Pageviews

03 Jun 2016

Niat Puasa Ramadhan Harian atau Sebulan

Niat Puasa Ramadhan Harian atau Sebulan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Niat Puasa Ramadhan Harian atau Sebulan, mana-mana kaedahpun boleh diikut dan dibuat mengikut kemampuan masing-masing.  Setiap orang mempunyai ingatan berbeza.  Masih ingat lagi ketika di zaman sekolah, YB memang ambil untuk niat sebulan terus, sebabnya pernah jadi terlupa niat bila dibuat ikut hari.  Memang gelabah habis, tetapi atas nasihat emak diteruskan juga berpuasa, walaupun hati dah kuat tak bagi puasa.  Cabaran betul masa tu...

Lafaz Niat Puasa Ramadhan
Niat Puasa Ramadhan

Bila dah tahu boleh buat niat sebulan, terus saja hafal buat doa untuk sebulan pada setiap tahun sampai sekarang.  In shaa Allah, semoga sempat sampai dan menghabiskan Ramadhan untuk tahun 1437H.

Pengalaman menjadikan kita dewasa dengan bersama ujian dan cabaran.


Terima kasih.  Semoga mendapat manfaat dari Niat Puasa Ramadhan Harian atau Sebulan.

02 Jun 2016

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan.  Kenapa YB suka blog ini mesti berada didalamnya? Kerana blog YB hanya mempunyai PR 2.  Jika berada dalam bloglist Hasrul Hassan, dapat berkongsi link dan PR.  Kerana dalam dunia blogging kita seharusnya dan sewajarnya berkongsi link bagi memastikan PR blog kita sentiasa stabil.  Dan jika rajin mengulangkaji tip-tip yang disediakan oleh blogger Hasrul Hassan, kita akan dapati banyak ilmu berkaitan SEO.  YB juga pasti ramai di antara rakan blogger yang mempunyai hasrat yang sama untuk sentiasa berada di dalam bloglist blogger terkenal dengan tips SEO.  Peluang yang datang bukan selalu, maka jika tidak direbut peluang ini agak sukar untuk perolehinya untuk masa akan datang.

Agak lewat sedikit buat entri ini.  Bila dah tengok ramai rakan blogger dah join... jeles pulak bila YB tak ambil kesempatan yang jarang-jarang keluar macam nie.  So.  Inilah entri YB yang tidak seberapanya ini.


Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan


Blog seorang HouseHusband yang juga seringkali berkongsi cerita mengenai perkembangan dan kemajuan pendidikan anak-anak serta tips gaya hidup antaranya 3 Petua Untuk Lahirkan Anak Bijak. Petua yang amat berguna untuk ibubapa muda yang baru hendak memulakan keluarga bahagia dunia dan akhirat.

Jom kita raikan Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan.  Terima kasih atas sokongan anda semua.


Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

MINI GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN 


Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan bulan Ramadhan Al Mubarak, ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. 







SYARAT WAJIB UNTUK MINI GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN


Syarat-syarat Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin kali ini nak follow boleh, tak nak follow pun boleh ! 

Yang wajib ialah buat entri blog yang bertajuk Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin.


Boleh, kan? Mudah tak? 


SYARAT-SYARAT LAIN UNTUK MINI GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN

:-






Follow blog azlindaalin,   Add To Circle Google+ Azlindaalin ,  Follow Instagram Azlinda Alin , Like Fanpage azlindaalin.com




Antara hadiah yang di tawarkan untuk Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin ini ialah :-





  • Duit Raya RM10 + Kad Raya Azlinda Alin untuk 2 Pemenang
  • Novel RINDU AWAK SEPARUHNYA - SITI ROSMIZAH untuk 1
  • Tudung Bawal Berbatu + Kad Raya untuk 1 Pemenang
  • Brooch Tudung / Butang Baju Melayu + Kad Raya untuk 2 Pemenang
  • Bloglists (untuk daily blog walking) + Kad Raya untuk 5 Pemenang


Tarikh Mula Giveaway : 
2 Jun 2016 (Anniversary / Ulang Tahun Perkahwinan)

Tarikh Tamat Giveaway :  
25 Jun 2016 11.59 malam (Hari Jadi Dzal Aidi Fiqry) 

Tarikh keputusan pemenang akan di umumkan pada : 
27 Jun 2016 (Isnin)


Terima kasih kerana sudi sertai Mini Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. Semoga berjaya ;)








Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1437H Negeri Perak

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1437H Negeri Perak


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1437H bagi negeri Perak ini diambil dari portal mysumber.com bersumberkan kepada terbitan rasmi dari Portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Jadual ini dikongsikan bersama untuk rujukan sendiri sebagai persediaan menetapkan waktu persiapan untuk bersahur dan berbuka.  Juga untuk rujukan semua yang melalui blog YB.

