Pageviews

17 November 2017

Giveway Birthday Month

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveway pertama dari blog irdagarmin


Petang ni nak up entri giveaway pula.  Giveaway dari seorang rakan blogger yang baru dikenali di alam maya melalui seorang blogger lain ketika sesi blogging.  Giveaway pertama dari blog irdagarmin.  Tak banyak yang dapat dikongsikan mengenai blog baru ini sebab SZ baru saja mengenalinya.  Tetapi yang pasti pemilik blog ini seorang yang manis 😉

Nak tengok ada apa dengan giveawy pertama ini?  Jom kita selurusi


Giveaway pertama dari blog irdagarmin.
Giveway pertama dari blog irdagarmin

Nak join giveaway ini? Klik banner di atas.

Giveaway tamat pada  4 Disember 2017.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Giveway Birthday Month

Setiap hari yang berharga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setiap hari yang berharga


Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.  Semakin banyak hari yang kita lalui semakin banyak yang kita temui... harga diri sendiri mahupun penilaian kita ke atas manusia lain.  berilah penilaian positif... biarpun berat hendak menulis apatah lagi hendak difikirkan.  Semoga Allah mengampuni kita dan orang yang kita nilai itu... 😌

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayahNya


The Great Pyramid of Giza, El Giza, Egypt.Photo by © Marco Carmassi


Yang TERSENYUM belum tentu CERIA
Yang MURAM belum tentu BERDUKA

Yang CANTIK belum tentu di PUJA
Yang BIASA BIASA belum tentu orang TAK SUKA

Yang TUA belum tentu BIJAKSANA
Yang MUDA belum tentu kurang AKALNYA

Yang KAYA belum tentu BAHAGIA
Yang MISKIN belum tentu SENGSARA

Yang ALIM belum tentu lurus HIDUPNYA
Yang BODOH belum tentu bengkok LANGKAHNYA

Yang ANGKUH menutupi KEKURANGANNYA
Yang TAQWA menutupi KELEBIHANNYA

DUNIA adalah SANDIWARA
Yang pandai BERLAKON menjadi IDOLA

Semua hanya KULIT luar sahaja
Hanya ALLAH Mengetahui ISINYA
Semoga  RAHMAT buat kita SEMUA.

Wahai JIWA2 yang TENANG... 😞

SENYUM....💕 😃

•══◎◎♡◎◎══•

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

•══◎◎♡◎◎══•

Terima kasih kerana bersama blog ini pada Setiap hari yang berharga.

szi 😌

16 November 2017

Di sebalik gelapnya malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Di sebalik gelapnya malam


Jangan takut pada gelapnya malam
tapi takutlah kepada pencipta malam (The Tarbiyah)



Malam

Malam



Ya Allah, Sang Pemilik Malam
Semoga Kau tunjukkan padaku hikmah 
Di balik gelapnya malam, 
Hikmah di setiap ujian.

Semoga Kau masih berkenan menitipkan nafas padaku setelah gelap pergi dijemput pagi.

Bismika Allahumma Ahyaa Wa Amut

@quotephotovideo 😴😴

Terima kasih Di sebalik gelapnya malam

szi 😴

Mengapa mesti jaga akhlak?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa mesti jaga akhlak?


Pesanan yang sama setiap hari kita ajukan kepada anak-anak ketika menghantar mereka ke sekolah.

Jaga diri baik-baik
Jangan bergaduh
Ikut cakap cikgu
Dengar cakap cikgu
Jaga perangai, jangan buat perangai tak elok

Itu itulah pesanan yang sering diberikan.  Mudah-mudahan difahami oleh anak-anak.




Barangsiapa yang tak dapat menjaga akhlaknya, niscaya dia tak akan dapat menjaga agamanya.  (Imam al-Ghazali)



Orang yang menghias akhlaknya dengan akhlak yang baik tidak akan kering bau wanginya sehingga dia berada didalam KUBUR SANA...

@quotephotovideo 🌿🌿🌿

Terima kasih untuk entri ini, Mengapa mesti jaga akhlak.

szi 💚

Baiki Hubungan Kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baiki Hubungan Kita


Macam mana nak baiki hati yang sakit terluka ini?

