  Kerana shalawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jumaat.  Barangsiapa yang banyak bershalawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti" (Hadis riwayat Baihaqi dalam sunan Al Kubro)


@quotephotovideo 🕌🕌🕌


Terima kasih kerana membaca entri ini, Jom selawat banyak-banyak.
szi💚💚💚

Kebaikan 2 dalam 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kebaikan 2 dalam 1


Apa juga yang kita lakukan pastinya kita ingin yang terbaik.  

Terbaik buat diri kita dan terbaik buat orang yang kita sayang

Terbaik juga buat orang sekeliling kita.





Apabila membasuh pinggan, kita aka memiliki dua benda:

Pertama, pinggan itu bersih
Kedua, tangan kita pun bersih.

Begitu jugalah dalam diri kehidupan kita, tatkala kita mengajak orang lain ke arah kebaikan, kita sebenarnya membersihkan diri kita pada masa yang sama.

(Imam Hassan al-Banna)


** Serampang dua mata.

Terima kasih kerana membaca entri ini, Kebaikan 2 dalam 1.
szi 💖💖💖

07 Disember 2017

Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi


Telah beberapa kali mendapat undangan untuk menyertai giveaway ini.  Tetapi mungkin juga belum dapat ilham maka tertangguh juga.  Dan kini, curi masa sekejap untuk selusuri semula entri giveaway.... baru ada hati nak join 😀😎😎  Maaf bukan tidak sudi tetapi mencari idea dan masa yang sesuai untuk buat entri.  Maklumlah entri ownernya dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.  Akak SZ ni kurang sikit BI... tapi demi menghargai persahabatan di alam maya akak join juga giveaway ini tetapi entri akak dalam BM... ✌✌✌

Okey akak tak nak celoteh panjang lagi ... jom kita tengok ada apa dengan Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi

Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi

Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi


Giveaway dijangka berakhir pada 20 Disember 2017.  So... masih ada masa lagi.

Nak join Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi ?  Klik banner di atas.

Jom rakan-rakan blogger seMalaysia... kita meriahkan giveaway ini.  Semoga giveaway ini bertambah meriah.


Terima kasih atas sokongan semua untuk entri ini, Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi.

szi 💖💖💖