Jadual ini terbahagi kepada 7 Zon seperti berikut:

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 1
Zon 1:  Tapah, Slim River dan Tanjung Malim

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 2
Zon 2:  Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 3
Zon 3:  Pengkalan Hulu, Gerik dan Lenggong
Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 4
Zon 4:  Temenggor dan Belum

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 5
Zon 5:  Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Seri Iskandar,
Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 6
Zon 6:  Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 7
Zon 7:  Bukit Larut


Semoga dengan adanya jadual ini akan memudahkan kita membuat perancangan dan mengawal masa makan bersahur dan berbuka.  Jangan sampai ada yang terlajak waktu pula.  Tetapan masa mesti betul dan tepat.



Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berbpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.  (Imam Tirmizi)


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1437H. Ramadhan karreem!








01 Jun 2016

Senarai Rakan Blogger April - Mei 2016

Senarai Rakan Blogger April - Mei 2016



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Senarai rakan blogger April - Mei 2016 ini merupakan senarai blog yang telah menetap di bloglis YB pada mulai bulan April hingga Mei 2016.  Seperti biasa juga senarai ini wujudkan berdasarkan penyertaan YB dalam contest yang dianjurkan oleh mereka, tidak kiralah sama ada mereka adalah penganjur ataupun penaja bersama.


Berikut adalah senarai rakan blogger yang dimaksudkan.  Sudi-sudikan singgah dan berkenalan dengan mereka.


Bila sudah disenaraikan, ramai juga yang bertapak kat blog YangBaik.  Patutlah lengoh jejari ini meletakkan nombor untuk disenaraikan.  Yang menyebabkan ramai ni, adalah kerana ramai rakan blogger yang menjadi penaja.  Ada yang menjadi penaja untuk dua atau tiga contest yang berlainan. 


Terima kasih diatas kesudian singgah baca entri Senarai Rakan Blogger April - Mei 2016.

 

GIVEAWAY KAD RAYA 2016 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

GIVEAWAY KAD RAYA 2016 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


http://kathyrbain.blogspot.com/2016/05/GIVEAWAY-KADRAYA2016-BY-KATHYRBAIN-CIKAKAK.html
GIVEAWAY KAD RAYA 2016 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

Terima kasih atas sokongan untuk entri Wordless Wednesday hari ini;  GIVEAWAY KAD RAYA 2016 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

31 Mei 2016

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM, segmen ringkas anjuran rakan blogger Shida Radzuan melalui blognya Duniashida.com.  Menariknya mengenai segmen ini adalah "siapa yang join dapat hadiah".  So, korang semua ambillah kesempatan ini dengan menyertai segmen ini dan korang akan dapat hadiah.  Seperti akak YB buat nie, tetapi korang janganlah salin ayat yang ahkak buat nie.  Ikut kreativiti korang lah kan.

Dan entri ini adalah entri penyertaan blog YangBaik untuk segmen Kad Raya 2016 Duniashida.com.


SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM


Untuk menyertai segmen ini, antara lain syarat yang mesti diikuti adalah dengan menyatakan pendapat penulis (peserta) mengenai blog penganjur iaitu Duniashida.com.

Dan, pendapat YB mengenai blog Duniashida ada lah sedikit berbeza dengan korang semua. Hahaha... Blog shida berwarna biru dan 'sweet' sangat.  Susun atur blog nampaknya okey dan lebih kemas dari blog YB ... kot.  Apa pun semua itu ikut cita rasa pemilik blog.  Asalkan tidak semak sangat dengan iklan atau hiasan yang berlebihan.  

Di atas adalah pendapat YB mengenai blog shida.  so, korang kalau nak join sama cepat-cepat klik banner di atas.  Sekarang tau!

Segmen berlangsung sehari saja, bermula hari ini 31/5/2016 (10:00 pagi) dan tamat pada 1/6/2016 (9:59 pagi).


Terima kasih atas sokongan korang semua untuk entri SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM.


Apa Bakal Terjadi Bila Iman Berkurangan

Apa Bakal Terjadi Bila Iman Berkurangan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lewat sedikit update blog hari ini, kerana memberi laluan kepada tugasan lain yang lebih mendesak. Hanya sedikit perkongsian untuk hari ini iaitu apa yang bakal terjadi bila Iman kita berkurangan. Pastinya kita tidak mahukan sesuatu yang buruk menimpa nasib diri kita dan keluarga kita.  Justeru Iman itu harus sentiasa dipelihara agar sentiasa bertambah.

Apa Bakal Terjadi Bila Iman Berkurangan


Iman itu bisa bertambah dan bisa berkurang.  Ketika kita (banyak) mengingat Allah, kita menjadi takut kepada-Nya, (kita laksanakan perintah-Nya dan kita tinggalkan larangan-Nya) maka pada saat itulah iman kita bertambah.  Dan apabila kita lalai dari mengingat Allah, kita lupa akan (surga dan neraka)-Nya, kita sia-siakan (perintah dan larangan)-Nya, maka pada saat itulah iman kita berkurang.('Umair bin Khumasyah)


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri  Apa Bakal Terjadi Bila Iman Berkurangan.

30 Mei 2016

CPUV Beratur di Blog YangBaik

CPUV Beratur di Blog YangBaik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

CPUV Beratur di Blog YangBaik walaupun blog jarang update.  Inilah dinamakan rezeki online. Agak lama juga YB tidak update status CPUV Nuffnang di blog ini.  Macam malas jer nak update, tetapi harus juga update sebagai penghargaan kepada Nuffnang dan rakan pintarnya dalam kesudian beriklan di blog YangBaik.  Ketandusan idea pun ada juga, mana tidaknya iklan CPUV selalu juga melekat di blog YB tetapi hasilnya sedikit sangat.  Boleh dikatakan setiap minggu ada saja iklan CPUV yang melekat, ada yang beriklan untuk tempoh yang lama dan ada juga beriklan sekejap saja. Itu semua bergantung kepada tempoh yang telah ditentukan oleh mereka (Nuffnang dan syarikat).


Nak update pun segan.  Sekarang!!! sudah terang lagi bersuluh, YB sendiri yang mengaku ... hehehe


CPUV pada 30 Mei 2016


Pada penghujung bulan Mei, walaupun masih tinggal sehari lagi masih ada 6 iklan CPUV yang masih aktif seperti di atas.  Agaknya untuk esok ada tak CPUV yang akan singgah lagi.  Antara iklan di atas ada yang pernah dilihat ada juga yang tak sempat tengok lagi macam mana rupa iklannya.  Seperti yang pernah diperkatakan oleh otai-otai blogger dalam Nuffnang, kebanyakan iklan menari pada lewat malam dan pada masa-masa tertentu yang tidak ketahui.

Jumlah pendapatan bersama Nuffnang buat masa ini belum lagi mencukupi untuk dikeluarkan. Nak tunggu sampai 4 angka adalah amat mustahil.  Dapat 3 angka pun sudah memadai.... walaupun jenuh jugalah merangkak nieh.

Terima kasih kepada Nuffnang dan terima kasih juga kepada anda semua atas kesudian singgah baca entri CPUV Beratur di Blog YangBaik.




Manfaatkan Kesibukan

Manfaatkan Kesibukan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Manfaatkan kesibukan agar kesibukan itu tidak menjadikan kita lalai dari mengingati Allah. Sentiasa ingat kepada Allah walau dalam apa juga keadaan.  Manfaatkan kesibukan dengan perkara yang berfaedah dan boleh memberi kebaikan kepada kita seperti berzikir dan bertasbih kepadanya.

Sibuk sangatkah YB hingga blog pun tidak sempat nak update.  Bukan sibuk sangat pun tetapi lebih kepada mood update blog yang tidak bermaya.  Sibuk itu boleh diatasi sekiranya kita bijak agihkan masa.  Pengurusan masa dan tugas itu penting bagi memastikan kesibukan itu tidak menganggu kita dalam menjalani kehidupan harian disamping mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.


Gambar hiasan


Diantara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wata'ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.
(Al-Hasan)


Terima kasih kerana sudi baca entri ini, Manfaatkan Kesibukan.