Pageviews

18 Jun 2015

Top Komentator Mei 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Top Komentator Mei 2015.  Sudah hampir separuh bulan Jun baru sempat buat entri.  Kira entri yang terhutang lah nie.  YangBaik pun sebenarnya masih lagi belajar nak up penghargaan buat rakan blogger yang rajin tinggalkan komen di blog YangBaik.


GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100


Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100. 

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF




Mutiara kata Ramadhan | Selamat Ramadhan Untuk Kami

Assalamualaikum dan salam Ramadhan Kareem


Mutiara kata Ramadhan


In shaa Allah di ruang yang terhad ini bersempena dengan kemuliaan bulan Ramadhan, YangBaik ambil kesempatan ini untuk berkongsi semula mutiara kata yang berlegar di alam maya termasuk facebook dan instagram atau twitter serta WhatsApp.

Perkongsian ini diharapkan dapat memberi manfaat serta kebaikan kepada semua termasuk juga sebagai #peringatanbuatdirisendiri



Perkongsian pertama adalah petikan kata-kata dari Habib Ali Al-Jufri yang diambil dari Facebook. Maaf kerana YangBaik kurang pasti dari timeline siapa.

Semoga kemuliaan Ramadhan ini berterusan buat kita semua umat Islam.

Sekian.


posted from Bloggeroid

17 Jun 2015

Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Assalamualaikum... salam sayang....


Allhadulillah, dengan rezeki Allah Ya Razzaq, saya ada beberapa buku yang hendak diberikan pada anda... Buku nukilan Prof Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd dripada UMP....

Saya selalu gunakan buku beliau untuk panduan hidup saya mengenal makrifatullah yang mana selama ini saya hanya tahu nama Allah Asaul Husna tapi saya langsung tak kenal apakah 99 energi Allah.

Bila pergi kursus dan seminar, usrah, Allhamdulillah saya semakin yakin dengan hati, perasaan dan tingkahlaku saya semua kerana Dia Ya Baari' susunkan segalanya.

Dan di sini saya mahu kongsikan beberapa buku ini untuk semua....



Syarat:

  1. Buat entry tajuk "Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang".
  2. Letakkan banner dan linkkan.
  3. Letakkan komen anda.
  4. Blogwalking sesama peserta.

Tarikh mula : 12 Jun 2015 hingga 26 Jun 2015 jam 11:59 pm

Hadiah:

1 buku Isteri Cemerlang x 1 pemenang

1 buku Suami Cemerlang x 1 pemenang

1 buku Keluarga Bahagia x 1 pemenang

1 buku Cemerlang di bulan Ramadhan 1 x pemenang

 dan kad raya kepada mereka bertuah.


Pemilihan akan dikatogarikan antara suami, isteri dan belum berkahwin, dan akan menggunakan random system. 


Copy paste code di bawah ke dalam entry anda:


CPUV 3456 Jun 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV 3456 Jun 2015



CPUV ke-3:  Dumex Dugro
CPUV ke-4:  Shell Helix 'Love My Engine"
CPUV ke-5:  Perfecto Popcorn
CPUV ke-6:  RHB Lifestyle App

Terima kasih Nuffnang.

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hindari kesilapan di bulan Ramadhan



Semoga bermanfaat

posted from Bloggeroid

16 Jun 2015

Pemenang bagi SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang bagi SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015.  Masih ingat tak lagi dengan entri mengenai segmen menjelang Ramadhan 2015? Seperti biasa lah YangBaik bila ada kelapangan akan join mana-mana segmen atau giveaway. Jika ada yang terlepas tu maknanya tak sempat buat entry atau terlepas.



Pemenang Segmen Menjelang Ramadhan


Syukur Alhamdulillah. Kali ini sekali lagi YangBaik terpilih sebagai salah seorang daripada penerima hadiah melalui segmen menjelang Ramadhan yang dianjurkan oleh rakan blogger Nurhidayah Nordin atau Yaya Chendana.   Macam patung chendana yer.

Agak terlewat juga YangBaik buat entri ini.  Kalau kata sibuk... semua orang sibuk dan begitulah YangBaik.  Betul-betul tak sempat.  Masih ada beberapa entri yang terhutang.  Terhutang dengan diri sendiri.  

Walau apa pun, terima kasih kepada Yaya Chendana di atas penganjuran segmen ini.  Tahniah kepada semua rakan blogger yang terpilih.  Dan kepada anda semua, hari ini rezeki mereka... esok lusa tiba juga giliran kita.  Apa yang penting perkenalan di alam maya dan silaturrahim yang terjalin.

Sekian.

Kembali semula ke template asal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kembali semula ke template asal.  Setelah bersiaran bersama template New Thesis SEO V3 selama sebulan, kini blog YangBaik kembali semula kepada template asal dari Blogspot.  Kembalinya blog ini ke template asal pada hari ini setelah beberapa kali blog ini kelihatan tidak stabil.  Mungkin juga menjejaskan pengunjung lain.  Maklumlah baru hari ini YangBaik sempat membelek blog yang disayangi ini.

Masih banyak ruang dan masa yang perlu digunakan untuk belajar mengenai template SEO.  Ada beberapa perkara yang kurang jelas kerana tukar template ini main ikut-ikut dan 'try and error'.


Nampaknya loading blog ini akan kembali perlahan, memandangkan YangBaik belum lagi sempat nak menukar 'gear' blog ini.  Nak kena belajar lagi nie..

Sekian untuk hari ini.

15 Jun 2015

Resah dan gelisah selagi jasad masih bernyawa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Resah dan gelisah.
... memenuhi ruang
Bilamana tiada perkhabaran
Bilamana tiada peluang
Bilamana rasa sendirian

Bagaimana harus diungkapkan
Resah ini seakan tiada noktahnya
Gelisah ini seakan tiada penghujungnya



Resah dan gelisah
... meniti masa
Bilamana persoalan tiada jawapan
Bilamana penantian tiada pengakhiran
Bilamana menunggu itu menyiksakan

Bagamana harus dikotakan
Janji dulu...bertukar tabir

Resah dan gelisah
... bisakah berhenti disini
Bilamana kitaran tidak bisa terbenam
Bilamana jasad masih bernafas
Bilamana nekad belum berakhir

Di sini
tiada penamat
jua tiada permulaanm
Segalanya terus mengalir menyusur denai
Atau bilamana jasad ini tidak lagi bernyawa

Terima kasih kerana masih setia... ~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid