Pageviews

14 Ogos 2015

Giveaway Wallet By Opzzpinky

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Wallet By Opzzpinky


Bukan senang nak buat giveaway.  Nak fikirkan hadiah, nak fikirkan cabutan, nak fikirkan hati peserta.  Tetapi kita semua sudah dewasa dan mampu memikirkan mana yang terbaik.  Ada kita join giveaway.  Ada rezeki nama kita tersangkut kat random.org.  Ada masanya nama kita terlalu mahal. Tetapi ada ramai juga blogger yang tegar menganjurkan giveaway atau segmen.  Ada juga yang rajin join saja ... seperti kita!  Bukan susah juga nak buat intro untuk entri join giveaway.  Kadang-kadang ada idea nak mengarang banyaklah isi dan kaitan dengan giveaway.  Tetapi bila tiada idea tetapi nak juga mengarang entri join giveaway, maka jadilah macam intro untuk Giveaway Wallet By Opzzpinky

Jom kita kita apa sebenarnya yang ada dengan giveaway ini.

Giveaway Wallet By Opzzpinky
Giveaway Wallet By Opzzpinky

Nampak comel jer wallet dalam gambar di atas nie.  Geram pun ada juga.  Warna Pink dan soft purple memanglah warna kesukaan YangBaik.  Bertuah sungguh siapa yang dapat wallet di atas tu.

Okey... anda berminat untuk merebut hadiah wallet di atas, jom join giveaway ini.  Harus ingat, join giveaway ini bukan untuk merebut hadiah saja tau.  Kita join giveaway ini jika tidak menang tidak mengapa yang penting perkenalan dengan lebih ramai rakan blogger.  
 
Jom klik banner/gambar di atas untuk join.


Jangan terlalu memikirkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan terlalu memikirkan


Pinjam sekejap petikan kata-kata Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamod.

"Jangan terlalu memikirkan perkara yang menyedihkan, fikirlah perkara yang menyenangkan supaua kita selalu gembira dan ceria."



Kita adalah apa yang kita fikirkan.  Sentiasa fikir yang positif dan baik-baik maka itulah yang terjadi kepada kita.

Semoga kebaikan sentiasa berada dikeliling kita.


12 Ogos 2015

Doa Khas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Doa Khas


Doa untuk awak
Doa untuk awak


#Doa
#WordlessWednesday


First-Segmen Erna : Bloglist -Walking Ogos 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


First-Segmen Erna : Bloglist -Walking Ogos 2015


Segmen pertama dianjurkan oleh rakan blogger Erna.  Blogger yang tidak pernah menyertai sebarang segmen tetapi kali ini teruja sangat nak anjurkan segmen. Sebab utama Ena menganjurkan First-Segmen Erna : Bloglist -Walking Ogos 2015 adalah untuk menambah kenalan, menambah bloglist serta mengenali rakan blogger melalui penulisan yang dihasilkan.

Okey.  Macam mana dengan intro untuk entri segmen kali ini?  Ada kelainan sikit.  Sebab akak sudah jemu guna template intro yang sama.  Disebabkan ada idea yang dicedok dari penganjur segmen maka adalah sedikit kelainan.  Kalau buat intro yang sama saja bosan juga.

Seterusnya, mari kita kenali penganjur segmen ini.
Jangan malu-malu klik banner di atas untuk mendapatkan syarat penyertaan.  Jom kita meriahkan segmen pertama anjuran Erna.

Segmen berlangsung bermula 11 Ogos 2015 dan tamat pada 14 Ogos 2015.

Sebanyak 15 blog yang terpilih melalui random.org akan dimasukkan ke dalamBloglist-Walking Bulan Ogos. 

Keputusan akan diumumkan pada 17 Ogos 2015, 12.00 tengah hari.

Apa tunggu lagi.  Klik banner di atas.

Followers Blog Erna
Followers Blog Erna




Beg Tangan Merah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Beg Tangan Merah



Beg Tangan Merah
Beg Tangan Merah

11 Ogos 2015

Jana Pendapatan Melalui Affiliate Simple Hijab

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jana Pendapatan Melalui Affiliate SimpleHijab


Pernah dengar atau baca di mana-mana blog mengenai program Affiliate?  Jangan tidak percaya melalui program Affiliate seorang blogger mampu menjana income sehingga mencecah 4 angka untuk sebulan.  Pasti ramai yang terkejut dan tidak kurang juga teruja apabila blogger juga mampu menjana pendapatan sampingan melalui program Affiliate Simple Hijab.

Simple Hijab Shawl

Simple Hijab Shawl


Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:
http://simplehijab.co/?id=zfdq

Keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate SIMPLEHIJAB adalah:


  1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
  2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
  3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
  4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
  5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
  6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.
 

FELICITI BASIC IN FUSCHIA
FELICITI BASIC IN FUSCHIA

Apa yang lebih menarik lagi?


  1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
  2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 5% (bergantung kepada jenis tudung) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB.

Pilihan untuk menambah pendapatan terletak di tangan anda. 

Daftar sekarang melalui link berikut:
http://simplehijab.co/?id=zfdq

Pastinya banyak yang menarik di Simple Hijab.  Bukan sekadar menyediakan tudung yang cantik dan unik tetapi turut memberi peluang kepada blogger untuk menambah pendapatan.  Program Affiliate ini akan dilancarkan secara rasminya pada September 2015. 

Nantikan peluang yang menarik ditawarkan oleh SimpleHijab.  Ringkas, unik dan menawan.



