Pengikut Setia

04 Mei 2016

PENGALAMAN PERTAMA KE SABAH MENAIKI PESAWAT AIRASIA DI KLIA2

PENGALAMAN PERTAMA KE SABAH MENAIKI PESAWAT AIRASIA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sabah Negeri di Bawah Bayu, AirAsia pula dikenali antara syarikat penerbangan yang menawarkan tiket murah.  Dua perkara yang tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup YB.  Selalu juga dengar cerita kawan-kawan yang melancong ke Sabah.  Seronok juga dengar cerita mereka tidak kurang juga cerita-cerita yang tidak enak.  Cerita yang tidak enak itu kita simpan saja dalam dalam kamus usang biarlah ia berlalu tanpa perlu diulang-ulang lagi.  Pengalaman bersama AirAsia bukanlah yang pertama kali.  Satu ketika dulu pernah uruskan tiket untuk seseorang dan pernah menghantarnya hingga ke KLIA yang sepatutnya dihantar ke LCCT. Satu lagi pengalaman pahit yang tidak ingin diingati tetapi peristiwa itu tetap menjalar dalam darah ingatan biarpun telah lama dilontar dalam kolam memori.


Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu, satu nama yang sinonim dengan Negeri Di Bawah Bayu.  Tidak pernah terlintas diminda bahawa satu hari YB akan melihatnya sendiri.  Biarpun tidak sampai ke puncak tertinggi itu, tetapi pengalaman bergambar di kaki gunung tertinggi di Asia Tenggara merupakan satu daripada pengalaman yang menarik bagi tahun ini.


KLIA2
Mungkin ramai yang pelik dengan kelibat orang ini, siapa lagi?  YB lahhh. Mana tidaknya perasaan nak bergambar di pintu masuk KLIA2 tidak kesampaian kerana mereka sudahpun ke hadapan. Tinggallah YB terkial-kial di belakang sambil mencuri peluang mengambil sudut yang sesuai. Agaknya kalau tengok gambar ni boleh perasan ke ini adalah KLIA2?  Hanya yang biasa saja yang tahu.


KLIA2
Bukan selalu dapat bergambar bersama pesawat AirAsia menggunakan kamera hp sendiri... selfie lah nie.  Inilah antara gambaran perasaan teruja seorang YB yang pertama kali bergambar dengan pesawat AirAsia.  Dari ruang menunggu.


KLIA2
Ni lagi satu, jadual penerbangan pun nak snap juga ke?  Ye lah.  Ada gunanya, siapa yang pernah mengalami situasi ini pasti mengetahui betapa pentingnya jadual ini.  Tidak perlu bersusah payah nak buka beg tengok boarding pass.  Terutama bagi YB yang mudah lupa.  Sekejap ingat, sekejap lagi lupa gate mana nak masuk.  Nombor flight pun macam-macam ada.


KLIA2
Berikan keutamaan kepada mereka yang memerlukan.  Hanya kebetulan ketika itu tempat ini kosong dan tidak kelihatan pula insan seperti yang dilogokan, maka YB ambil kesempatan untuk duduk di sini, menunggu giliran untuk lapor diri.  Ha ahh yer la... lapor diri sebelum masuk ke gate yang betul. Dari sini boleh nampak pesawat tiba untuk menurunkan bagasi dan penumpang.


AirAsia
Ketika ini, jam menunjukkan 6:18 petang.  Masih ada masa kira-kira satu jam lagi sebelum YB menaiki pesawat bersama "team 5 bintang".  Rakan-rakan yang lain telahpun bertebaran ke merata kiosk menjamu mata atau mendapatkan sesuatu sebagai tanda kenangan.  YB masih lagi di sini menikmati pemandangan yang jarang-jarang ditemui.

Masih banyak lagi cerita yang ingin direkodkan di sini.  In Shaa Allah, di lain kesempatan YB akan menulis lagi beberapa pengalaman menarik sepanjang berada di Sabah.  Semoga YB diberikan kekuatan dan masa untuk menulis.


Terima kasih atas kesudian singgah baca PENGALAMAN PERTAMA KE SABAH MENAIKI PESAWAT AIRASIA DI KLIA2.

2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian