Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label HasrulHassan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HasrulHassan. Papar semua catatan

21 September 2016

Pemenang Komentor Ngetop Minggu 1 di Blog House Husband

Pemenang Komentor Ngetop Minggu 1 di Blog House Husband


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pemenang Komentor Ngetop Minggu 1
Pemenang Komentor Ngetop Minggu 1 di Blog House Husband



02 Jun 2016

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan.  Kenapa YB suka blog ini mesti berada didalamnya? Kerana blog YB hanya mempunyai PR 2.  Jika berada dalam bloglist Hasrul Hassan, dapat berkongsi link dan PR.  Kerana dalam dunia blogging kita seharusnya dan sewajarnya berkongsi link bagi memastikan PR blog kita sentiasa stabil.  Dan jika rajin mengulangkaji tip-tip yang disediakan oleh blogger Hasrul Hassan, kita akan dapati banyak ilmu berkaitan SEO.  YB juga pasti ramai di antara rakan blogger yang mempunyai hasrat yang sama untuk sentiasa berada di dalam bloglist blogger terkenal dengan tips SEO.  Peluang yang datang bukan selalu, maka jika tidak direbut peluang ini agak sukar untuk perolehinya untuk masa akan datang.

Agak lewat sedikit buat entri ini.  Bila dah tengok ramai rakan blogger dah join... jeles pulak bila YB tak ambil kesempatan yang jarang-jarang keluar macam nie.  So.  Inilah entri YB yang tidak seberapanya ini.


Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan


Blog seorang HouseHusband yang juga seringkali berkongsi cerita mengenai perkembangan dan kemajuan pendidikan anak-anak serta tips gaya hidup antaranya 3 Petua Untuk Lahirkan Anak Bijak. Petua yang amat berguna untuk ibubapa muda yang baru hendak memulakan keluarga bahagia dunia dan akhirat.

Jom kita raikan Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan.  Terima kasih atas sokongan anda semua.


09 Mei 2015

Mencari maksud cikai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mencari maksud cikai


Cikai... bukan satu perkataan baru atau bukan baru dibaca.  Cuma YangBaik sedikit musykil dengan maksud, cara guna dalam ayat dan untuk apa perkataan cikai itu digunakan.  Kenapa nak cari maksud cikai?  Bukan untuk buat thesis jauh sekali untuk tujuan SEO. Sebabnya perkataan cikai itu sendiri tiada dalam kamus google.  Entahlah google nak bagi maksud yang bagaimana untuk perkataan cikai. Sekali lagi YangBaik tewas dengan SEO... sungguh lah tak faham.

Baiklah bagi tujuan mendapatkan maksud yang akademik sikit, maka dengan gigihnya YangBaik pun mendapatkan khidmat encik DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) melalui laman web PRPM.

Nak tahu apa maksud cikai sangat kan...

Nah ... tengok dan baca sendiri.

Maksud cikai

"Cikai atau chikai tidak ada dalam pangkalan data kami. Berkemungkinan kata tersebut merupakan bahasa basahan yang dituturkan dalam komuniti setempat"

Nampak soalan itu ditanya dari tahun 2013 lagi.  Sehingga tahun 2015 masih belum ada jawapan yang akademik.  Berapa tahun tu?  Kiralah sendiri.

Nak tahu juga kenapa YangBaik cari maksud cikai.  Untuk apa susah-susah.

Nih... sebab ni pulak...

Blog cikai


Nak tahu dari entri mana?

Meh baca kat SINI.

Jadi, sekarang ni sedang gigih berusaha untuk buktikan bahawa blog YangBaik bukanlah blog cikai.

Sekian.

06 Februari 2015

GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015


Nampaknya taiko SEO dah mula bergerak memancing undi dan SEO Malaysia Best Blog 2015.  Kali ini giliran Top SEO Blogger yang baru pulang bercuti dari Bandung.  Dalam diam rupa-rupanya taiko simpan misi untuk tarikh perhatian dalam contest SEO Malaysia Best Blog 2015.

Mana tidaknya taiko HH dan tersenarai dalam Malaysia Best Blog 2015.  Ramai juga blogger yang mencalonkan blog HH sebagai Malaysia Best Blog 2015 termasuk lah saya sendiri ... hehehe.

Saya kalau sembang banyak memang tak berapa nak pandai, kalau mengarang pun tunggang langgang.  Tetapi kalau diberi tempoh dan masa bolehlah elokkan sikit mana-mana frasa kata atau perenggan yang tergantung.  Buat masa ini, biarkan dulu entri ini begini kerana tak sempat nak betulkan mana-mana idea yang lahir secara spontan.  Nak simpan entri sebagai draf nanti terlupa pulak.

Omong banyak enggak bisa. Okey, kita tengok ada apa dengan GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015

HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015

GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015


Nampak gambar banner di atas.  Itulah antara hadiah yang bakal diberikan.  Apa lagi, jom semarakkan contest SEO terhebat tahun 2015, Malaysia Best Bog 2015.  Lihat senarai calon Malaysia Best Blog 2015.

Nak tahu siapa dan bagaimana taiko SEO memancing undi dan perhatian.  Klik banner di atas dan boleh juga klik SINI

Anda sudah dapatkan maklumat yang diperlukan.  Cepat-cepat join, nanti terlepas peluang.

Selamat maju jaya.



