Pageviews

04 Mei 2016

Antara lipat dan gosok

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Inilah antara dilema ibu berkerjaya. Kerjaya lah sangat. Esok pagi-pagi dah kena outstation. Kalau diikutkan memang tak berapa suka outstation, tetapi demi tugas digagahkan jua. Sedangkan hari-hari biasa tanpa keluar pun kerja rumah tak habis-habis inikan pula bila ditinggalkan. Rasanya baru saja dapat bernafas dengan tenang setelah beberapa minggu lepas baru saja keluar.

Esok pagi dah nak keluar, bag pakaian tak kemas lagi. Kain baju sekolah anak pun belum digosok lagi.


Harus digosok juga baju sekolah malam ini.


Kemudian... sambung pula lipat kain nan sebakul.

Lepas ni baru boleh packing bag pakaian... tak mengapa esok kita tidor dalam bas.

posted from Bloggeroid

PENGALAMAN PERTAMA KE SABAH MENAIKI PESAWAT AIRASIA DI KLIA2

PENGALAMAN PERTAMA KE SABAH MENAIKI PESAWAT AIRASIA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sabah Negeri di Bawah Bayu, AirAsia pula dikenali antara syarikat penerbangan yang menawarkan tiket murah.  Dua perkara yang tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup YB.  Selalu juga dengar cerita kawan-kawan yang melancong ke Sabah.  Seronok juga dengar cerita mereka tidak kurang juga cerita-cerita yang tidak enak.  Cerita yang tidak enak itu kita simpan saja dalam dalam kamus usang biarlah ia berlalu tanpa perlu diulang-ulang lagi.  Pengalaman bersama AirAsia bukanlah yang pertama kali.  Satu ketika dulu pernah uruskan tiket untuk seseorang dan pernah menghantarnya hingga ke KLIA yang sepatutnya dihantar ke LCCT. Satu lagi pengalaman pahit yang tidak ingin diingati tetapi peristiwa itu tetap menjalar dalam darah ingatan biarpun telah lama dilontar dalam kolam memori.


Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu, satu nama yang sinonim dengan Negeri Di Bawah Bayu.  Tidak pernah terlintas diminda bahawa satu hari YB akan melihatnya sendiri.  Biarpun tidak sampai ke puncak tertinggi itu, tetapi pengalaman bergambar di kaki gunung tertinggi di Asia Tenggara merupakan satu daripada pengalaman yang menarik bagi tahun ini.


KLIA2
Mungkin ramai yang pelik dengan kelibat orang ini, siapa lagi?  YB lahhh. Mana tidaknya perasaan nak bergambar di pintu masuk KLIA2 tidak kesampaian kerana mereka sudahpun ke hadapan. Tinggallah YB terkial-kial di belakang sambil mencuri peluang mengambil sudut yang sesuai. Agaknya kalau tengok gambar ni boleh perasan ke ini adalah KLIA2?  Hanya yang biasa saja yang tahu.


KLIA2
Bukan selalu dapat bergambar bersama pesawat AirAsia menggunakan kamera hp sendiri... selfie lah nie.  Inilah antara gambaran perasaan teruja seorang YB yang pertama kali bergambar dengan pesawat AirAsia.  Dari ruang menunggu.


KLIA2
Ni lagi satu, jadual penerbangan pun nak snap juga ke?  Ye lah.  Ada gunanya, siapa yang pernah mengalami situasi ini pasti mengetahui betapa pentingnya jadual ini.  Tidak perlu bersusah payah nak buka beg tengok boarding pass.  Terutama bagi YB yang mudah lupa.  Sekejap ingat, sekejap lagi lupa gate mana nak masuk.  Nombor flight pun macam-macam ada.


KLIA2
Berikan keutamaan kepada mereka yang memerlukan.  Hanya kebetulan ketika itu tempat ini kosong dan tidak kelihatan pula insan seperti yang dilogokan, maka YB ambil kesempatan untuk duduk di sini, menunggu giliran untuk lapor diri.  Ha ahh yer la... lapor diri sebelum masuk ke gate yang betul. Dari sini boleh nampak pesawat tiba untuk menurunkan bagasi dan penumpang.


AirAsia
Ketika ini, jam menunjukkan 6:18 petang.  Masih ada masa kira-kira satu jam lagi sebelum YB menaiki pesawat bersama "team 5 bintang".  Rakan-rakan yang lain telahpun bertebaran ke merata kiosk menjamu mata atau mendapatkan sesuatu sebagai tanda kenangan.  YB masih lagi di sini menikmati pemandangan yang jarang-jarang ditemui.