 

08 Ogos 2015

Kesan sampingan tanpa disedari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kesan sampingan tanpa disedari

Tanpa disedari, berlalunya masa dengan disusuli beberapa insiden banyak yang mempengaruhi peribadi kita.

Apabila kita berkawan corak hidup kita juga dipengaruhi oleh kawan. Boleh jadi kita tidak sedar sedikit demi sedikit cara pemikiran kita dan cara kita bertindak turut berubah.

Mungkin dahulu kita orang yang penyabar. Mampu bersabar dan bertenang dengan kejadian yang menimpa. Begitu juga sifat kita, dahulunya kita pendiam. Kerana pengaruh kita jadi peramah atau boleh jadi terlebih.

Kita yang dahulunya penyabar tiba-tiba kesabaran itu terhakis lalu jadilah kita orang yang bengkeng. Kerana terpengaruh dengan orang sekeliling.

Kesan sampingan itu bukanlah terus terjadi. Datangnya sedikit demi sedikit tanpa kita sedar. Dan bila tersedar ianya telah banyak merubah cara kita bertindak dan cara bertindakbalas.

Kesan sampingan itu memang kita telah cuba elak, tetapi disebabkan kita kerap sangat berhadapan dengan cara itu maka kesannya akan memakan diri kita sedikit demi sedikit.

Maka, berusahalah mendekati orang yang baik akhlaknya serta warak perwatakannya. Semoga kita terhindar dari segala musibah.

Wallahu a'lam.

posted from Bloggeroid

07 Ogos 2015

Mencari kebaikan setiap hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mencari kebaikan setiap hari


Kebaikan ada di mana-mana.  Hanya kita yang perlu mencari dan praktikkan.  Dalam hidup kita setiap hari pastinya ada kebaikan yang kita lakukan.  Sama ada kebaikan itu untuk diri kita sendiri atau kebaikan diri kita itu untuk orang lain.

Pastinya kita akan merasai keperitan bila kebaikan yang kita lakukan seperti tidak dihargai.  Namun bukanlah kuasa kita untuk memaksa orang lain menghargai kebaikan kita.  Pastinya ada kesilapan kita di mana-mana pada masa lain yang kita tidak perasan.  Justeru kita jadikan kebaikan yang tidak dihargai itu sebagai bayaran kepada kesalahan yang telah kita lakukan.  Kerana kita bukanlah selamanya sempurna.


Pagi selasa
Pagi selasa


Lakukan sedikit kebaikan, lama-lama kebaikan itu akan membukit.  Anggaplah kebaikan itu seperti harta Karun yang kita sembunyikan di sebalik tembok tinggi.  Tidak perlu terkinja-kinja menunjukkan kebaikan.

Semoga kebaikan sentiasa mengiringi setiap langkah hidup kita.






06 Ogos 2015

Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015


Rajinnya dah ada giveaway yang mudah.  Sengaja pula susah-susahkan diri.  Hmm... harapnya penganjur tidaklah pula membatalkan penyertaan YangBaik.  Kerana terlebih rajin pula update entri guna ayat sendiri.

Korang jangan terkejut perenggan di atas dan di sini memang ayat YangBaik buat sendiri.  Sebabnya dah biasa buat ayat dulu baru letak gambar. 

Korang semua... jom serta giveaway ini.  

Banner


Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com

Antara hadiah yang ditawarkan adalah :

+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *
+ 2 keping tiket Aquaria KLCC
+ Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365
+ RM30 Voucher Parkamaya
+ RM150 Voucher Parkamaya
+ RM50 Voucher Pak John Steamboat
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)
+ Outdoor Photoshoot by Islam (Website)

+ 5 set Chrochet Heart (5 pemenang)

Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015.


Anjuran blog : www.sayaiday.com, www.ayueidris.com, akumohdfakhrulislam.blogspot.com

Klik Link ini untuk join contest : http://goo.gl/H0lgNa

CPUV Pertama Bulan Ogos di Blog YangBaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Pertama Bulan Ogos di Blog YangBaik


Sesekali mood berblogging  'ding dong ding dong'.  Entahlah, bagaimana hendak digambarkan pun tidak pasti.  Tetapi hari ini setelah mendapat CPUV yang pertama dari Nuffnang rasa bersemangat sikit.


CPUV Pertama Ogos 2015

CPUV Pertama Ogos 2015


Beberapa hari kebelakangan ini nampaknya Nuffnang seakan tidak berapa serasi dengan blog YangBaik.  Ada ketikanya 3 hari menghilang tanpa khabar berita.  Semuanya kelihatan seperti ada kecelaruan sebagaimana situasi semasa.  Namun hidup mesti diteruskan.  Begitu juga dengan blog.  Selagi ada upaya hendak menulis dan berkarya selagi itu jugalah blog menjadi pemangkin untuk menjelaskan segala yang terbuku di hati.

Weh... akak ni dah celoteh apa tu?

Akak nak bagi tahu akak teruja sangat sebab dapat CPUV Nuffnang walaupun dalam keadaan blog yang tidak berapa stabil sekarang nie.  Dapat pula CPUV dari IKEA, satu jenama besar dalam pasaran perabot dan kelengkapan semasa.


IKEA Sale

IKEA Sale


IKEA Sale sedang berlangsung mulai 6 hingga 23 Ogos 2015.  Jadi, jika tiada alasan lain yang munasabah anda patut miliki satu.  Pastikan buat pilihan yang terbaik supaya tidak rugi.  Banyak pilihan yang ada.  YangBaik ada hasrat juga untuk memiliki beberapa kelengkapan yang ada di stor IKEA. 

Terima kasih Nuffnang dan IKEA.