Akibat makan terlalu kenyang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Selalu juga kita dengan rakyat di Malaysia tiada yang mati sebab tak makan. Tetapi kita tidak tahu sekiranya masih ada yang sebaliknya. Nak taip pun rasa tak sampai hati. Betul lah apa yang kita dengar tu, sebab kita nampak kedai makan di merata ceruk. Mana-mana tempat kita boleh nampak tempat makan dari yang semewah-mewah tempat hinggalah ke bawah pokok tepi jalan. Namun tidak semua tempat kita mampu pergi tidak kiralah kerana kurang sumber kewangan, tidak sesuai dengan selera ataupun tempat yang tidak selesa.
Ada ketika kita akan ternampak sisa makanan yang tidak habis. Tentu ada sebabnya yang tersendiri mengapa makanan itu tidak habis. Hanya orang yang membuangnya saja yang tahu.
Eh... maaflah YB bukan nak bercerita pasal orang mati sebab tak makan atau pembaziran makanan. Bila nak bercerita bab-bab makan macam ni, terasa juga tempiasnya macam tepuk air di talam pula. Cerita di atas tu sekadar selingan saja.
gambar hiasan: koleksi peribadi |
Inilah kita, kadang-kadang mudah lupa dan cepat gelap mata. Adoi... terasa pula kata pada diri sendiri kan.
Hindarilah oleh kalian kekenyangan karena terlalu banyak makan dan minum, karena sesungguhnya hal itu dapat merusak tubuh, menimbulkan penyakit dan membuat malas untuk beribadah. (Umar bin al-Khattab)
Situasi di atas lazimnya kita akan terasa atau alami pada bulan puasa. Dah tak lama lagi dah. Hari ini pun sudah 21 Rejab 1437, kiranya dalam 38 hari lagi kita nak sambut Ramadhan Kareem. Kiranya entri ini sebagai persediaan dan peringatan untuk diri sendiri agar tidak berlebih-lebihan semasa berbuka puasa.
Sekian dulu. Terima kasih atas kesudian singgah baca dan komen entri Akibat makan terlalu kenyang.
salam,
BalasPadamcabaran ni akan lagi nampak bila pi bazar ramdhan nanti