Pengikut Setia

17 November 2017

Setiap hari yang berharga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setiap hari yang berharga


Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.  Semakin banyak hari yang kita lalui semakin banyak yang kita temui... harga diri sendiri mahupun penilaian kita ke atas manusia lain.  berilah penilaian positif... biarpun berat hendak menulis apatah lagi hendak difikirkan.  Semoga Allah mengampuni kita dan orang yang kita nilai itu... 😌

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayahNya


The Great Pyramid of Giza, El Giza, Egypt.Photo by © Marco Carmassi


Yang TERSENYUM belum tentu CERIA
Yang MURAM belum tentu BERDUKA

Yang CANTIK belum tentu di PUJA
Yang BIASA BIASA belum tentu orang TAK SUKA

Yang TUA belum tentu BIJAKSANA
Yang MUDA belum tentu kurang AKALNYA

Yang KAYA belum tentu BAHAGIA
Yang MISKIN belum tentu SENGSARA

Yang ALIM belum tentu lurus HIDUPNYA
Yang BODOH belum tentu bengkok LANGKAHNYA

Yang ANGKUH menutupi KEKURANGANNYA
Yang TAQWA menutupi KELEBIHANNYA

DUNIA adalah SANDIWARA
Yang pandai BERLAKON menjadi IDOLA

Semua hanya KULIT luar sahaja
Hanya ALLAH Mengetahui ISINYA
Semoga  RAHMAT buat kita SEMUA.

Wahai JIWA2 yang TENANG... 😞

SENYUM....💕 😃

•══◎◎♡◎◎══•

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

•══◎◎♡◎◎══•

Terima kasih kerana bersama blog ini pada Setiap hari yang berharga.

szi 😌

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian