Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Negara. Papar semua catatan

25 Mei 2015

Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015.  Sudah lama rasanya kita tidak mendengar lagu baru berkaitan lagu Melayu Asli. Bukan calang-calang orang yang mampu menyanyikannya dengan baik. Bukan sahaja menyanyi penulis lirik turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan lagu Melayu yang benar-benar Asli.

Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015


Satu peluang keemasan kepada yang berminat dan berbakat dalam penulisan lirik lagu.   Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015.  Program ini bertujuan untuk mencungkil bakal penciptaan lagu dan penulisan lirik yang merupakan kesinambungan daripada Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan.  Dengan adanya program seumpama ini secara tidak langsung dapat memartabat dan memulihara warisan tradisi Negara dan mengekalkan ras cinta kita terhadap seni muzik tradisional dikalangan generasi muda.




Penyertaan untuk pertandingan ini teruka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas.  Peluang kepada remaja seawal usia 15 tahun juga boleh menyertai pertandingan ini. Inilah peluang untuk kita mengasah bakat terpendam.

Hadiah yang ditawarkan juga agak lumayan.  Kiranya berbaloi dengan usaha menghasilkan karya dan penulisan lirik Melayu Asli.

Syarat pertandingan lain dan borang penyertaan boleh didapati di laman sesawang www.jkkn.gov.my




Selamat mencuba kepada semua.  Semoga bertambah lagu kesenian Melayu Asli yang bermutu tinggi.

Ini adalah entri khidmat masyarakat

07 Oktober 2011

Belanjawan 2012 | Dasar Transformasi Nasional

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


7/10/2011. 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2012 berjumlah RM232.8 bilion dan mengumumkan Dasar Transformasi Nasional (DTN) bagi menaungi program transformasi yang sudah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata, dasar itu yang menjadi kemuncak kepada semua program dan inisiatif untuk menjadi negara maju, bermula tahun ini sehinggalah 2020. Sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, Najib memperkenalkan falsafah pentadbiran 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebelum menyusuli dengan Program Transformasi Nasional (GTP), Program Transformasi Ekonomi dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik untuk menjadikan Malaysia negara moden, progresif dengan demokrasi yang berfungsi. Ketika membentangkan Belanjawan 2012 bertemakan "Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara" di Dewan Rakyat pada Jumaat, Najib yang juga Menteri Kewangan, menggariskan strategi merangsangkan ekonomi, sambil menyarankan program inklusif yang peka terhadap kesejahteraan rakyat dalam menangani kos sara hidup yang meningkat.

Belanjawan kali ini cuba memberi keselesaan kepada setiap lapisan rakyat, daripada golongan gelandangan, pemandu teksi, nelayan, warga emas, peneroka Felda, penjawat awam dan pesara, golongan wanita dan belia, hinggalah kepada kalangan kontraktor dan pelabur.

Malah, Ahli Parlimen juga bakal menikmati elaun baru serta kemudahan lain.

Dalam ucapannya selama dua jam 10 minit itu, Perdana Menteri yang yakin dengan keutuhan asas ekonomi negara beserta langkah rangsangan, berkata ekonomi negara dijangka tumbuh antara 5 peratus dan 6 peratus tahun depan.

Katanya, pelaburan swasta dan awam dijangka meningkat, disokong peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua (RP-Kedua) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Belanjawan 2012 menyediakan peruntukan RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.


~~~~~

Terkejut atau tidak perlu terkejut kerana bukan semua rakyat Malaysia berminat nak ikuti perkembangan belanjawan 2012. 

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari pejabat petang tadi lalu di hadapan kedai makan dan terdapat skrin besar di kebanyakan kedai makan, namun tidak kelihatan satu pun skrin yang memaparkan ucapan bajet 2012 yang sedang berlangsung.  Sebaliknya yang ditayangkan adalah perlawanan bola sepak, ... hiduplah sukan untuk negara!

Sedangkan kita dalam kekalutan nak cepat balik dan sampai rumah untung-untung sempat juga tengok kesudahan ucapan bajet 2012.  Paling tidak dapat juga tahu perkembangan terkini ekonomi negara.

Aku anak Malaysia Merdeka!

Sekian.

*.*


04 Jun 2011

4 Jun 2011 | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hari ini 4 Jun 2011 (Sabtu) adalah Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.  Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Daulat Tuanku



Sekian.


Carian