Masih banyak lagi cerita yang ingin direkodkan di sini.  In Shaa Allah, di lain kesempatan YB akan menulis lagi beberapa pengalaman menarik sepanjang berada di Sabah.  Semoga YB diberikan kekuatan dan masa untuk menulis.


Terima kasih atas kesudian singgah baca PENGALAMAN PERTAMA KE SABAH MENAIKI PESAWAT AIRASIA DI KLIA2.

Buku | Dr. Zakir Naik: Tidak Merbahaya Tetapi Membahagiakan

Buku |  Dr. Zakir Naik:  Tidak Merbahaya Tetapi Membahagiakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Terima kasih atas kesudian singgah jengok Buku |  Dr. Zakir Naik:  Tidak Merbahaya Tetapi Membahagiakan



Terima kasih Bloglist 3.2016

Terima kasih Bloglist 3.2016


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Agak lewat YB keluarkan entri penghargaan bukan rakan blogger yang pernah menghuni ruang senarai blog sepanjang bulan Mac - April 2016.  Peluang untuk mengeluarkan entri sudah ada di depan mata tetapi terlewat pula dikeluarkan kerana kesibukan urusan kerja dan keluarga.  Hidup ini begitulah ada pasang surutnya.... untung sabut timbul, untuk batu tenggelam.


Bloglist 3.2016



Senarai rakan blogger di atas telah menghuni ruang bloglist 3.2016 bersempena dengan penyertaan Giveaway/Segmen/Contest. Salah seorang dari mereka merupakan calon top 5 bagi program APO2016. Ramai dah tahu kan... tak perlulah diceritakan yer.


Terima kasih Bloglist 3.2016, atas peluang berkenalan secara online.

01 Mei 2016

2 rakaat lebih baik dari 70 puluh rakaat

2 rakaat lebih baik dari 70 puluh rakaat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dua raka'at yang dilaksanakan sesuai dengan tuntunan (sunnah) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, lebih baik daripada tujuh puluh raka'at yang dilaksanakan tidak sesuai dengan sunnah.
(Hassan bin 'Athiyyah)



30 April 2016

Bicara yang baik di dalam Masjid

Bicara yang baik di dalam Masjid



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Barangsiapa yang duduk di dalam mesjid, maka sesungguhnya ia sedang duduk-duduk bersama Allah. Maka sudah sepantasnyalah baginya untuk tidak berbicara kecuali pembicaraan yang baik.
(Said bin al-Musayyib)


Gambar Hiasan:  Masjid Nabawi

29 April 2016

Promosi berganda SEGOBUGO VANILLA COFFEE SCRUB

Promosi berganda SEGOBUGO VANILLA COFFEE SCRUB



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SegoBugo merupakan pengeluar produk kecantikan yang menghasilkan produk dari bahan-bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia. Produk keluaran Sego Bugo merupakan 100% buatan tangan.

Perkataan SegoBugo itu sendiri merupakan gabungan dua perkataan iaitu "segar bugar". SegoBugo akan terus menghasilkan pelbagai produk kecantikan yang bakal memenuhi citarasa para pelanggan dan yang pastinya tiada campuran bahan kimia.


SegoBugo


Vanilla Coffee Scrub

Lebih baik dari Botox


SegoBugo Vanilla Coffee Scrub lebih baik dari botox.  Ianya sesuai digunakan untuk :

🐝Anti celullite/strechmark
🐝Tegangkan kulit
🐝Putihkan kulit
🐝Membuang sel kulit mati
🐝Buang blackhead
🐝Pudarkan parut
🐝Kecutkan jerawat
🐝Gebukan dan licinkan kulit
🐝Menghilangkan daki degil
🐝Legakan gatal-gatal
🐝Melembapkan kulit
🐝Melembapkan rambut

Promosi Berganda


Dapatkan segera Promosi berganda :-

✳Beli 1 rm30
✳Beli 2 rm50 
✳Beli 3 rm80

Free postage !!!





JOM ORDER SEKARANG!! Whatsapp "segobugo" ke 019-4481927

Keterangan lanjut mengenai produk ini boleh didapati dari SINI.