Masih teringat suatu masa dahulu bila keluarkan entri begini, akan ada seorang insan yang akan menjawab melalui komen... yang antara lain bermaksud kerana kita pernah menyakiti hati orang lain maka adalah tidak mustahil kita juga akan sakit hati dan terasa hati.

Ya.. ada benarnya tanpa disedari melalui kata-kata atau perbuatan kita akan ada insan lain yang berkecil hati dan sakit hati dengan kita.  Tetapi kita langsung tidak sedar kerana kita merasakan bahawa kita sudah habis baik seolah-olahnya kita ini orang yang mulia... Allahu... sentap bagaimana lagi yang hendak digambarkan bila kita sendiri terasa hati dengan perkara kecil ..


Baiki Hubungan Kita

Baiki Hubungan Kita



Maka... Muhasabah diri ini...
Baiki dulu hubungan kita dengan Allah. In sha Allah, semua akan jadi lebih sempurna.


Terima kasih atas perhatian semua untuk entri ini,  Baiki Hubungan Kita

Syukuri Nikmat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Syukuri Nikmat


Hiasi diri dengan Keimanan
Syukuri pemberian dengan Keikhlasan
Rendah diri dengan Kelebihan yang dipinjamkan

Selamat Pagi Semua

Syukuri Nikmat

"Dan apa saja Nikmat yang ada padamu, maka dari Allah-lah (datangnya)"  (Surah An-Nahl: 53)


Alhamdulillah, hari ini diberikan kesempatan untuk terus bernafas dan melaksanakan urusan harian. Semoga diberikan kemudahan dalam melaksanakan tugas dan diberikan hidayah untuk terus berbuat baik kepada semua makhlukNya.


Terima kasih dan sama-samalah kita Syukuri Nikmat.

szi 💖

15 November 2017

Memahami itu sulit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Memahami itu sulit


Memahami itu sulit, oleh itu banyak orang yang cenderung menghakimi.
Kerana kita cepat melatah disebabkan tindakan orang yang spontan 





Belajarlah memahami sebelum menghakimi 
Mengerti sebelum membenci 
Berfikir sebelum bertindak 
Mendengar sebelum bicara

@quotephotovideo 🐿🐿🐿

Terima kasih kerana sudi memahami entri ini biarpun Memahami itu sulit. 😎

Tentang Rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tentang Rezeki





Terima kasih, bacalah Tentang Rezeki

Ingat 5 sebelum 5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ingat 5 sebelum 5


Banyak kali perkara ini diperingatkan. 
Seringkali juga manusia ini terlupa
Semoga peringatan berterusan ini tidak menjemukan
Lantas ia terus melekat padu dalam jiwa

Ingat 5 sebelum 5

Ingat 5 sebelum 5


Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sibuk
Hidup sebelum Mati


Terima kasih atas peringatan ini, Ingat 5 sebelum 5.

14 November 2017

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet


Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.



Prof Hariz Internet Marketing Malaysia


Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.

Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.



Pencapaian Prof Hariz

  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia 
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya 
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 
  • Menganjurkan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
    • Bengkel/Seminar, Mac 2015
    • Bengkel Affiliate Ninja, April 2015
    • Bengkel Email Marketing, Jun 2015
    • Private group coaching bersama Shaklee Malaysia, Disember 2015


  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016


Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.

Info Mengenai Prof Hariz
Whatsapp : 6012-5336713



Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans, PolicyStreet. Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 


PolicyStreet

PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat, universiti, usahawan, kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan, Diabetes, Kanser, Kehidupan yang mampu, Tulang belakang, Bantuan jalan raya jangka pendek, Peralatan muzik dan Pemberhentian kerja


Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan, Kerosakan rambut, Sewaan, Berbasikal, Keracunan alkohol, Menonton, Mendaki, Penyewa, Perlawanan bolasepak, Cinta, Peralatan musik, Perkahwinan dan Majlis pengebumian

Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet, syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.

Info Mengenai PolicyStreet


Contest Cash RM1100 by PH x Emas Putih di Sponser Oleh Prof Hariz dan Emas Putih. Untuk join contest ini sila rujuk disini .


Terima kasih atas perhatian anda ke atas entri ini, Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet.