Pageviews

27 Mei 2015

1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88.  Sudah beberapa hari entri di blog YangBaik sunyi dengan segmen atau Giveaway.  Mungkin juga kerana tidak berjumpa dengan blog yang anjur segmen atau GA atau juga kerana segan sebab kerap sangat join GA.   Kali ini YangBaik join segmen GA pertama yang dianjurkan oleh rakan blogger Afizah Azmi melalui blognya juga bernama Afizah Azmi.  Jarang sekali jumpa blog yang nama pemilik atau penulisnya adalah sama.  

Banner Segmen

http://afidahazmi88.blogspot.com/2015/05/1st-segmen-giveaway-by-afidah-azmi88.html

Menjadi satu kelaziman bagi mana-mana blog untuk buat entri mengikut isu semasa dan situasi semasa. Oleh kerana sekarang ni sudah hampir bulan Ramadhan dan seterusnya diikuti dengan hari raya ... maka segmen ini dibuat bersempena dengan nak puasa dan nak raya juga. Walaupun masih awal tetapi persediaan perlu ada dari sekarang ... betul tak?

Kira kita nak ambil kesempatan dan ambil peluang dan kerajinan rakan blogger yang menganjurkan segmen dan giveaway.

Segmen ini berlangsung selama satu bulan mulai 27 Mei 2015 hingga 27 Jun 2015.

Jom klik banner di atas untuk ikut serta.  Kita meriahkan segmen pertama anjuran rakan blogger Afidah Azmi.

Barang yang lepas jangan dikenang... bersedih jangan berduka pun jangan.

Sembunyikan kebaikan dan keburukan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sembunyikan kebaikan dan keburukan.  Selagi kita bernama manusia, tidak lagi dari membuat silap.   Walaupun kesilapan itu bukanlah sesuatu yang disengajakan.  Tetapi selalu juga kesilapan itu yang disebut-sebut dan dijual sana sini.  Malu sungguh.

Jangan lah kita berlaku zalim kepada orang lain jika tidak mahu diri kita dizalimi.



Diantara bentuk kedzaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya.  (Ibnu Sirin)

Hentikan kezaliman.  Tamatkan budaya buli.  Berikan nasihat dan pengajaran yang baik selain daripada buli atau dera.

26 Mei 2015

Perlu kah kembali kepada asal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perlu kah kembali kepada asal.  Entah tiba-tiba YangBaik rasa nak kembali kepada template asal. Kembalikan template blog ini kepada template asal.  Belum sempat sebulan bertemplate dengan New Thesis SEO tetapi nak berubah angin semula.  Tetapi tidak dinafikanlah template ni memang awesome.... cepat jer perjalanannya berbanding template asal.

Bezanya template ini tidak banyak pilihan design.  Kalau nak bertahan dengan template ini kena rajin selongkar coding html.  Bab tu yang tidak berapa nak rajin. Nak mengadap depan notebook comel tu lama-lama.


Apa pun sudahnya perlu difikirkan semula.  Sama ada tukar kepada template blog yang asal atau geledah coding html template sekarang.

Pilihan ditangan kita untuk membuat pilihan.

Semoga dipermudahkan.  Tidak susah untuk berlaku jujur terutama kepada diri sendiri

CPUV ke-3 Mei 2015 dan Status Glitterati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV ke-3 Mei 2015 dan Status Glitterati.  Ada sesetengah perkara kita perlu juga warkan untuk pengetahuan umum supaya ada orang tahu.  Bukan bertujuan untuk bermegah, riak atau takbur tetapi untuk berkongsi kegembiraan.  Supaya orang lain yang mana berkenaan akan turut berusaha mendapatkan seperti apa yang telah kita usahakan.  Sebaliknya jika kita tidak berupaya menerima seperti yang diwarkan oleh orang lain, tidak semestinya kita merajuk atau menarik diri.  Pastinya ada di mana-mana yang kita tidak pasti dan tidak tahu.  Tetapi teruskan berusaha.  Usaha tangga kejayaan.

Dua hari berturut-turut YangBaik bercerita mengenai CPUV yang diterima daripada Nuffnang. Kadang-kadang rezeki kita ada tetapi tidak semestinya sama dengan orang lain.  Kerana rezeki atau tuah setiap orang memang berbeza.