27 November 2014

Kontest Teka Gambar VMY2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kontest Teka Gambar VMY2014


Kontest Teka Gambar VMY2014
Sertai Kontest Teka Gambar VMY2014 Anjuran HASRULHASSAN.COM.
Klik SINI: Kontest Teka Gambar VMY2014


Rakan blogger yang turut terkenal sebagai sifu SEO telah menganjurkan satu kontes mudah. Kontest seronok-seronok sempena hari ulangtahun perkahwinannya yang ke-11. Kontest ini mudah dan ia terbuka untuk semua pengunjung dan pembaca blog. Butiran mengenai kontest teka gambar VMY2014 ini ada diperincikan entri berkenaan.  Sila klik link di atas.



13 Oktober 2014

Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM


Di mana ada permintaan di situ ada penawaran.  Oleh kerana ada permintaan oleh rakan blogger makanya adalah penawaran oleh otai blogger...Sekarang ni kedudukan Kak Jemah dah tergugat bila mana otai Blogger Hasrul Hassan buat segmen bloglist 10 blog pilihan.  Dalam dok elok-elok blog Kak Jemah bersemadi di senarai tu... tiba-tiba... aduhai... tergugat akak tau... ish ish ish

Untuk rekod, blog Kak Jemah (tiba-tiba pulak tukar nickname... apakes) termasuk dalam senarai 10 blog pilihan di Blog Hasrul Hassan kerana entri Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger.  Akak agak-agak ajerlah ... walaupun pada awalnya tidak termasuk dalam senarai.  Tak maulah ulas panjang lebar pasal isu itu.

Blog pilihan hasrulhassan.com
Ketika ini blog Kak Jemah berada di kedudukan no. 3.  Nampak tak?  Klik pada gambar untuk nampak lebih jelas lagi... akak suka!!

Walau apapun, kita tidak boleh tamak sorang-sorang.  Apa juga yang kita dapat itu merupakan kelebihan yang kadang-kadang boleh ditarik balik. Makanya bersedialah... wahai Kak Jemah!!



Kelebihan berada dalam bloglist blogger terkenal

Anda semua harus tahu kelebihan berada dalam bloglist blogger terkenal lagi handal.  Banyak kelebihannya.  Antaranya dapat tumpang trafik dan sekali gus boleh menumpang Rank... kot tersangkut sipi-sipi pun jadilah.

Oleh kerana Kak Jemah ni ... kadang-kadang up entri tak ikut musim dan tak ikut isu semasa, jadi agak perlahan sikit trafik yang masuk... tapi tak takper akak suka!!.

Sudahlah akak dah tak kuasa nak taip banyak-banyak.

Klik SINI untuk turut serta dalam perebutan tempat ke dalam bloglist pilihan oleh HasrulHassan.com

Sekian adanya.  Selamat buat semua.


29 Ogos 2014

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

Peranan saya sebagai blogger Malaysia

Sebagai seorang blogger banyak sebenarnya peranan yang boleh dimainkan untuk menzahirkan 'Malaysia Di sini Lahirnya Sebuah Cinta'.

Antara peranan saya sebagai blogger Malaysia adalah dengan memberi sokongan kepada Rakan Blogger yang menganjurkan segmen atau giveaway yang berkaitan dengan Kemerdekaan Malaysia.

Berikut adalah segmen yang telah saya sertai
1.  Giveaway Merdeka Lestari (31/8/2014)
2.  Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia (16/9/2014)
3.  termasuk juga segmen ini...

Melalui blog saya juga pernah mengeluarkan entri berkaitan Malaysia antaranya:
1.  Saya Sayang Malaysia
2.  Malaysia! Jom Mengundi
3.  Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-54 | Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
4.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA
5.  Top Blogger Malaysia 2011
6.  16 September 2013 | Hari Malaysia yang ke-50
7.  Perodua Kenari Kereta Kompak untuk keluarga Malaysia
8.  Wordless Wednesday: Wajah Perdana Menteri Malaysia ke-6

Walaupun tidak banyak yang dapat saya buat kerana kekangan tugas dan masa.  Namun yang penting rasa cinta kepada negara sudah pasti bersemadi dalam darah daging ini kerana Malaysia Tanah Airku, Tanah tumpahnya darahku.  Di sini lahirnya sebuah cinta seorang blogger, dan lahirnya cinta itu turut diadaptasikan melalui karya-karya picisan yang sedikit sebanyak mampu menyuntik semangat cintakan tanah airnya yang tercinta.  Bagi saya karya yang dihasilkan tidak semestinya panjang lebar seperti menghasilkan esei atau rencana tetapi karya yang pendek tetapi dekat dengan penulisnya, mudah difahami dan pengisiannya tidak terlalu ilmiah seperti jurnal akademik.

Sebagai seorang blogger, hasrat untuk membuat header atau background berasaskan kemerdekaan tetapi ada, tetapi saya bukanlah seorang designer blogger, lantaran itu hasrat itu dipendamkan sahaja.  Maka dengan masa dan ruang yang terbatas inilah saya berblogging.

Walaupun tidak mudah sebenarnya untuk menghasilkan entri dengan ruang masa yang agak terbatas tetapi usaha tetap diteruskan sebagai tanda bahawa saya sentiasa bersama blogger Malaysia lain yang sayang dan cintakan negara. Saya juga pasti rakan blogger Malaysia juga mempunyai cara mereka tersendiri untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara Malaysia.

Saya bukanlah pahlawan yang gagah menghulur senjata, bukan juga perwira yang gagah di perbatasan tetapi saya sebagai rakyat Malaysia tetap cintakan Malaysia.

Malaysia... Di sini lahirnya sebuah cinta.




Carian