Jom dapatkan segera Promosi berganda SEGOBUGO VANILLA COFFEE SCRUB


Akibat makan terlalu kenyang

Akibat makan terlalu kenyang



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selalu juga kita dengan rakyat di Malaysia tiada yang mati sebab tak makan.  Tetapi kita tidak tahu sekiranya masih ada yang sebaliknya.  Nak taip pun rasa tak sampai hati.  Betul lah apa yang kita dengar tu, sebab kita nampak kedai makan di merata ceruk.  Mana-mana tempat kita boleh nampak tempat makan dari yang semewah-mewah tempat hinggalah ke bawah pokok tepi jalan.  Namun tidak semua tempat kita mampu pergi tidak kiralah kerana kurang sumber kewangan, tidak sesuai dengan selera ataupun tempat yang tidak selesa.

Ada ketika kita akan ternampak sisa makanan yang tidak habis.  Tentu ada sebabnya yang tersendiri mengapa makanan itu tidak habis.  Hanya orang yang membuangnya saja yang tahu.

Eh... maaflah YB bukan nak bercerita pasal orang mati sebab tak makan atau pembaziran makanan. Bila nak bercerita bab-bab makan macam ni, terasa juga tempiasnya macam tepuk air di talam pula.   Cerita di atas tu sekadar selingan saja.

gambar hiasan:  koleksi peribadi

Inilah kita, kadang-kadang mudah lupa dan cepat gelap mata.  Adoi... terasa pula kata pada diri sendiri kan.


Hindarilah oleh kalian kekenyangan karena terlalu banyak makan dan minum, karena sesungguhnya hal itu dapat merusak tubuh, menimbulkan penyakit dan membuat malas untuk beribadah.  (Umar bin al-Khattab)

Situasi di atas lazimnya kita akan terasa atau alami pada bulan puasa.  Dah tak lama lagi dah.  Hari ini pun sudah 21 Rejab 1437, kiranya dalam 38 hari lagi kita nak sambut Ramadhan Kareem. Kiranya entri ini sebagai persediaan dan peringatan untuk diri sendiri agar tidak berlebih-lebihan semasa berbuka puasa.


Sekian dulu.  Terima kasih atas kesudian singgah baca dan komen entri Akibat makan terlalu kenyang.

28 April 2016

Sample Kotex Odor-Care

Assalamualaikum dan selamat


Beberapa hari lepas semasa blogwalking terjumpa satu blog yang bercerita mengenai edaran sample percuma produk Kotex. YB tak ingat pula blog mana tetapi yang pastinya YB telah cuba dapatkan sample percuma tersebut melalui FB Kotex. Ada cara lain untuk dapatkan sample percuma produk baru Kotex, selain dari FB kita boleh dapatkan produk percuma ini melalui laman web Kotex, iaitu kotex.com.my.

Kenapa minat dengan produk baru ini? Sebab produk baru ini mengandungi ekstrak semulajado Daun Sirih dan Lavender. Kita pun dah tahu khasiat daun sirih dan haruman lavender. Beberapa hari lepas pusing-pusing di pasaraya belum jumpa lagi produk baru ini. Dapat sample dulu... Bagus juga kan. :-)




Sample ini sampai ke rumah tengahari tadi. Terselit di pintu pagar. Agak cuak sedikit sebab sampulnya terkoyak dan kotak sample berkenaan hampir terkeluar. Mujur juga kotak comel itu tidak terbuka. Kiranya masih selamat lagi lah isi kandungannya. Nak tahu apa isi kandungan kotak ini, silalah ke laman web Kotex dan ikuti arahan seterusnya, mudah sangat.

Terima kasih Kotex Malaysia untuk Sample Kotex Odor-Care.

posted from Bloggeroid

Gabenor baharu Bank Negara: Datuk Muhammad Ibrahim

Gabenor baharu Bank Negara: Datuk Muhammad Ibrahim


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


KUALA LUMPUR, Rabu – Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim, 56, dipilih sebagai Gabenor baharu bagi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara pada akhir April.

Muhammad yang menyertai bank pusat itu pada 1984 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010, akan memegang jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei, 2016.


Gabenor Baharu Bank Negara
Gabenor Baharu Bank Negara

Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Harvard University, Ijazah Perakaunan daripada Universiti Malaya dan diploma lepasan ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selama 32 tahun bersama dengan bank pusat, beliau berkhidmat dalam banyak bahagian termasuk peraturan dan pengawalseliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir, perbendaharaan dan pasaran kewangan.

Sebelum itu Muhammad juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti.

Sumber: IsmaWeb


Semoga kecemerlangan Bank Negara Malaysia akan diteruskan di bawah kepimpinan Gabenor baharu Bank Negara:  Datuk Muhammad Ibrahim