CPUV ke-3 Mei 2015


CPUV ke-3 bagi bulan Mei 2015, Maxis OnePlus One.  Tak perasan pula bagaimana bentuk iklan CPUV kali ini.  Kerana yang masih berkeliaran di blog ini adalah CPUV ke-2, McDonald's Family (PC).  Mungkin sehari dua lagi akan muncul jua iklan CPUV dari Maxis.

Menarik juga untuk CPUV kali ini kerana ia didatangkan bersama status Glitterati.  Gembira sangat sebab status geli-geli tu dah dikembalikan.  Baru sahaja nak hantar tiket kepada Nuffnang berkenaan pertukaran status.

Ada bagusnya juga naikkan cerita mengenai status Non-Glitterati pada entri semalam.  Nuffnang pastinya akan mengambil tindakan yang sewajarnya.... tidak boleh mengharapkan kepada web crawler nya yang buat tindakan automatik.

Terima kasih Nuffnang dan terima kasih kepada anda semua atas sokongan.


25 Mei 2015

Kena Tolak di Kantin Sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kena tolak di kantin sekolah. Suasana di kantin sekolah pastinya kelam kabut dan penuh dengan hiruk-pikuk. Terutama sekolah rendah di mana kawalan emosi pelajar sekolah rendah sebahagiannya kurang terkawal. Mereka teruja dapat rehat. Tidak disangkal juga ada sebahagiannya yang tertib dan sopan serta berhati-hati. Lumrah kanak-kanak begitulah tidak dapat dielak.


gambar hiasan

Hari ini, anak mengadu kena tolak ketika di kantin sekolah. Budak-budak biasalah bila ada yang tak puas hati atau ada perkara yang dia suka atau tidak suka pastinya akan mengadu. Kena tolak di kantin kadang-kadang boleh jadi perkara biasa selagi tidak jatuh tertiarap. Dalam keadaan murid-murid yang ramai dan tidak terkawal apa-apa kemungkinan boleh terjadi. Hanya kita yang perlu berhati-hati dalam setiap pergerakan.

Setiap aduan dari anak-anak kita perlu ambil kira dan ambil peduli. Sekurang-kurangnya ambil tahu punca dan kesan akibat kejadian. Sekiranya tiada kesan yang memudaratkan aduan itu perlu disimpan dan rasanya tidak perlulah diperbesarkan. Adatlah budak-budak. Jatuh bangun tu perkara biasa. Jangan sampai mendatangkan kecederaan. Buat sementara waktu berilah nasihat yang terbaik agar dia lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesalahannya.

Jangan sampai gejala buli terjadi.

posted from Bloggeroid

CPUV Ke-2 Mei 2015 dan Status Non-Glitterati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV ke-2 Mei 2015.  Setelah masuk minggu ke-4, itupun dah di penghujung minggu baru masuk CPUV yang kedua bagi bulan Mei 2015.  Nampaknya bulan Mei ni CPUV kurang mesra sikit dengan blog YangBaik.  Tidak tahulah di mana salahnya.  Nak kata loading lambat dah cepat ... setelah bertukar template.  Pengunjungpun rasanya dah semakin ramai.  Bilangan pengikut pun semakin bertambah.

CPUV ke-2 Mei 2015


Kempen membaca bersama anak-anak.  Yang bestnya ajak anak-anak membaca sambil makan di McD.

Yang sempat singgah kat blog ni promoted content dari blog  Redmummy dan ada beberapa blog lagi yang bercerita mengenai menariknya membaca sambil makan-makan di McD.

Terima kasih Nuffnang... sudi juga bagi CPUV.

Non-Glitterati 


Cuma nak tanya kepada encik Nuffnang mengapa status blog YangBaik jagi Non-Glitterati sekali lagi.  Rasanya kali ini entah dah berapa kali status tu bertukar.  Untuk makluman encik Nuffnang, blog YangBaik tiada iklan dari yang lain selain dari Nuffnang sahaja.  Setia pada yang satu neh. Harapnya dapatlah encik Nuffnang betulkan semula status blog YangBaik.

Sekian.

Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015.  Sudah lama rasanya kita tidak mendengar lagu baru berkaitan lagu Melayu Asli. Bukan calang-calang orang yang mampu menyanyikannya dengan baik. Bukan sahaja menyanyi penulis lirik turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan lagu Melayu yang benar-benar Asli.

Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015


Satu peluang keemasan kepada yang berminat dan berbakat dalam penulisan lirik lagu.   Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015.  Program ini bertujuan untuk mencungkil bakal penciptaan lagu dan penulisan lirik yang merupakan kesinambungan daripada Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan.  Dengan adanya program seumpama ini secara tidak langsung dapat memartabat dan memulihara warisan tradisi Negara dan mengekalkan ras cinta kita terhadap seni muzik tradisional dikalangan generasi muda.




Penyertaan untuk pertandingan ini teruka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas.  Peluang kepada remaja seawal usia 15 tahun juga boleh menyertai pertandingan ini. Inilah peluang untuk kita mengasah bakat terpendam.

Hadiah yang ditawarkan juga agak lumayan.  Kiranya berbaloi dengan usaha menghasilkan karya dan penulisan lirik Melayu Asli.

Syarat pertandingan lain dan borang penyertaan boleh didapati di laman sesawang www.jkkn.gov.my




Selamat mencuba kepada semua.  Semoga bertambah lagu kesenian Melayu Asli yang bermutu tinggi.

Ini adalah entri khidmat masyarakat

Antara sedikitnya akal dan banyaknya lidah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara sedikitnya akal dan banyaknya lidah



Selalu sangat bila bercakap tak guna akal.  Cakap jer ikut sedap mulut.  Kira membebel lah kan.  Kita bila dah jadi mak-mak macam nilah... maaf cakap la kadang-kadang terlepas cakap juga dengan anak-anak.  Tetapi cepat-cepat minta maaf balik dengan anak-anak... tak sengaja.



Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.  (Ali)

Semoga kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata.  Walaupun kadang-kadang berkata-kata tanpa guna akal tetapi adalah lebih baik biasakan berkata-kata hal yang baik-baik sahaja.

Terima kasih.

23 Mei 2015

Selamat bercuti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat bercuti.  Lazimnya inilah ayat skema yang diucapkan kepada kawang-kawan tidak kira di mana berada sama di pejabat atau melalui wasap.  Dan kepada awak yang membaca entri ini juga. Sedang bercuti kan?

YB seperti biasalah bila hari cuti Sabtu dan Ahad kalau tidak balik kampung melawat keluarga mertua, bawa anak-anak jalan-jalan.  Nak bawa anak jalan-jalan pun tengok kepada cuaca juga. Kalau cuaca mendung atau nampak seperti nak hujan tak jadi lah keluar jalan-jalan... walaupun dalam kereta.


Aktiviti lain selain dari keluar jalan-jalan sempena hari cuti adalah berkebun di depan rumah.  Betul! Kebun mini YB ada depan rumah berhampiran lot parking kereta.

Taman bonda

Pokok kaktus di dalam gambar di atas sebahagiannya telah mati.  Ada yang mati kerana terlebih air dan ada juga yang mati kerana kekurangan tanah akibat terjatuh.  Sayang juga kerana ia adalah peninggalan arwah bonda.  Namun, itulah hakikat kehidupan ... tak semuanya kekal walau kita sayang seribu kali pun.

Eh... selingan kejap cerita ceriti pasal aktiviti hujung minggu kan.

Lepas ni nak bercerita pula pasal kebun "sekangkang kera" yang amat disayangi.  Walaupun tidak banyak tumbuhan tetapi bolehlah untuk menampung keperluan ketika terdesak.

Lebih baik layan blog yang tidak semenggah ini daripada menjadi punca jenayah kan?..

Layan jer kan... kisah orang bercuti

Terima kasih sudi singgah dan klik sana-sini yang ada link. :D

22 Mei 2015

Kerana Suaranya Lebih Kuat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kerana Suaranya Lebih Kuat.  Peringatan penting buat anak-anak dan sesiapa yang masih mempunyai ibu.  Kepada yang sudah ketiadan ibu peringatan ini juga berguna untuk kita kerana setiap insan yang berusia itu seumpama ibu bapa kita.  Jadi tiada salahnya kita hormat kepada orang yang lebih tua daripada kita seumpana kita hormat kepada ibu atau bapa kita.


Gambar selingan

Diceritakan bahwa pernah suatu hari, Ibnu 'Aun al-Muzani dipanggil oleh ibunya, maka ia pun menjawabnya dengan suara yang lebih keras dari suara ibunya agar dapat didengar oleh sang ibu. Tak beberapa lama kemudian, Ibnu 'Aun tersadar atas apa yang baru saja ia lakukan. Ia pun menyesalinya dan segera memerdekakan dua orang budak yang ia miliki.

Semoga mendapat manfaat.